Ads 468x60px

Labels

Tuesday, November 3, 2009

- Nilai Square

Kejap je dah hari Selasa, dua tiga hari ni Chik Na agak sibuk dirumah tak sempat nak check email or update blog. Nak upload gambar or video Sufia menari bollywood pun tak sempat lagi. Bukannya ape, kebetulan mama Chik Na ada kat rumah Chik Na, so malas la nak ber "blogging". Mama datang sebab nak tengok concert Sufia hari Sabtu hari tu dan nak beli stok kain cadar untuk perusahaan kecil kecilan cadar siap jahit kat KB.

So semalam Chik Na sempat la bawa mama Chik Na belikan kain cadar tu kat sebuah kedai feberet mama di Nilai Square. Lepas lunch kami terus pergi Nilai tapi kali ni mama Chik Na tak borong banyak sangat, datang kenduri Disember nanti baru dia nak beli banyak sket. Dalam tak banyak pun dekat 80 meter jugak la mama beli. Chik Na pun beli dalam 3 meter yang kain broked jalur jalur warna coklat muda utk buat cadar "flat". Chik Na selalunya beli cadar "flat" berbanding yang "fitted" sebab kalau ramai tetamu datang, cadar "flat" tu boleh dijadikan selimut :)

Pagi ni mama Chik Na dah pun balik KB. Biasa la mama selalunya kalau datang kejap-kejap je, tengok cucu sambil tu pergi beli kain kat Nilai 3 or Nilai Square. Mama tu kalau datang rumah Chik Na tak dok lama-lama, dia bosan sebab duduk je kat rumah tak buat ape. Kalau kat KB, dia banyak aktiviti, uruskan kedai baju & cadar dia, pergi ngaji Quran kat masjid dengan kawan kawan, maghrib & isyak lak boleh pergi surau. Lagipun biasanya orang tua ni memang dia tak betah dok rumah anak lama lama.. mesti teringat kat rumah depa sendiri.. mother in law pun macam tu jugak. Teringat kat arwah nenek Chik Na, dia pun sama macam tu jugak ..kalau datang KL lebih seminggu, mulanya sibuk suruh beli tiket nak balik KB. Agaknya Chik Na nanti pun macam tu jugak bila dah tua nanti ....... "Rumahku, Syurgaku"


5 comments:

Mrs. Simplicity said...

waa..mama k.mas datang nak amik stok rupenye. mesti kerap turun kan? sekejap2 pun takpe, asalkan selalu turun :)

OneSimpleMother said...

biasala tu kak ina.. kita sok tua2 ntah lg la. takmo tido umah anak2 kot.. :)

mamamin said...

salam mas,

maaf lambat jenguk mas kat sini, ari dua tiga hari ni agak bz mas, dpt jenguk kejap kejap jerk blog,

mama mas turun dari kb ke? sambil beli stock, mesti la rindu kat cucu2.
mamamin pun sama mas, anak-anak semua dah kawen, tapi x penah lagi tdo walaupun semalam rumah anak, lebih2 lagi rumah mereka semua nya kawasan shah alam dan damansara, mmg boleh lari balik.. anak2 pun dah malas nak kecik hati, dorang dah paham sgt perangai mama mereka ni.. :))
Bila mamamin rindu , mama suruh dorang dtg weekend having lunch with me, or dating them outside.
betul kata mas tu
Rumah ku syurga ku.. :))

Chik Na said...

alya: ha ah alya .. mama k.mas memang agak kerap dtg kl.. next visit, 16 Dec nanti

Cik mas: yea la Lyn.. k.ina pun rasa cam tu jugak melainkan kalau anak anak tak dok KL.

Mamamin: Mama mas turun dari KB...kata org sambil menyelam minum air, dtg tgk concert Sufia sambil beli kain...
hmmm .. Maybe mas pun bila anak anak dah kawin jadi cam mamamin jugak melainkan anak anak tak tinggal selitar klang valley.

Anonymous said...

Salam boleh tahu tak kedai kain cadar tu di nilai square@ nilai 3. Apa nama kedai tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates