Sharing dari grup wassap Chik Na
Seorang CEO tidak lama lagi akan bersara, dan ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang pegawai terbaiknya.
Untuk itu ia memanggil seluruh kakitangannya, memberikan masing - masing sebiji BENIH di tangannya dan berkata :
" Rawat, pupuk, siram benih ini dengan teratur, dan kembalilah 3 bulan daripada sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh daripada benih ini"
"YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di syarikat ini."
Salah seorang pegawai, bernama Rahmat yang juga mendapat benih tersebut, langsung pulang ke rumah dan merawat benih tanaman tersebut. Setiap hari benih itu ia siram dan diberi baja.
Setelah 3 bulan, di pejabat, semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yang tumbuh daripada benih tersebut. Hanya benih Rahmat yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali.
Rahmat merasa dirinya gagal.
Setelah 3 bulan, seluruh eksekutif menghadap CEO menunjukkan hasil benih tersebut.
Rahmat berkata kepada isterinya bahwa ia tidak akan membawa pasu yang kosong, Namun isterinya menyarankannya untuk tetap membawa pasu kosong tersebut apa adanya untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.
"Bawa aje bang, meskipun abang gagal untuk menumbuhkan benih tersebut, paling tidak abang sudah menunaikan tanggungjawab abang dan menunjukan daya usaha abang yang maksimum menanam dan menjaga benih yang diberikan CEO tersebut " demikian kata isterinya.
"Baiklah " jawab Rahmat, meskipun di dalam hatinya tersemat rasa kesal kerana gagal melaksanakan perintah sang CEO dgn sebaik-baiknya.
Masuk ruang mesyuarat, Rahmat membawa pasu kosong. Seluruh mata memandangnya dengan belas kasihan.
Ketika CEO masuk ruangan mesyuarat memandang kesemua tanaman yang daripada hasil benih - benih yang diberikan kepada pegawai-pegawainya, hingga akhirnya berhenti di depan Rahmat yang menunduk malu.
CEO memintanya ke depan & Rahmat disuruh menceritakan apa yang berlaku.
Ketika ia selesai cerita, CEO berkata: "Beri tepukan kepada Rahmat , beliaulah CEO kita yang baharu"
Ia kemudian berkata
"Semua benih yang saya berikan kepada anda semua sebelum ini telah SAYA REBUS dengan AIR PANAS hingga mati & tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, berarti kalian telah menukarnya & berbohong kepada saya. Kecuali Rahamt hanya dia yang JUJUR"
Tabur KEJUJURAN, akan menuai Kepercayaan.
Jangan pernah takut berbuat JUJUR!
Wednesday, November 25, 2015
Monday, November 23, 2015
Sayangi Ibubapa
Tanyalah Ustazah, Ustazah Isfadiah, Sayangi Ibubapa
Dlm hadis rasulullah saw, nabi bersabda 'allah swt merahmati org tua yg menolong anaknya utk boleh berbakti kpdnya'
Kita sebagai ibubapa kena ada kepekaan utk membantu generasi muda supaya generasi muda ini mempunyai kesedaran agar generasi muda ini menyayangi, mentaati dan mengasihi ibubapa mereka. Malah bukan sebenarnya bukan hanya focus ibubapa mereka shj, tapi rasa kasih dan sayang itu juga perlu disebarkan kpd ibubapa rakan mereka, ibubapa mertua, ibubapa jiran jiran mereka malah org yg lebih tua.
Salah satu karekter keluarga yg baik adalah keluarga yang menghormati org tua dan menyayangi org muda.
Bagaimana nak lahirkan jiwa jiwa yg menghormati dan mengasihani org tua?
Dlm pembentukkan akhlak/ personality kita kena ada
1. Didik anak dgn Ilmu dr al Quran agar anak anak menyayangi, mentaati ibubapa mereka
2. Membiasakan anak anak/ajar dgn sabar menghormati ibubapa/org tua
3. Disiplin yg tegas tapi mesra mengajar membimbing mereka utk menghormati ibubapa
Macamana nak tunjuk bukti kasih sayang kpd ibubapa yg dah meninggal dunia?
1. Sentiasa doakan mereka
2. Layakkan diri jadi anak yg soleh/solehah
3. Panjangkan silaturrahim ibubapa
4. Tunaikan janji janji mereka atau wasiat mereka termasuk langsaikan hutang piutang mereka
5. Mohon kan allah ampunkan mereka
6. Muliakan rakan rakan mereka
Kesibukkan kerja dan mengejar duniawi menyebabkan anak anak menempatkan ibubapa di rumah org tua. Apakah faktor yg mendorong anak anak meletakkan ibubapa dirumah org tua?
Ada 2 faktor
1. Faktor yg terbaik kerana anak bimbang jaga pakai ibubapa dan agar keselamatan ibubapa terjamin
2. Faktor tidak baik, mereka hantar sbb mereka rasa ibubapa memberi bebanan kpd mereka, malas menyampah dan geram kpd mereka.
Bagaimana cara supaya kita boleh terus menghargai jasa ibubapa kita walaupun sudah berjaya?
Berjaya atau tak berjaya kita kena tetap menghargai ibubapa kita kerana kejayaan yg sebenarnya adalah mendapat redha dr ibubapa. Focus utk mendapat redha ibubapa.
Ulamak-ulamak telah menggariskan beberapa perkara kebaikan kebaikan utk di beri kpd ibubapa
1. Mentaati mereka sebagai tidak menyalahi al Quran dan hadis
2. Rendahkan diri kita di depan mereka
3. Bicara lembut dan sopan
4. Beri mereka makanan
5. Minta izin utk melakukan sesuatu
Berbuat baik kepada ibubapa boleh dibahagikan kepada dua:
1. semasa hidup
2. Setelah meninggal dunia
Bagaimana nak menunjukkan kasih sayang anak anak kpd ibubapa serta cucu cucu kpd nenek/Datuk mereka?
Kita kena bangunkan rasa kepekaan utk mengasihi/mentaati ibubapa bukan kpd kita shj tetapi kpd cucu kita. Oleh itu kita kena beri teladan dan contoh yg baik kpd mereka.
Dalam islam kita diajar supaya kita berlaku ihsan, maksudnya kita berlaku lebih drp adil, adil itu meletakkan sesuatu ke tempatnya, sayang kpd mak kita, tapi ihsan tu lebih lagi. Contoh kalau kita jumpa mak kita senyum tapi lebih lg kita peluk dia, cium dia.
Kajian oleh Dr Jackman yg juga merupakan sunnah rasulullah saw, 5 cara utk menzahirkan kasih sayang kita supaya diketahui
1. Pujian
2. Hadiah, cenderahati
3. Sentuhan
4. Ada masa utk ibubapa
5. Membantu
Apakah kesan ke atas anak anak yg derhaka kpd ibubapa ?
Kesannya allah akan membalas tindakan itu samada dunia lg.
Tugas kita sebagai ibubapa utk memastikan supaya derhaka tidak berleluasa.. Sebagai ibu kita sentiasa meredhai dan memaafkan anak. Perkataan derhaka itu berlaku sekiranya ibubapa tidak mahu memaafkan anak anak mereka, ada lg rasa marah, ada lg rasa geram dan ada lg rasa dendam kpd anak. Bila ada perasan itu, kederhakaan itu akan berlanjutan. Maka wajibkan ke atas kita samada utk tidur atau tidur sekejap utk maafkan mereka. Kesannya allah akan penalty anak derhaka di dunia lg... Malah jika kita tak ampunkan mereka dan kita ada anak derhaka, anak anak akan bakal tarik dan melambatkan process utk kita ke Jannah nanti..
Jadi kita kena redha/maaf/ampunkan anak anak utk kebaikan diri kita
Nabi bersabda 'di akhirat nanti antara dosa dosa besar selain syirik kpd allah swt, adalah derhaka terhadap ibubapa dan berbohong dan saksi palsu'
Akibat dosa dosa besar tidak akan menghidu bau syurga, maka tergolong ahli neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)