Ads 468x60px

Labels

Friday, October 10, 2008

- Been BZ -

Again, it has been a while not updating this blog...been bz with beading project for hari raya and kids. I noticed my life is more bz since I quit my job in Nov 2006, but I enjoyed being a fulltime house keeper :). I did everything for my family.

Syukur alhamdulillah, diberi Allah swt rezeki yang berlipat ganda for my hubby so that I can stay at home. Menjadi suri rumah sepenuh masa agak memenatkan berbanding sewaktu saya bekerja dahulu tapi kepuasan menguruskan keluarga membuatkan saya tidak menyesal
bila mengambil keputusan berenti kerja sebagai pengurus di salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dahulu. Tidak perlu lagi pening memikirkan pasal pembantu rumah, kesesakkan lalulintas ketika pergi dan balik kerja, dan yang paling penting tidak lagi mudah naik angin dengan kerenah anak-anak :). Saya menjadi seorang yg lebih bersabar.

Saya berbangga dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa batasan. eg: tidak perlu risau tentang kerja bila mengambil cuti dari majikan utk menziarahi org tua di kampung atau bercuti panjang sekali sekala. Amat gembira bila dipuji oleh keluarga bila memasak makanan kegemaran anak-anak & suami. Seronok dapat menghantar & mengambil anak dari sekolah sendiri disamping dapat monitor perkembangan pelajaran mereka. Saya juga mempunyai banyak masa utk diri sendiri .. melakukan hobi yg digemari, ada masa ke gym, ke spa, atau berjumpa teman-teman.

Syukur kepada Allah swt dan semoga DIA terus memberi rezeki dan keberkatan yang berpanjang kepada keluarga kami .Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates