Assalamualaikum ..wth
Kami sampai di Jeita Grotto lebih kurang 9.00 pagi. Pemandu kereta a.k.a pemandu pelancong memberi masa dlm 2 jam setengah untuk menikmati keindahan di Jeita Grotto.
Jeita Grotto terletak di lembah Nahral-Kalb iaitu 18km ke utara Beirut. terbahagi kepada 2 bahagian yang dipanggil "Upper Grotto (cave)" dan "Lower Grotto(cave)". Jeita Grotto adalah salah satu dari 28 finalist untuk pemilihan 7 Wonders of Nature in the world tahun 2010/2011
Faiz di perkarangan Jeita Grotto
Tiket masuk untuk dewasa lebih kurang MYR 40 manakala untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah lebih kurang MYR 22
Untuk ke "Upper Grotto" disediakan kereta kabel tetapi para pelancong boleh juga mendaki naik menggunakan jalan yang disediakan :D
Kami dalam kereta kabel untuk ke "upper grotto (cave)"
Stesen kereta kabel di bahagian "upper grotto"
Kami dipintu masuk "upper grotto"
Fain n Sufia wif abang Idham..student di Syria yg teman kami ke Lebanon
Suasana dalam "upper grotto"..gambar ihsan en.google
gambar ihsan dari en. google..kami tak boleh ambik gambar dlm gua batu kapur ini bagi memelihara struktur stalaktidnya
Terpegun dengan keindahan alam semulajadi ciptaan allah swt
Tram yang digunakan untuk ke "lower grotto"
Tram ini juga membawa pelancong dari "lower grotto" ke pintu masuk
Untuk menikmati keindahan stalagmid di bahagian "lower grotto" kami dibawa menaiki bot mengelilingi gua batu kapur tersebut. setiap bot boleh membawa lebih kurang 10 - 12 penumpang.
gambar ihsan dari en. google
gambar ihsan dari en.google
Kami sekeluarga bergambar sebelum masuk ke bahagian "lower grotto"
Selepas ke Jeita Grotto kami dibawa pula pemandu pelancong ke Muzium Patung yang tidak jauh dari Jeita Grotto