Assalamualaikum..wth
Hari ini pada tahun lepas, kami berada di Lebanon, jalan-jalan makan angin di sana :D. Kebetulan pula Chik Na teringat tak pernah buat N3 pasal makan angin di Lubnan ni. Semasa berada di Damascus pada cuti sekolah tahun lepas Chik Na dan keluarga berkesempatan ke Lebanon. Kami ke-sana ditemani dua orang student Msia, Idham dan adiknya. Kami bertolak dari Damascus ke Lebanon pada pukul 6am dengan menyewa sebuah MPV Hyundai..sewanya bersama pemandu n co-pilot kalau tak Chik Na adalah sebanyak 9000 SYP lebih kurang RM 630.
Perjalanan dari Damascus ke sempadan Lebanon mengambil masa lebih kurang 2 jam termasuk process pemeriksaan dan kastam di sempadan.
MPV yang kami sewa sepanjang jalan-jalan di Lebanon
Bayaran sebanyak RM 35 dikenakan untuk keluar dari Syria.
Sempadan Syria - Lebanon
Cop passport kat imigeresen semasa nak keluar dari Syria
Faiz di kawasan kompleks imigresen dan kastam Lebanon
Seingat Chik Na tiada bayaran visa yang dikenakan untuk warnagena Malaysia untuk memasuki Lubnan as long as kita tak tinggal kat sana melebihi 48 jam. Sepanjang perjanalan dari Damacus ke sempadan Syria kami melalui padang pasir tetapi bila melepasi sempadan Lebanon kami mula mendaki jalan bukit-bukau yang agak sempit. Bila masuk je negara Lebanon, Chik Na jadi kagum sebab kebanyakannya warga Lebanon memandu kereta-kereta mewah model baru seperti, Merc, BMW, Audi dan lain-lain. Negaranya lebih moden dan orangnya lebih sosial berbanding di negara Syria dan Jordan.
Faiz yg tertido sepanjang perjalanan ke Lebanon, al-maklumlah kami bertolak awal pagi..
capture sepanjang perjalanan ke Jeita Grotto
Cuaca di Lebanon pula pada masa tu tidak berapa sejuk seperti di Damascus. Dari sempadan kami terus ke Jeita Grotto, sebuah gua batukapur yang memasuki finalist 7 wonders of nature di dunia.
bersambung....
7 comments:
As'salam chik na...salam kenal...
Suka tgk gambar2 perjalanan kawan2 ke negara orang... sebab kita belum berkesempatan utk ke sana...tengok gambar je lah...hehehe
ChikNa,
This year jalan2 gie mana pulak? Seronok dapat peluang tengok negara orang kan?
Tentu best kannn jalan jalan ke tempat orang ? Seronok tengok gambar gambar tu. Tak sabar nak baca next entry chik na.
anie: insyaalah suatu hari nanti anie pun berpeluang jalan ke negara org pula
teratak hami: he he he.. tak boleh selalu jalan ke negara orang, sesekali boleh la...botak big boss nanti :D
rozita : ..chik na dah continue cerita kat jeita grotto :)
Chik Na: seronok baca entry ni. At least k.ani tau jugak cam mana negara Lebanon yg rupanya moden jugak...
Post a Comment