Assalamualaikum..wth
Setelah bercuti selama 3 minggu dari menghantar anak sekolah, minggu ni Chik Na memulakan kembali rutin harian :D... Minggu lepas ada En.Zaidi yang memandu anak-anak sekolah. En.Zaidi dah pun kembali ke Taipei setelah bercuti selama seminggu pada hari Ahad . Bila kembali ke rutin harian, nampak gayanya rumah Chik Na ni akan jarang di-update...
Ada a few draft yang tengah Chik Na edit gambarnya ... tapi tak tahulah samada sempat nak di"edit" gambo-gambo tu ke tak, citer pasal jalan-jalan Taipei tempohari :D.
Sebenarnya banyak citer yang Chik Na dah draft tapi tak ter"update" entrynya. Banyak cerita dah basi... contohnya cerita pasal Jalan-jalan Lebanon dan Jalan -jalan Dubai Dec 2010, cuti-cuti Langkawi besama mama n adik beradik Chik Na pada Feb 2012, Umrah Mac 2012 dan macam-macam citer lagi..
Tapi hari ni Chik Na nak bercerita pasal Faiz menyertai pertandingan hafazan anjuran Surau Al-Falah, sempena Karnival Haiya A'Alaa Falah 2012. Karnival ni berlangsung 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas.
Surau Al-Falah ni terletak bersebelahan taman perumahan Chik Na. Sekolah KAFA Faiz yang pilih agar Faiz menyertai pertandingan ni. Dalam pertandingan ni ada 6 categori, Kanak- kanak tadika 5 - 6 Tahun (lelaki n perempuan), kanak-kanak 7-9 tahun (lelaki n perempuan) dan kategori 10-12 tahun (lelaki n perempuan)
Hadiah utama 2 buah basikal :D
Memandangkan Faiz dah berumur 11 tahun, maka Faiz masuk pertandingan kategori umur 10-12 tahun lelaki. Untuk kategori ni pelajar dikehendaki menghafaz surah-surah berikut; Surah Asy-Syams, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al A'laa, At-Thaariq, Al-Buruj dan An-Insyiqaq
Muka pucat sebab dia peserta pertama kategori lelaki 10-12 tahun..
Semasa undian Faiz dikehendaki baca surah Al'A'Ala dan surah Al'Balad... alhamdulillah dua-dua surah tu Faiz memang dah hafaz... cuma masa diuji dia agak panik dah terlupa satu ayat surah al-Balad.
Faiz tak memenangi hadiah dalam pertandingan ni, mungkin kerana tajwidnya yang masih lemah tapi Chik Na bangga sebab Faiz ni memang suka dan sanggup menyertai mana-mana pertandingan yg disuruh oleh guru-gurunya tak kira la samada di sekolah agama ataupun kebangsaan. Dah macam-macam sijil yang dah terkumpul :D. Walaupun Faiz tak menang acara hafazan ni tapi Chik Na bangga sebab Faiz berjaya hafaz surah-surah yang diberi... cuma Chik Na kena pastikan dia mengamalkan surah-surah tersebut dalam solatnya agar dia tidak mudah lupa nanti...
Tak menang acara hafazan tapi Faiz dapat hadiah color set ni semasa menjawab soalan "kuiz siapa cepat dia dapat " yang diberi...
Soalan Kuiz tersebut : " Dimanakah terletaknya Masjidil-Aqsa?"... senang je kan soklan nya.. Rakan-rakan semua mesti tahu jawapannya :D
Ini pula hadiah saguhati yang diberi kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan ni.
Baju Faiz dan pengerusi masjid sama kaler :D
Pemenang utama kategori lelaki
Pemenang kategori perempuan ..
Sijil penyertaan...
Faiz, mama very proud of you....