Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 14, 2012

- Peristiwa yang tak dapat dilupakan

Assalamualaikum..wth,

Pernahkah anda terpikir menaiki teksi yang ditarik oleh tow-truck? Itulah yang terjadi kepada kami sekeluarga semasa balik dari Taipei ke Msia pada hari sabtu baru-baru ni. Flight kami ari tu pukul 12.15 tengahari. oleh kerana perjalanan ke Taoyuan Internatiaonal Airports agak jauh, kami mengambil keputusan untuk keluar rumah pukul 9 pagi. Sebaik saja kami turun dari apartment kami terus dapat teksi. Anak-anak teruja sebab pertama kali menaiki teksi yang dipandu pemandu teksi perempuan.

Perjalanan agak slow sebab kesesakkan jalanraya...maybe sebab hari cuti so ramai yg nak balik kampung :D. Pukul 10 am kami masih dlm perjalanan ke airport. Di pertangahan perjalanan, teksi yg kami naiki buat hal...teksi tak boleh dibrek, kalau tak, teksi akan mati. Ntah berapa kali teksi asyik mati je. Namum setelah setengah jam kami agak lega sebab teksi dah mula masuk ke "freeway" yang menuju ke airport dan jalanraya pula sudah tiada kesesakkan lagi.

Ketika teksi meluncur laju di freeway iaitu tinggal lagi 1/4 perjalanan ke airport, tiba-tiba Chik Na rasa teksi bergerak bertambah perlahan...lama kelamaan teksi tu berhenti terus di tengah-tengah freeway tu. Dah la terhenti di tengah-tengah freeway tu. Dalam dok pikir macam mana nak dapatkan teksi lain, kami terbau bau hangit macam ada benda terbakar... kami cuak juga lantas suami mengarahkan kami agar keluar dengan berhati-hati dari kerata.... tapi kami ditahan oleh pemandu teksi agar tidak keluar... kami pun mengikut arahan. Tak berapa lama selepas tu, tiba-tiba kami ternampak asap keluar dari bonet depan kereta. Sekali lagi En. Zaidi menyuruh kami keluar dari teksi dengan berhati-hati...bertambah cuak sebab kereta, lori dan treler semuanya laju-laju...cuba bayangkan anda berada di tengah jalan waktu tu... nak lintas ke tepi pun tak boleh..

Alhamdulillah tak sampai 5 minit, tow-truck datang. Bab ni kami puji sebab khidmat tow truck datang dengan pantas. After mekanik check keaadaan teksi, dia menyuruh kami menaiki kembali teksi tersebut. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Taoyuan International Airport dalampukul 11 am.

 Beginilah keaadaannya ... kami menaiki teksi yang ditarik oleh tow-truck hingga ke airport


Pemandu teksi yang kononnya sedang memandu padahal masa tu kami sedang ditarik oleh tow-truck :D

Seingat Chik Na kami tak pernah menghadapi masalah ketika bercuti di luar negara... part of dugaan Kadang rasa kelakar pula bila mengenangkannya... hmmm...itu lah salah satu peristiwa yang kami tak akan lupakan :D

8 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah chik Na dan keluarga selamat sampai walau pun naik teksi on-tow

kasihredha said...

kelakarpun ada juga chikna...tp alhamdulillah selamat

kakcik said...

Boleh jadi 'hari ini dalam sejarah' tu. Syukurlah Chik Na sekeluarga tidak apa2. :)

Mummy Chubby said...

Nasib baik semuanya sgt efisen.. :D
Alhamdulillah, chik na selamat pulang

Murni Alfathunnisa said...

Pengalaman jugak tu chik na..antara menakutkan dengan kelakar.

tapi alhamdulillah la selamat...bahaya tu tiba2 buat hal tengah jalan...

Nieda said...

Bgus juga dia hantar sampai airpot . kalau tak susah nak cari teksi lain pula.

Nadiah Sidek said...

bagusnya tow truck tu hantar sampai ke airport. kalau tak, jenuh juga kan nak cari teksi lain di situ?

Nida said...

Jadi kenangan tu semua Chik Na... nanti mesti tersenyum kembali bila ingat kisah ni semula..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates