Assalamualaikum..wth,
Entry pasal Zoo Taipei, Chik Na ada sebut pasal Maokong Gondola iaitu salah satu cara access ke Zoo Taipei. Maokong gondola adalah salah satu sistem pengangkutan kereta cable di antara Zoo Taipei dan sebuah pekan bernama Maokong. Jaraknya 4.3 km dari Zoo Taipei ke Maokong. Sistem pengangkutan ini mempunyai 4 stesyen kereta cable: Taipei Zoo (diluar zoo), Taipei Zoo Selatan (dlm zoo), Zhinan Temple dan Maokong ( Sanxuan temple).
Maokong Gondola ni beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari pukul 9 am - 9pm. Untuk mengetahui lebih detail, boleh la ke website ni.
Kami menaiki Maokong Gondola dari stesyen Taipei Zoo Selatan ke Taipei Zoo sahaja. Plan asal nak ke Maokong tetapi kami kesuntukkan masa. Insyaallah kalau jodoh En zaidi panjang bekerja di Taiwan, boleh la kami melawat ke Pekan Maokong on the next visit. Maokong ni terkenal dengan keindahan kebun teh.
Tambang dari Taipei Zoo Selatan ke Taipei Zoo adalah NT$ 30 lebih kurang RM 3 shj.
Crystal Clear Cabin .... penumpang boleh melihat panorama bukan sahaja dari tingkap cable car tetapi dari lantai cable car... sapa-sapa yang gayat rasanya tak boleh naik crystal clear cabin nih. Kalau tak silap Chik Na, ada juga gondola yang lantainya bukan "cystal clear".
Stesyen Maokong Gondola di berhampiran Taipei Zoo entrance... lebih kurang 5 - 7 minit berjalan dari Metro Stesyen Zoo Taipei :D
15 comments:
huhu...lantai pun clear...kecut perut jugak nih...jawapnya pakai tak tengok bawah la kalau naik cable car ni...
Kalau kakak memang sah tak boleh naik Chik Na.. rasanya kalau naik pun rugi sebab asyik pejam mata je...
Amboi seronok btol chik na...bla mau balik m'sia nih??
siti : org yg ada sakit jantung n darah tinggi x dibenarkan naik gondola ni..
Kak zakie: takpe..rugi RM 3 je..he he he
mummy chubby: esok tengahari da nak balik msia :D
ada rasa nak jatuh tak chikna naik cable yang lantainya crystal clear tu? :D
sure gayat...
yg x clearpun akak gayat
salam kenal...
wah lantai nyer ala2 cermin yer...pergh mesti cuak gak yer kalo macam tuh...huhu
tak de lah.. ok je
kasihredha:anak chik na faiz pun gayat, dia dok diam je dalam tu :)
papamifz: mula tu kami cuak jugak... tapi after a few second, excited plak
cable car ke zoo....wah! cam best jer chik na. K.ani plak yg excited... :))
Tengok gondola pun dah gayat, apatah lagi menaikinya..hehehe
Post a Comment