Ads 468x60px

Labels

Friday, June 1, 2012

- Raohe St. Night Market, Taipei

Assalamualaikum..wth,

Hari Rabu malam kami ke pasar malam di Raohe Street... tak berapa jauh dari apartment kami. Keluar pun sebab anak-anak bising dok seharian kat rumah. Nak keluar sendiri without En. Zaidi, rasa cam tak confident :D. Siangnya kami kat rumah je, Sufia diberi tugasan oleh abah untuk menghafaz Doa Qunut (normally kalau tak berjemaah, bila solat subuh sendiri cik sufia skip doa qunut :(  sbb x ingat lg) dan Faiz pula kena hafal ayat-ayat quran dari Juz Ammar ( Surah Asy-Syams, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al A'laa At-Thaariq, Al-Buruj dan An-Insyiqaq ...semua surah yang ayat panjang-panjang ) untuk pertandingan hafazan pada 17 June nanti.

Kami naik taxi ke Roahe Street Night Market
Pintu gerbang Roahe St. Night Market
Pasar malam ni tak banyak sangat jual barang-barang...banyak gerai makanan

Buah jambu yang dijeruk..nampak makan sedap tapi tak berani nak beli :D

Bunga Hiasan... bunga-bunga ni akan kuncup bila di spray dengan air....
Tengah pilih beberapa pasu untuk hiasan dirumah nanti :D ... RM 100 untuk 5 pasu
Berkenan dengan sandal hello kitty ni... kononnya nak jalan dulu..kut-kut jumpa kat depan yg lagi cantik...
Kat kedai kasut...Faiz nak cari kasut high-cut ... kat Msia susah nak cari size 6 untuk kanak-kanak lelaki ... kasut dewasa canvas normally start dengan  size 8


Akhirnya Faiz dapat kasut idaman hati... tak mahal, NTD 490 ..tak sampai RM 50... memang tak mo beli kasut mahal-mahal sbb kaki Faiz cepat panjang.... Raya tahun lepas beli Nike beratus reganya..pakai sekali dua dah tak muat..rugi je...
Abang beli kasut..Cik Sufia pun sibuk nak beli sandal gak... mulanya dia pilih pink... pastu tukar ke kaler hitam
Budak yang kemarut kasut baru ...dok rumah pun pakai kasut
Pasar malam Raohe Street ni tak panjang mana pun... insyaallah kalau ada masa boleh kami ke pasar malam yg femes dikalangan pelancong.. Shilin Night Market. Sebenarnya kat area rumah ni pun ada pasar malam yg lagi dekat.. boleh jalan kaki je...tak perasan masa tgk map.. Lioning Street Night Market :D. 

5 comments:

siti murni said...

unik jugak bunga dalam pasu tu..boleh kuncup bila spray dengan air..kat sini tak pernah jumpa. interesting!

seronok nya...ada orang dapat kasut baru..yeay2... :)

Ayu Katerina said...

kt pasar mlm raohe ada kedai pakistan.. selalu juga jemu2 sy p makan roti nan dan peha ayam kt sini.. boleh tahan sedap :) kalau nk beli souvenir pegi handicraft centre.. situ murah sikit compare dari tmpt lain atau pun kedai hsin tun yang.. ada juga :)

kasihredha said...

special nya bunga tu...kuncup bila di spray ye...kasut merah tu pun cantik

Kakzakie said...

Kakak terpikat bunga dalam pasu sebab Chik Na kata bila siram dia kuncup - kreatiflah org yg buat kan...

Ibuhani said...

bunga hiasan tu nmpk menarik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates