Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 25, 2011

- Terasa amat penat dan sangat letih

Baru seminggu Big Boss Chik Na mula bertugas di Jakarta tapi Chik Na dah terasa amat rindu sangat padanya... haipppppp  lari dari tajuk pulak yea... Sebenarnya terasa amat penat dan sangat letih. Bukannya apa, selama 5 bulan ni tugasan rumah dan hal-ehwal anak-anak kami sama-sama saling membantu... tapi bila he is not around, segalanya Chik Na kena urus sendiri. Bukannya Chik Na tak pernah buat sendiri segalanya tapi bila En. Zaidi berada dirumah sampai 5 bulan, Chik Na jadi naik lemak plak... Ni la yang paling panjang  En. Zaidi berada dirumah setelah 7 tahun bekerja sebagai freelance engineer. Selalunya paling lama pun sebulan lebih.

Cuba u all baca rutin harian Chik Na now ni :

5.45 am : bangun tido terus mandi n solat
6.10 am : kejutkan faiz n sediakan bekal serta breakfast
6.40am : van sekolah jemput Faiz
7.00 am : kejutkan Sufia n sediakan keperluan dia ( kalau mood tak ok.. silap-silap 7.30 baru Sufia mandi)
7.40 am : hantar Sufia ke Kafa
10. 40 am : Jemput Sufia dari sekolah Kafa

Normally lepas hantar Sufia, Chik Na akan ke minimarket beli lauk basah or shopping grocery, then bila dah sampai rumah luangkan masa tengok pokok bunga n sayur-sayur Chik Na. Masa ni jugak lah Chik Na akan menyidai kain, kemas rumah, lipat baju n etc. Kalau rajin sebelum ambik Sufia 10.40am, Chik Na akan terus masak untuk lunch. Kalau tak rajin, masak lunch after balik dari ambik Sufia sekolah kafa. And kalau tak rajin jugak Chik Na beli je untuk lunch tuh ;)

12.00 am : Prepare Sufia untuk ke sekolah kebangsaan
12.30 - 12.40 pm : hantar Sufia ke sek. kebangsaan ( then tunggu sehingga Faiz balik sek keb)
1.15 pm : Jemput Faiz dari sekolah kebangsaan 

(Sepatutnya Faiz naik van tapi kami decide jemput je dia kat sek sebab bila naik van, pukul 2.15 pm baru sampai rumah, nanti kelam kabut nak ke Kafa plak. Furthermore, kesian Faiz nanti tak sempat nak rehat  lagipun Chik Na hantar Sufia di sekolah yang sama)

1.35 pm sampai rumah terus sediakan lunch untuk Faiz
2.15 pm After faiz dah mandi n solat, kami lunch sama-sama
2.30 pm. Van sekolah kafa jemput Faiz

After 2.30 pm la selalunya Chik Na kan merehatkan  diri kejap, layan tv or movie dan berblog, tu pun kalau takde apa yang perlu Chik Na lakukan. 

5.00 pm: Normally Chik Na prepare dinner ..
5.50 pm : Jemput Faiz kat kafa n terus ke sekolah Sufia. Around 6.10 dah sampai sek. Sufia
6.30 pm : Sufia balik sekolah. (Sementara tunggu Sufia balik, Chik Na ambil kesempatan untuk membaca tak kiralah buku cerita/ilmiah or magazine or paper semalamnya :D )

Before 7pm dah sampai rumah..masa ni rilex jap 

8.00 pm : hantar anak-anak tuisyen or ngaji quran or taekwando (Fri only). Kalau hari ngaji Quran, Chik Na akan tunggu sampai habis ngaji.
9.15 pm : Ambil anak balik dr tuisyen / taekwando

Balik dari tuisyen or ngaji, buat homework dengan anak-anak. 

10.00 pm :  Normally kami dah ready nak tido.. sembang n get update from anak-anak pasal sekolah. Kadang kalu rajin bacakan anak-anak buku cerita pendek n by 10.30 pm.. anak-anak dah tido..silap-silap Chik Na yang tido dulu dari Faiz n Sufia

Tu rutin dari Mon - Friday. Sabtu plak, Normally 8am, hantar Faiz p ko-kurikulum kat sekolah. 12 pm : jemput Faiz plak. Pukul 2 pm - 4 pm, anak-anak ada kelas Mental Arithmetic plak. Kena hantar n ambik lagi. Tu pun anak-anak ada hati nak attend kelas lukisan on Sunday tapi Chik Na dah surrender sebab dah tak larat nak hantar ambik mereka :)... (Tapi sufia still begging nak g kelas drawing tu... tgh consider shud I send her or not)

Kadang bila dipikirkan, jadi surirumah lagi penat (penat physical lah) dari masa kerja dulu... maybe sebab masa tu ada pembantu rumah... tapi kerja pun penat jugak... penat otak, penat jalan jammed n bila balik penat nak ngadap anak-anak plak...

En. Zaidi suruh gak Chik Na consider untuk ambil pembantu baru tapi... dah rasa selesa tak de maid  lagipun rasa lebih privacy bila En. Zaidi sesekali balik bercuti.

Monday, May 23, 2011

- Blended Orange Cake

Simple, fast n super easy cake recipe!!!!


Bak kata Kak KasihRedha takde mixer pun boleh buat kek ni :D. Chik Na bake kek ni petang semalam... sebenarnya dah teruja nak buat masa tengok resipi ni kat blog Lady Parlour last week. So semalam disebabkan takde apa nak makan masa minum petang, Chik Na pun decide nak buat kek ni. Anak-anak pun tak sedar Chik buat kek ni, tau-tau bau harum limau semerbak di rumah. Sampaikan anak-anak yang sibuk studi kat atas turun tanya mama masak apa nih..

Bahan-bahan:


1 biji buah limau (Chik Na guna oren sunkist)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ( Chik Na hanya guna 1 1/4 cawan :D )
3 biji telur ( Chik Na guna telur size B)
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder*
(* diayak bersama)


Cara-caranya:
  1. Cuci limau bersih-bersih, potong dan buang biji dan urat putih ditengah-tengah. Potong kecil-kecil bersama kulitnya sekali
  2. Masukkan ke dalam blender bersama gula, telur dan minyak dan kisar hingga halus
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris
  5. Bakar pada suhu 170'C selama 40 min atau hingga masak.
Senangkan resipinya. Dalam masa sejam dah boleh dimakan. 

Kek yang gebu... Chik Na suka kalernya yang cukup kuning
buat orang rasa tak sabar nak makan :D

Sunday, May 22, 2011

- Aktiviti Sabtu Lepas

Hari Sabtu lepas,  kami menghabiskan masa kat Stadium Terbuka MMU sempena hari keluarga sekolah kafa Faiz n Sufia. Family Day bermula pukul 2 pm hingga lebih kurang 6.30pm.

First time Firzana Education buat kat MMU untuk hari keluarga... biasanya
buat katStadium Tertutup MPSJ  di Serdang
Antara hadiah yang di sediakan
Sufia tengah beratur untuk mendapatkan "tag" bagi rumah hijau, Abu Za
Faiz tengah pakai "tag" bagi rumah biru, Khalid al Walid
Sufia tengah bersedia untuk acara "Halangan Kontractor"
Sukaneka yang disertai oleh Sufia memang kena dengan namanya "Halangan Kontraktor" sebabnya memang banyak halangan yang terpaksa dihadapi sebelum dapat menyiapkan satu tugasan. Halangan pertama bawa bola dalam sudu dengan menjinjing "bean bag" kat atas kepala sambil meniti kayu.


Kemudian kena jalan pakai "Terompah Plastik"


After that, bawa bola dalam gelung hingga ke bulatan yang ada tin..bawa tin sambil lari then susun tin tersebut dan last sekali repeat balik apa yang dah buat sebelumnya... bawa bola dlm gelung, lari dengan terompah plastik, meniti kayu sambil bawa bola dlm sudu dan diatas kepala kena jinjing "bean bag"...  Penat kami tunggu seramai 14 org anak-anak menyiapkan setiap pusingan :D. rRsanya dalam 40 min jugak la tunggu dorang habiskan "Halangan Kontraktor " tu

Terkial-kial Sufia membawa bola dalm gelung
Acara yang Faiz sertai yang paling simple dalam banyak-banyak acara yang di adakan.. beradu kekuatan antara 4 pasukan :)
Faiz masuk acara "pahlawan Gagah"... tarik tali la tu :D
Faiz n Sufia dapat tempat kedua. Nasib baik dua-dua dapat silver, kalu tak
nanti bergaduh plak membandingkan hadiah yang mereka dapat :D
Semasa majlis penyampaian hadiah, ada juga upacara cabutan bertuah dijalankan. Dan kami adalah antara yang bertuah pada hari tu... maybe disebabkan kehadiran En. Zaidi pada hari tu. En. Zaidi selalunya tak dapat hadir kebanyakkan aktiviti yang anak-anak sertai, al-maklumlah banyak berada di luar negara disebakan tugas. Alhamdulillah hampir setengah tahun En. Zaidi berada di tanah air pada tahun ni, so banyak juga la aktiviti anak-anak yang dapat dihadiri oleh En. Zaidi :D. 

Insyaallah tahun ni banyak aktiviti anak-anak  dan keluarga yang dapat disertai oleh En. Zaidi sebab mulai Mei ni dia mula bekerja di Indonesia. Senang nak ulang-alik pada hari minggu :D

Tanpa disangka kami menang cabutan
bertuah
Nombor bertuah kami pada hari tu .. 126
On the way balik dan kebetulan dah berada di Cyberjaya bercampur pula penat, kami singgah Restoren Saba, kedai nasi arab untuk tapaw makan malam kami malam tu.

Saturday, May 21, 2011

- Our Breakfast Today : Ubi Kayu n Kopi-O

Ubi Kayu yang sangat empuk...  tambah sedap dimakan bersama kopi-O.
Faiz n Sufia makan berkali-kali :D
Semalam semasa jalan di pasar malam berhampiran rumah ternampak orang jual ubi kayu yang macam baru di harvest. Berkenan pulak dihati.. dah jalan pass thru.. patah balik beli ubi kayu tu. Sekilo, RM 2.50..beli 1 1/2 kg.

Bangun pagi terus rebus ubi kayu ni... memang ubi kayu baru....cepat empuk dan sangat gebu isinya. Rasa terkilan plak beli sikit je ubi tu, kalau tak, boleh buat kueh minum petang.

Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

- Seri Muka

Berseri-seri rupa kedua anakanda Chik Na pagi ni sebab kuih kegemaran depa mamanya dah buat :D petang semalam. Tu pun setelah abah pun cakap dah lama mama tak buat kuih seri muka. Kuih Seri Muka ni antara kuih tradisional feberet ahli keluarga Chik Na.

Lagi lebih seronok makan sebab Chik Na terapkan kuih seri muka ni dengan "cookie cutter" berbentuk bintang dan juga "love". Thanks to Periukbelangazarin sebab bagi idea buat can ni kat blog dia suatu ketika dulu :D.

Bak kata Ibuhani kat FB... Seri Bintang Hati
Anak-anak seronok makan seri muka yang berbentuk "Love" ni
Disini Chik Na nak sharekan resipi kuih kegemaran kami ni

Bahan-bahannya:-


Lapisan Bawah (Pulut):


2 cawan Pulut
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil garam


Lapisan Atas (Yang warna hijau tu)


6 - 10 helai daun pandan diblend dengan secawan air, kemudian ditapis, ambil airnya sahaja
1 1/2 cawan santan pekat
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
secubit garam
2-3 titik pewarna hijau


Cara-cara:-

  1. Untuk lapisan pulut, rendam pulut selama 1 jam. Toskan dan masukkan pulut dalam periuk bersama santan dan garam. 
  2. Masak di atas dapur, bila beras dah sedikit likat tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 min.
  3. Selepas 25min, mampatkan pulut yang dikukus. Pastikan betul-betul mampat.
  4. Kemudian kukus lagi selama 10 min.
  5. Sementara tunggu pulut dikukus kali ke-2, sediakan lapisan atas yang berwarna hijau.
  6. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas di dlm blender dan blend bahan tersebut sehingga sebati.
  7. After 15 min, angkat pulut dan mampatkan sekali lagi. 
  8. Kemudian masukkan bahan lapisan atas di dalam periuk dan masak sehingga  ianya mula likat.
  9. Bila mula likat, cepat-cepat tuangkan ke atas pulut yg telah dikukus dan kukus lagi selama 40 min.
  10. Sejukkan dan boleh lah di makan :D
* Boleh skip no. 8 dan 9 dengan memasukkan terus bahan lapisan hijau ke dalam pulut yg telah dimampatkan (tanpa dimasak) kemudian dikukus selama 50 min.

Anak-anak mengeluh sebab buat 1 bekas pyrex ni je.... depa kata
tak sempat la bawa bekal p sekolah esok

ps: Hubby siap bawa bekal ke Jakarta petang tadi :D

Monday, May 16, 2011

- Selamat Hari Guru

Dah sebulan lebih Chik Na menghilangkan diri yea... tup-tup menjelma kembali. Lately agak sibuk dengan urusan rumahtangga yang tak pernah habis :-D. Ditambah pula encik suami masih lagi berada di rumah. Bukannya dia tak bagi Chik Na berblog tapi kesibukkan ke-sana, ke sini dengan encik suami membuatkan masa Chik Na terbatas untuk berblog....

Anyway, dikesempatan  yang ada ini Chik Na ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat rakan blogger yang bergelar "Cikgu".


* Tengah tersenyum mengenangkan zaman persekolahan yang penuh kenangan kegembiraan ... miss the old days so much...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates