Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 25, 2011

- Terasa amat penat dan sangat letih

Baru seminggu Big Boss Chik Na mula bertugas di Jakarta tapi Chik Na dah terasa amat rindu sangat padanya... haipppppp  lari dari tajuk pulak yea... Sebenarnya terasa amat penat dan sangat letih. Bukannya apa, selama 5 bulan ni tugasan rumah dan hal-ehwal anak-anak kami sama-sama saling membantu... tapi bila he is not around, segalanya Chik Na kena urus sendiri. Bukannya Chik Na tak pernah buat sendiri segalanya tapi bila En. Zaidi berada dirumah sampai 5 bulan, Chik Na jadi naik lemak plak... Ni la yang paling panjang  En. Zaidi berada dirumah setelah 7 tahun bekerja sebagai freelance engineer. Selalunya paling lama pun sebulan lebih.

Cuba u all baca rutin harian Chik Na now ni :

5.45 am : bangun tido terus mandi n solat
6.10 am : kejutkan faiz n sediakan bekal serta breakfast
6.40am : van sekolah jemput Faiz
7.00 am : kejutkan Sufia n sediakan keperluan dia ( kalau mood tak ok.. silap-silap 7.30 baru Sufia mandi)
7.40 am : hantar Sufia ke Kafa
10. 40 am : Jemput Sufia dari sekolah Kafa

Normally lepas hantar Sufia, Chik Na akan ke minimarket beli lauk basah or shopping grocery, then bila dah sampai rumah luangkan masa tengok pokok bunga n sayur-sayur Chik Na. Masa ni jugak lah Chik Na akan menyidai kain, kemas rumah, lipat baju n etc. Kalau rajin sebelum ambik Sufia 10.40am, Chik Na akan terus masak untuk lunch. Kalau tak rajin, masak lunch after balik dari ambik Sufia sekolah kafa. And kalau tak rajin jugak Chik Na beli je untuk lunch tuh ;)

12.00 am : Prepare Sufia untuk ke sekolah kebangsaan
12.30 - 12.40 pm : hantar Sufia ke sek. kebangsaan ( then tunggu sehingga Faiz balik sek keb)
1.15 pm : Jemput Faiz dari sekolah kebangsaan 

(Sepatutnya Faiz naik van tapi kami decide jemput je dia kat sek sebab bila naik van, pukul 2.15 pm baru sampai rumah, nanti kelam kabut nak ke Kafa plak. Furthermore, kesian Faiz nanti tak sempat nak rehat  lagipun Chik Na hantar Sufia di sekolah yang sama)

1.35 pm sampai rumah terus sediakan lunch untuk Faiz
2.15 pm After faiz dah mandi n solat, kami lunch sama-sama
2.30 pm. Van sekolah kafa jemput Faiz

After 2.30 pm la selalunya Chik Na kan merehatkan  diri kejap, layan tv or movie dan berblog, tu pun kalau takde apa yang perlu Chik Na lakukan. 

5.00 pm: Normally Chik Na prepare dinner ..
5.50 pm : Jemput Faiz kat kafa n terus ke sekolah Sufia. Around 6.10 dah sampai sek. Sufia
6.30 pm : Sufia balik sekolah. (Sementara tunggu Sufia balik, Chik Na ambil kesempatan untuk membaca tak kiralah buku cerita/ilmiah or magazine or paper semalamnya :D )

Before 7pm dah sampai rumah..masa ni rilex jap 

8.00 pm : hantar anak-anak tuisyen or ngaji quran or taekwando (Fri only). Kalau hari ngaji Quran, Chik Na akan tunggu sampai habis ngaji.
9.15 pm : Ambil anak balik dr tuisyen / taekwando

Balik dari tuisyen or ngaji, buat homework dengan anak-anak. 

10.00 pm :  Normally kami dah ready nak tido.. sembang n get update from anak-anak pasal sekolah. Kadang kalu rajin bacakan anak-anak buku cerita pendek n by 10.30 pm.. anak-anak dah tido..silap-silap Chik Na yang tido dulu dari Faiz n Sufia

Tu rutin dari Mon - Friday. Sabtu plak, Normally 8am, hantar Faiz p ko-kurikulum kat sekolah. 12 pm : jemput Faiz plak. Pukul 2 pm - 4 pm, anak-anak ada kelas Mental Arithmetic plak. Kena hantar n ambik lagi. Tu pun anak-anak ada hati nak attend kelas lukisan on Sunday tapi Chik Na dah surrender sebab dah tak larat nak hantar ambik mereka :)... (Tapi sufia still begging nak g kelas drawing tu... tgh consider shud I send her or not)

Kadang bila dipikirkan, jadi surirumah lagi penat (penat physical lah) dari masa kerja dulu... maybe sebab masa tu ada pembantu rumah... tapi kerja pun penat jugak... penat otak, penat jalan jammed n bila balik penat nak ngadap anak-anak plak...

En. Zaidi suruh gak Chik Na consider untuk ambil pembantu baru tapi... dah rasa selesa tak de maid  lagipun rasa lebih privacy bila En. Zaidi sesekali balik bercuti.

9 comments:

azi said...

zaidi dah keja Jakarta boleh riki2 cari maid....cost lebih murah...

kasihredha said...

alahai...kesiannya.
Akak pun letihhh sangat dgn rutin harian...kadang2 macam nak duduk rumah je, tak nak kerja. Tapi jadi surirumah pun sebenarnya penat juga :)

siti murni said...

husband chik na away lagi yer...hmm..mula la chik na dengan rutin chik na...memang nampak padat. tapi camtulah..seorang ibu kan...tak kenal erti rehat..

Lia said...

padat dan agak busy jugak ye jadual akak.. :)

Hamizah said...

saya lbh suka jd surirumah..
otak tak penat..

Nadiah Sidek said...

kalau nak ambil maid jgn ambil yg fulltime kak. ambil yg part time je. nadiah pun tak suka gak kalau ada org luar duduk serumah. takde privacy

Chempaka Aziz said...

salam cik na.

nengok schedule tu lebih kurang 95% sama je dgn sya.sorang sekolah dn sorang lagi ni kecik lagi.pun sekejap masuk rmh,kjp klr ambik ank.pun cik pakwe tak ada.nk buat cam ner-nk ikut pakwe g duduk jauh-sian pulak school anak kt sni.sni dia byk joint axtvt.pastu pulak kt sna tu pakwe pun duduk tk menetap.terpaksalah kita ni jadi SUPER POWER w/pun tk minum kopi super power tu..hihii..senasiblah kita ye. JOM SMA2 POSITIFKAN MINDA DN DIRI KITA!!!

OneSimpleMother said...

baca pun penat kak ina.. hehehe.. memang surirumah sepenuh masa ni lagi penat sebenarnya dari bekerja.. tapi puas hati kan semua kita buat sendiri..

Nida said...

As-salam Chik Na..

Nida selalu jadikan Chik Na sebagai idola bila suami berjauhan... mesti Chik Na seorang yg tabah, yelah suami selalu tiada di sisi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates