Chik Na dah balik ke Seri Kembangan since hari Jumaat lagi tetapi tak berkesempatan nak update blog.... hanya sempat blogwalking ke blog rakan blogger. Nak kata bz sangat tak juga tapi ader je benda yang nak kena buat bila dah tinggalkan rumah dekat seminggu...menguruskan kain baju, anak-anak dan rumahtangga yang tak habis-habis. Hari Sabtu dan Ahad pun sibuk ngan beberapa aktiviti.
Semasa di KB ari tu, pada hari Khamis lepas Chik Na bawak anak-anak jalan-jalan kat bandar Kota Bharu. Bukan tak pernah pergi KB cuma tak pernah bawa Faiz dan Sufia secara official jalan jalan KB macam pelancong. Bila negeri sendiri ambil ringan je, kalau p negeri orang bukan main cari tempat tempat menarik untuk dilawati dan bergambar sana-sini ;-)
Mula-mula we all pergi ke Muzium Negeri tapi sebelum pergi muzium kami singgah beli bungkus nasi padang kat restoren Hover. Restoren ni dekat je dengan Muzium Negeri dan boleh dikatakan agak terkenal juga la di KB. Kami kalau balik KB, mesti ade agenda makan nasi Hover nih.
Sufia depan restoren Hover... orang tak berapa ramai sangat lagi sebab masa tu baru kul 11 lebih am
Kat restoren ni ader berbelas jenis lauk.,,kalau makan di restoren, kita akan dihidangkan semua lauk tersebut, bayar hanya lauk yg disentuh sahaja...ala macam makan kat mana-mana restoren Padang or sunda di Msia jugak la. Lauk kegemaran Chik Na adalah ayam goreng kampung, pelempung goreng dan daging kering ;-)
Ade lebih 10 orang krew untuk menghidang lauk or bungkus nasi
Curi snap gambar makanan yang depa susun untuk dihantar ke meja pelanggan
Lepas beli nasi, adik Chik Na , Ayah Ri drop kami kat Muzium Negeri yang kalau jalan kaki hanya 3,4 min je jauhnya dari Restoren Hover tadi.
Bersama Chik Lah depan Muzium Negeri berlatarbelakang bulatan jam besar
Depan kaunter muzium negeri..tiket masuk hanya RM 1.50 untuk dewasa
Dalam muzium negeri..Chik Na suka congkak bentuk burung tuh
Lagi persekitaran Muzium Negeri
Pasar lama MPKB.... kat dalam ni ade beratus gerai untuk kaki shopping ;-)
Sekitar bandar KB
Depan Bazaar Buluh Kubu dan Laman Siti Khadijah, laman terletak ditengah-tengah antara Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Bulat Siti Khadijah
Sekitar Kampung kraftangan...kat sini banyak jual souvenir
Atas Kiri: Istana Batu: Muzium Diraja.
Atas Kanan: Istana Jahar: Muzium Kesenian dan Tradisi Diraja Kelantan
Bawah Kanan: Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra.
Dah habis jalan-jalan di bandar KB, Ayah Ri datang ambil we all depan Istana Balai Besar..(lupa nak snap gambar depan Istana Balai Besar nih). Sebenarnya banyak lagi tempat bersejarah dan menarik yang boleh dilawati berhampiran Istana Balai Besar dan Istana Jahar ni...antaranya Bank Kerapu, Masjid Negeri, Bank Pitis dan Muzium Peperangan.... tapi disebabkan dah banyak jalan, Faiz dan Sufia dah agak kepenatan dan kelaparan almaklumlah masa tu dah dekat kul 3 ptg.