Ads 468x60px

Labels

Tuesday, February 9, 2010

- Format Notebook Baru

Baca tajuk tu jangan salah sangka lak... bukannya notebook baru Chik Na tapi notebook baru tuk adik bongsu Chik Na, Ashu. Notebook ni Chik Na share beli dengan adik Chik Na, Ayah Ri untuk Ashu. Bukannya apa untuk kegunaan Ashu yang tengah buat degree engineering kat UniKL-BMI. Harapnya bila dah dapat notebook sendiri Ashu akan lebih gigih dan tekun belajar :-).

Mesti korang pelik nape format notebook yang baru dibeli.... haa..ni la ceritanya.

Notebook (nb) brand Dell ni di'deliver'kan oleh Skynet hari rabu lepas. So hari jumaat tu, dengan semangatnya Ashu balik ke rumah Chik Na nak tengok nb baru dia dan nak godek-godek nb baru dia. Kononnya nak tambah partition kat nb dell tu tapi entah macamana Ashu da tersilap langkah dan nb tu terus tak boleh boot nak masuk window...ha ha ha... nak call Dell Technical Support dah malam sangat. Hari sabtu dan ahad plak Dell Technical Support team cuti... hu hu hu

Hari Sabtu Chik Na try la jugak godek-godek dan try diagnose apa yang tak kena. Kononnya try nak restore balik ke Dell original operating system (OS) setup, still gak tak boleh. Macam-macam teknik yang dell online support suggest Chik Na buat tapi tak ok gak. Nasib baik jugak Chik Na ni boleh dikatakan IT savvy gak... (ha ha ha puji diri sendiri plak...sapa lagi nak puji kan :-). Nak format sendiri tak berani plak sebabnya Chik Na lum biasa ngan Window 7 nih. Kalau window Xp or Vista da lama Chik Na format sendiri :-).Nak tak nak semalam terpaksa la Chik Na call Dell Customer Support mintak tolong identify apa yang tak kena ngan OS nb baru tu.

Alhamdulillah after 2 jam lebih on phone ngan dell customer support, nb Ashu telah berjaya dipulihkan. Mulanya Dell operator tu guide Chik Na check hardware dulu, nasib baik la takde hardware problem. Lepas tu dia guide Chik Na macamana nak format balik nb Ashu. Tu pun kalau ikutkan dia tak support untuk software problem (depa tolong untuk customer yg add premium service je) tapi memandangkan Window 7 ni baru lagi diperkenalkan maka Dell Customer Support tolong la jugak Chik Na. Operator tu guide sampai 1st stage format je..yang lain tu dia mintak Chik Na buat sendiri sebab nak install OS ni akan ambil masa lagi 1 jam lebih. Tapi dia bagi quite detail intruction jugaklah untuk Chik Na to continue after dah abis install. Nasib baik la telefon rumah Chik Na ni, Chik Na ambik package 10 hinggit natiowide kalau tak jenuh la bayar bil telepon..

Ni la rupanya notebook baru Ashu..

best jugak notebook nih...tambah tambah screennya 14 inch..tak le kecik macam netbook Chik Na nih.Software untuk integrated webcamnya pun best...

Terima kasih banyak banyak kat Dell Cusomer Support (chinese lady yang Chik Na lupa namanya). Pagi ni Chik Na continue reinstall semua driver-driver dalam nb Ashu plak

24 comments:

eynda said...

Pandai chik na :-)

Ibuhani said...

Wah! kalau dah boleh reformat OS kira Chik Na terror jugak tu.....k,ani tabik spring jugak kat Chik Na ni... :)

Shida said...

terror lah chik na..siap bleh formatkan lagi..huhuhu..shida ni kategori buti it..apa2 hal mesti nak tanya hubby...

btw..notebook tu comey..

Chik Na said...

eynda: tal la pandai sangat, nasib baik dell support guide

Chik Na said...

Ibuhani: thank u k.ani... kembang dah hidung chik na nih

Chik Na said...

Shida: notebook ni memang comey and bestttt. Tengah berblogging ngan notebook baru Ashu..he he he sementara Ashu lum ambik lagi

Azirahman said...

hehe...bekas engineer kalau tak terror..sajer jer.....hehehe..

Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· tinieƸ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙ said...

bagus!
terror tu

Mrs. Simplicity said...

mmg kalau dell nye pc yg buat hal terus off gitu je kan. then kena reboot. saya nye pc penah gak jd. tp ofis punye. cuak sungguh dgn dalam tu semua ada document. kalau celik it cam kak mas ok gak. ni dah gelabah. call org dell pun terkial2 nak buat. last2 it manager yg cakap dgn org dell tuh. heheh..

Lady of Leisure said...

terernya.. cayalah chikna...
lady tak reti slalunya husband yg buatkan eheh..

Anonymous said...

lawa ler notebook putih

LiAnA said...

wahh ni kalau hantar kedai mau kena caj keke.. nasib baik mak sedara bijak hihi

Nurul Izza said...

chik na: pc iza pon hubby yg buat.suka sgt main dgn software2 ni.siap langgan majalah pc lg ms kt msia.haha..yg teruk2 bg kt dia..dh siap iza guna je.ekekek

bila bc entry ni br bc profile..chik na penah keje bah IT ke? kt TM?

Chik Na said...

azi: he hee he.. aku bukannya software engineer..tapi boleh la.

Chik Na said...

tinie: :-)

Chik Na said...

alya: part yg paling suka pasal dell nih adalah customer servicenya..

Chik Na said...

lady: chik na pun dulu selallunya hubby yg buat tapi sejak dia asyik dok obersee chik na kena la buat sendiri :-(

Chik Na said...

Ah Fatt: memang cantik... angkat la satu

Chik Na said...

Liana:mulanya dah terpikir nak hantar kedai gak..tapi nasib baik bila try..boleh buat pun

Chik Na said...

Izza: Kat TM dulu technical consultant tuk sales group yang jaga "network" top customer ..

Nurul Izza said...

EH CHIK NA..lupa..sepupu belah suami suami isteri kerja TM.chik na kenal kot..azhar adnan n hayati jamil..hehe

o pttla pdi pc ..mmg bah belah2 pc heheh

Nida n' Hanafi said...

kagumnya Nida pada Chik Na..hehe... Nida ni buta IT sikit.. banyak cik abang yg tolong..:)

Chik Na said...

Izza: Azhar Adnan macam nama pernah dengar dan hayati jamil tu macam tak kenal la plak...depa tu dok Menara TM yg kat Bangsar ke? Kadang Chik Na ni nama tak ingat, tapi bila jumpa tu baru la kenal :-)

Chik Na said...

Nida: Dulu belajar electrical engineering, so tau la basic basic tuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates