Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 17, 2010

- Salam Aidil Adha

Chik Na ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua rakan blogger ChikNa dan pengunjung blog Chik Na. 

Sekarang ni Chik Na bersiaran di KLIA Satelite Terminal, dan Chik Na ingin memaklumkan yang Chik Na akan bercuti dari berblog sehingga akhir Disember 2010 kerana Chik Na akan berada di  Damascus disepanjang cuti sekolah ini. Insyaallah tahun depan kita bersua kembali di alam maya ini.


Saturday, November 13, 2010

- Cream Puff

Last Wednesday Chik Na try buat cream puff..alhamdulillah menjadi. Setau Chik Na memang buat cream puff ni senang je tapi Chik Na tak confident buat sendiri kalau tak tengok org lain demokan untuk Chik Na ;-). Tujuan try buat cream puff ni bukannya apa..sebabnya Faiz ade jamuan akhir tahun kat sekolah kebangsaan. Every year Faiz selalunya nak Chik Na buat sendiri makanan untuk dibawa ke jamuan akhir tahun kelasnya. Nasib baik mamanya ni dah tak bekerja, kalau tak..susah nak Chik Na tunaikan hasrat anakanda Faiz nih :-)

Dan semalam Chik Na pun buat la cream puff sebanyak 35 biji untuk Faiz bawa ke jamuan akhir sekolahnya. Faiz mengomel sebab Chik Na tak buat 47 biji..katanya nanti tak cukup sorang sebiji. Chik Na explain la bukannya setiap org akan ambik cream puff tu..lagipun bawa banyak banyak nanti tak habis plak.

1st attempt hari rabu pagi .. jadi tapi macam tak lembut sangat choux pastrynya.. buat 12 biji je.. 6 biji Faiz bawa bekal ke sekolah, masa tu boh inti kaya je

2nd attempt rabu petang.. guna resipi lain plak..choux pastrynya ikut citarasa chik na :-)  lembut dan gebu
2nd attempt ni kami makan dengan aiskrim...besttttt

yang ni plak buat pagi semalam .. ikut resipi 2nd attempt.. 2 adunan dapat 42 biji

Ni la rupanya cream puff yg Faiz bawa p sekolah... intinya Chik Na buat custard cream dari tiffin biru..  memeang sedap custard creamnya :-)

Nasib baik habis dimakan rakan Faiz :-). Tengah pikir nak buat apa plak untuk jamuan akhir tahun sekolah agama... hari selasa nanti... apa ekkk??

Thursday, November 11, 2010

- Dia telah kembali

Hari ni genaplah 10 hari arwah Tok Wan Chik Na meninggalkan kami menemui ilahi., Allah yang maha  Pencipta. Arwah pergi meninggalkan kami pada hari Isnin 1 Nov 2010 pada pukul 10 mlm. Sesungguhnya kami sekeluarga redho dengan pemergiannya... tak sanggup rasanya melihat penderitaan yg terpaksa arwah tanggung disepanjang berada di hospital. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Tok Wan dan rohnya ditempatkan dikalangan para solihin. Al-fatihah ..

In memory...  Aidil Fitri 2010

Thursday, October 28, 2010

- Bermalam di hospital

Last Saturday Chik Na bermalam di hospital menemankan tok wan di hospital bersama mama, uncle dan isterinya. Sebenarnya dah lama Chik Na tak bermalam di hospital .. last kenangan bermalam di hospital semasa menemankan arwah nenek di Hospital Universiti di Kubang Kerian. It is nearly 6 years ago. Malam tu Chik Na tak boleh tido sangat sbb terkenangkan arwah nenek dan arwah baba Chik Na. Suasana di hospital malam tu lebih kurang sama ketika menemankan arwah baba dan arwah nenek di HUSM cuma kali di Hospital Golok, Thailand.

Keadaannya hospital di Msia dan Thailand lebih kurang sama...bersih, teratur dan sunyi sepi pada waktu malamnya. Memandangkan Tok Wan Chik Na dimasukkan ke wad private wing..so wadnya tak berapa ramai pesakit. Kalau tak silap Chik Na tak sampai 10 org pesakit. So kami yg menemankan Tok Wan dapat tido di sofa bed sorang satu..agak selesa jugak lah walaupun bermalam di hospital :-)

View from level 6 private wing Sg. Golok Hospital

1. kaunter nurse 2. Peralatan untuk kegunaan pesakit disusun bersih di koridor belakang wad 3. Microwave, air panas, periuk elektrik dan juga TV untuk kegunaan keluarga pesakit 4. Suasana wad, setiap cubikel ade 4 katil 5. Fridge  untuk kegunaan keluarga pesakit disediakan di setiap cubikel 6. laluan masuk ke wad 7. kerusi malas juga disediakan 8. Kerusi roda tersedia untuk kegunaan.

A complete set patient bed.. satu malam cuma RM 20 untuk bilik 4 org. Sofa boleh diconvert jadi katil untuk peneman pesakit tido.. boleh muat tuk 2 org tido. Tempat sidai tuala juga disediakan, setiap penyidai towel ade no katil pesakit.
Sesungguhnya bermalam di hospital membuatkan Chik Na insaf dan pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat, rapat dan penuh kasih sayang.

Saturday, October 23, 2010

-At Sultan Abdul Aziz Airport, Subang

Chik Na sedang tunggu aeroplane kat bawah ni nak berlepas... need to go back to Kota Bharu for a while.


Balik KB disebabkan Tok Wan Chik Na kena stroke last Tuesday. Nak balik last selasa tapi disebabkan anak-anak sibuk exam, terpaksa la Chik Na pendamkan dulu hasrat untuk balik KB dengan harapan semoga tiada apa-apa terjadi terhadap Tok Wan. Lagipun mama Chik Na bagitau  keadaannya stable dan tidak kritikal. Insyaallah Chik Na akan dapat menziarahinya petang ini.... semoga tok wan cepat sembuh

Friday, October 22, 2010

- Tak pernah lupa

Sejak kami beli kereta yg kami guna sekarang, setiap tahun En. Zaidi akan mendapat sekeping kad ucapan hari lahir dari Pengurus Besar jenama kereta yg kami guna. Rasanya ni dah kali ke-6 En Zaidi mendapat kad ucap selamat hari lahir dari mereka. 


Dan setiap kali mereka hantar kad ucapan hari lahir selalunya akan dikirim bersama "a small token" like keychain, coaster dll. Tahun ni mereka sertakan sekeping voucher RM 10 untuk digunakan bila buat service kereta di authorise service center mereka. Walaupun nilainya kecil sahaja tetapi ianya membuat para pelanggan berbesar hati dan berbunga-bunga bila menerimanya.

Voucher ni hadir tepat pada ketikanya sebab Chik Na memang nak hantar kereta service di Global Amity pada minggu depan :-)

Monday, October 18, 2010

- Makan-makan lagi

Hari minggu yg baru berlalu Chik Na masih lagi sibuk dengan acara makan-makan. Hari sabtu tengahari ex-staff Chik Na yang mengambil tempat Chik Na dulu ajak lunch kat rumah dia di Kota Damansara. Meriah jugak, satu department dia jemput lunch..ada macam macam makanan... macam open house raya jugak :-). Dalam dok sibuk nak bersembang lupa plak nak snap gambar.

Hari Ahad petang neighbour satu taman a.k.a ex-companymate a.k.a clasmate buat besday party untuk anak bongsu dia. Sebenarnya saja ja nak gathering dok sembang sembang sambil minum petang  ..

Besday girl tersenyum gembira

Sedap gak kek black forest ni..
Gambar ni plak diambil masa open house  taman perumahan Chik Na last 2 week... makan jugak.. antara wajah wajah assistant chef kat taman

Thursday, October 14, 2010

- Aktivti last weekend

Last weekend Chik Na masih bz dengan jemputan open house walaupun syawal da berakhir pada Jumaat yg lalu. Hari Jumaat malam tu ada jemputan rumah best fren anakanda Chik Na, Faiz. Open house ni memang meriah, khemahnya je macam khemah pengantin dan lauk pauknya pun macam kenduri kawin gak :-)

Yang seronoknya kanak-kanak la.. Disediakan games.. main tikam tikam.. pilih small card then tgk dapat hadiah ke tak.. Yang bestnya boleh ambik card tu sampai dapat hadiah ;-)

 Kanak-kanak tgh beratur nak ambik card
 Ada beberapa papan hadiah yg disediakan

Hari Sabtu petang plak kami ke Marc Residence, KLCC sempena besday cousin Chik Na yg ke-2 dan open house Aidil Fitri yg dah abis ;-). Besday party ni dibuat di area kolam renang dan bertemakan Barney. Malam tu Barney dan rakan rakan datang buat persembahan buat si kecil Sara Sofia. Anak-anak Chik Na teruja la..janji balik cepat tapi bila dengar ada Barney show terus tak jadi balik cepat.


With auntie, cousins and Faiz
Faiz with geng Barney
kanak-kanak bz dengan aktiviti yang diaturkan
Kek besday bertemakan Barney buat Sarah Sofia dan butterfly cake for Qistina

Last sekali acara potong kek dengan Barney and the Geng
Then after balik dari KLCC we all pergi ke another open house kat Bukit Puchong. Open house rumah adik kakak ipar ni memang meriah. Tiap-tiap tahun mesti ada open house. Yang uniknya open house ni berkonsepkan gerai gerai makanan....ade lebih dari 10 gerai. Antaranya gerai yg ada kat situ..gerai sate, chow kuetiew, putu bambu, laksa penang, dll.. semuanya dibuat apabila tetamu order ;-) ...

Pukul 1 pagi baru Chik Na sekeluarga sampai rumah...sungguh penat rasanya walaupun hanya pergi makan sahaja






Friday, October 8, 2010

- Asam Pedas Tenggiri cara Pak Engku

Semalam Chik Na masak asam pedas ikan tenggiri.. Resipinya Chik Na guna resipi Pak Engku yg selalu kat Wanita Hari Ini tuh...


Sedap jugak asam pedas tenggiri pak Engku ni.. resipi asal namanya Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Dengan Mangga. Masa buat ni Chik Na tak masukkan buah mangga sebab malas nak g Fishmart beli buah mangga tuh ;-)

Kalau nak tau resipinya beli la buku "Santapan Gulai Tradisi Pak Engku". Ada 70 resipi masakan traditional. Last week Chik Na try Masak Lemak Cili Padi Ayam... pun sodap. Sufia kata masakan lemak tu sedap macam masakan babysitternya :-)

Buku resipi Pak Engku

Thursday, October 7, 2010

- Lama tak berblog

Assalamualaikum...

Dah lama Chik Na tak berblog...  mood "M" tahap melampau :-). kalau dikira dah sebulan lebih Chik Na tak berblog.. tiap-tiap pagi on netbook or PC kononnya nak menulis sesuatu tapi end up tak tulis apa-apa jugak. Hopefully start today, Chik Na akan rajin berblog kembali :-)

Sempena Syawal yg masih berbaki ni, Chik Na nak la minta maaf zahir dan batin sekiranya selama berblog or mengomen blog , ade perkataan yg menguris hati kawan-kawan dan rakan blogger. 

Wah.... nampaknya bila Chik Na melawat dan membaca blog rakan blogger, Aidil Fitri tahun ni disambut dengan meriah sekali. Gambar-gambar yg disertakan menunjukkan wajah wajah ceria belaka. Begitu juga bagi Chik Na sekeluarga. 6 hari sebelum Syawal Chik Na dah berada di kampung halaman En. Zaidi dan sehari sebelum Syawal Chik Na balik pula ke kampung halaman Chik Na di Kota Bharu. Bagi keluarga Chik Na, raya  tahun ni bertambah meriah sebab Che Su Chik Na pun meraikan Syawal dirumah keluarga Chik Na. Hari raya ke-4 Chik Na sekeluarga balik semula ke kampung halaman En Zaidi di Kota Kuala Muda. Perancangan asal nak balik pd raya ke-3, tapi disebabkan hari ahad tu jalan keluar dari Kelantan semuanya jammed teruk so kami menangguhkan perjalanan kami keesokkan harinya. Kedengaran agak memenatkan kan!!! KL - Kota Kuala Muda - KB - Kota Kuala Muda....tapi keseronokkan berjumpa ahli keluarga dan beraya bersama mereka membuatkan rasa penatnya berbaloi... dan dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Ehh  ... ehh... syawal ke 2 kami sempat juga menziarah datuk Chik Na dan saudara mara serta bershopping di Sg. Golok, Thailand.

Masa balik Kedah sebelum raya sempat ke Pekan Rabu Alor Setar... Masa tu punyailah ramai orang shopping raya di sekitar pekan rabu
 anak anak bermain bunga api di malam aidil fitri
salah satu foto Aidil Fitri ...suka gambar ni..sebab semuanya riang gembira
Bergambar with Tok Wan di Thailand
Sempat bawa anak-anak and their cousin mandi manda kat Pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda sebelum balik KL 

.... dan tak sah kalau pergi P.Sayak kalau tak makan or beli mee udangnya bawa balik :-)

Itulah antara sorotan kisah Chik Na sepanjang aidil fitri di kampung halaman.

Wednesday, September 1, 2010

- Anniversary ke-10

Kalau kawan-kawan perasaan ticker kat blog Chik Na.. hari ni merupakan anniversary perkahwinan Chik Na yang ke-10. Alhamdulillah dan syukur sangat kepada Allah swt, 10 tahun melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan dan tanpa ada dugaan besar.. gaduh-gaduh manja ada lah.

maaf quality gambar yg tak begitu cantik..snap dr album perkahwinan ..malas nak scan

Tersenyum Chik Na semasa metaip entry ni...terkenang kisah belasan tahun dahulu. Kami tak megambil masa yg lama untuk membina kebahagian hari ini..less than 1 year, walaupun Chik Na dah kenal En. Zaidi bertahun sebelum tu sebagai classmate. Malahan rakan gurlfren Chik Na pernah mengingatkan Chik Na bahawa Chik Na pernah berkata dia merupakan calon terakhir Chik Na dalam dunia ni..bukannya apa kerana sifat pemalu dan pendiam En. Zaidi yg tinggi..  tu lah lain kali jangan cakap besar..last last now ni dialah cinta hati Chik Na :-)

Ya allah ya tuhanku..kau berikan kebahagian dan berkatilah perkahwinanku ini hingga ke akhir hayat

Saturday, August 28, 2010

- Onde-onde

Atas permintaan puteri  Chik Na, Sufia, semalam Chik Na buat kueh onde-onde ataupun dipanggil jugak buah melaka ni. Asalnya Chik Na nak beli je kat Bazaar Ramadhan berhampiran rumah tetapi disebabkan terkejut dengan harga onde-onde kat Bazaar Ramadhan, Chik Na terus tak jadi beli. Balik rumah terus buah sendiri, kebetulan tepung beras pulut dan gula manisan dah ade stok kat rumah cuma singgah minimarket beli kelapa putih. Daun pandan pun melambak kat belakang rumah.

Bukannya susah pun buat onde-onde nih.. Kosnya pun tersangatlah murah tapi cuba bayangkan bazaar ramadhan kat rumah Chik Na jual 7 biji sebesar ibu jari Chik Na dengan harga RM 1... hu hu hu... kalau beli takkan nak beli 7 biji je..sure nak kena beli lebih. 7 biji tu Sufia sorang pun tak cukup :-). Bukannya kedekut cuma Chik Na rasa tak berbaloi beli dengan harga tersebut sedangkan kueh ni cara buatnya teramat senang dan bahannya bukannya mahal pun.

Rupa onde-onde Chik Na buat..Dengan 250gm tepung pulut Chik Na dapat lebih dr 50 biji onde-onde nih ... silap hari bulan petang ni pun kena buat lagi sebab puteri Chik Na dah hint nak makan onde-onde lagi..


Kadang Chik Na rasa peniaga kat bazaar Ramadan ni betul-betul mengambil kesempatan ke atas orang yang bekerja dan tak sempat menyediakan sendiri makanan untuk berbuka. Sejak berenti kerja beberapa tahun kebelakangan ni, Chik Na memang jarang beli makanan kat Bazar Ramadhan, semalam tu adalah kali pertama Chik Na pergi bazar Ramadan dlm bulan puasa ni. Bila Chik Na browse thru gerai gerai bazar ramadhan tu ternyata makanan yg dijual agak mahal jika dibandingkan sebelum bulan Ramadhan.

Thursday, August 26, 2010

- Kerenah Sufia berpuasa

Alhamdulillah dah 16 hari kita berpuasa maka bermakna 16 hari jugaklah Chik Na tak berblog...  mood "M" yg melanda berpanjangan plak kali ni... tapi hari ni Chik Na nak berkongsi cerita mengenai puteri tersayang Chik Na, Sufia. 

Alhamdulillah sepanjang 15 hari yang lalu Sufia berjaya berpuasa penuh dengan jayanya walaupun pada hari pertama around 6.30pm dia dah start merengek nak buka puasa..tapi Chik Na mengalih perhatiannya dengan memujuk bermain sambil belajar dengan bantuan LOGICO :-) dan disebabkan leka bermain, alhamdulillah Sufia berjaya berpuasa penuh pada hari itu dan seterusnya.

Tiba-tiba on Wednesday last week, Sufia start merungut tak mahu berpuasa sebab most of kawan kindienya tak berpuasa penuh, kalu ade yg berpuasa pun cuma 3,4 orang je..tu pun hanya separuh hari... maka bermulalah dugaan buat Chik Na setiap petang hari persekolahan.  Ada je kerenah yang dia buat supaya Chik Na beri lampu hijau untuk berbuka puasa...tapi Chik Na selalu dapat cari idea or kata-kata agar dia meneruskan puasanya. Tiap pagi pula Chik Na kena pujuk supaya berpuasa... bermacam reward la Chik Na janjikan... Tapi hari ni pagi-pagi lagi dia dah bagitau dia tak mau berpuasa... reasonnya best fren dia kat kindie pun tak nak puasa hari ni... Bila Chik Na pujuk supaya berpuasa dia menangis dan tak mau mandi plak... nak tak nak Chik Na bagi green light supaya tak berpuasa hari ni... Tapi dari menangis dia mengamuk plak sebab dia cakap dia takut tak dapat pahala jika dia tak berpuasa.... dalam hati Chik Na berkata "tau pulak dia nak pahala berpuasa"

Jenuh jugak pujuk dia supaya stop mengamuk walaupun dah bagi green light tak berpuasa hari ni... agaknya dia berpikir-pikir nak continue puasa or tak.. last last after dah puas pujuk dan agaknya dah kering tekak sebab mengamuk dia senyap sendiri dan cakap nak susu... Tapi bila Chik Na dah buat susu dan pakaikan baju kindie dia tak plak minum susu tu... Chik na rasa dia still rasa bersalah kalau dia tak berpuasa :-). Tapi bila dah kunci pintu dan masuk kereta tiba-tiba Sufia teringat plak susu dia.. nak tak nak buka balik pintu sebab takut dia mengamuk lagi sekali pagi-pagi...Chik Na memang tak suka anak-anak buat hal pagi-pagi sbb buat spoil mood Chik Na untuk hari tu je.. maka tinggallah 1 hari Sufia dari berpuasa setakat ni ... harapnya esok dia akan continue berpuasa penuh sebab takde anasir luar yg akan memperdayakannya ... susah jugak nak melatih anak-anak berpuasa ni... banyak dugaan dari kawan-kawannya.. Masa melatih Faiz dulu takde masalah plak.. Faiz, dari umur 5 tahun dah berpuasa penuh..tapi macam macam reward la kena bagi..he he he

ps: tahun lepas Sufia hanya tinggal puasa selama 4 hari je .. sehari masa hari pertama, dan balancenya sebab demam.

Wednesday, August 11, 2010

- Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Alhamdulillah hari ni semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dah mula berpuasa dan di kesempatan yang ada ni rasanya tak terlambat lagi untuk Chik Na ucapkan Selamat Berpuasa untuk rakan-rakan maya Chik Na. Semoga kita beroleh keberkatan dan rajin-rajinlah beramal di dalam bulan yg mulia ini. Chik Na juga memohon maaf sekira ada perkataan yg Chik Na taip di blog ini  atau komen-komen diblog kawan-kawan ade yang menyinggung perasaan.


SELAMAT BERPUASA

Tuesday, August 3, 2010

- Resipi Tart Nenas

Atas permintaan a  few blogger, Chik Na sertakan resipi tart yang Chik Na dapat dari Shida. Harapnya Shida tak marah la Chik Na share resipi tart yg sedap ni dengan rakan blogger yg lain :-)



Bahan-bahan:

250gm butter
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji kuning telur sahaja
tepung gandum ikut lembut (Chik Na mulakan dengan 250gm kemudian ditambah sedikit demi sedikit  sehingga x melekat pada tangan dan boleh diterap)
jem nenas (yang ni Chik Na beli readymade brand nona)

Cara-cara:

1) Pukul butter dan kuning telur
2) Masukkan susu pekat
3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
4) Terap adunan ikut bentuk yang disukai dan letak jem nenas diatas.
 (nak letak jem strawberry pun bole)
5) Bakar pada suhu 160'C selama 20 min 


Sila abaikan hasil buatan yg kurang memuaskan ..almaklumlah 1st time buat tart

Selamat Mencuba ;-)

Friday, July 30, 2010

- Tart nenas Pre Ramadhan

Ha ha ha... belum masuk Ramadhan, Chik Na dah buat kuih raya. Semalam Chik Na try buat  tart nenas. Tahun ni Chik Na berazam nak buat biskut raya sendiri. Nak jimat kos ..he he he...bukannya apa, bila Chik Na survey kuih raya tahun ni bukan main lagi a bit mahal.. kalau beli bukan kena beli sebalang je tapi 3,4 balang setiap jenis sebab at least 1 untuk stok rumah, 1 untuk mama di KB dan 1 untuk mak di Kota Kuala Muda.Tart nenas ni kegemaran suami, anak-anak dan jugak adik adik Chik Na. Chik Na plan nak buat 3,4 jenis je...yang feberet ahli keluarga je... 

Ni la rupa tart nenas yang Chik Na buat. Resipi ni Chik Na dapat dari Shida,  Gorgeous Mama Diaries.. Kalau korang nak tahu, Shida ni tokey kuih tart. Terima kasih banyak-banyak sebab Shida sudi share resipi ngan Chik Na. Kami anak-beranak suka tart ni.. lembut dan gebu je. Memang Chik Na dah jatuh cinta dengan tart ni. Masa Shida email resipi ni Chik Na bukan main teruja lagi nak try buat. Resipinya  pun tak susah..Hari tu Shida bagi dua resipi tart, satu untuk gulung dan satu lagi macam yang Chik Na buat ni. Nanti Chik Na nak try yg gulung plak.

Jenuh juga nak gentel jem nenas nih, sampai tertido kepenatan Sufia, assistant Chik Na.. he he he.. bila dah masak tak sabar sabar Sufia nak makan dan pagi tadi siap bawa bekal p kindie. Masa jemput Sufia dari kindie, teacher Sufia cakap tart nenas ni sedap;-)

Sapa-sapa yg ade resipi semperit, choc chip dan dahlia yg sedap boleh la share ngan Chik Na yea.. 

Wednesday, July 28, 2010

- Lama Menghilang

Dah lama yer Chik Na menghilang kan diri.. tak berinternet dan berblog cuma kadang-kadang je berFB kat handphone. Sebenarnya tak hilang ke mana pun cuma sejak 2 minggu kebelakangan ni internet kat rumah Chik Na ni slow giler. Tunggu nak loading pun berzaman.. tu yg buat Chik Na malas nak on PC or netbook. Kalau dah on nanti Chik Na mesti nak berblog dan mesti nak lawat kawan-kawan maya Chik Na. Contohnya macam malam ni..bila on PC terus berblog..tapi angin satu badan..sebab internet tersangat la slow.. yang peliknya bila download movie cepat la plak.. huishhhh geramnya.

Terpikir nak subcribe ke TM UNIFI tapi apakan daya kat area rumah Chik Na ni servicenya belum available. Kalau tak betapa seronoknya dapat berinternet dengan high speed broadband dengan beberapa kemudahan triple play yg yg disediakan. Dapat jimat astro bill, IDD call dan macam-macam lagi. Tapi berangan je lah.. tak tau bila la gamaknya kawasan rumah Chik Na ni dapat enjoyed TM UNIFI nih... berjanggut macam tunggu nak pasang internet jugak lah gamaknya ;-)

Esok pagi nak kena follow-up lagi ngan pihak streamyx nih.. hati ni membara je.. hu hu hu. 


Wednesday, July 14, 2010

Jalan-jalan Cameron Highland - Part 2

Walaupun cerita pasal Cameron Highland dah basi tapi Chik Na nak gak share gambar-gambar yg Chik Na snap masa kat Cameron Highland ari tu.

After check-in dan lunch, tempat pertama yg dituju adalah Ladang Teh Boh kat Sg. Palas.

Pemandangan yg memukau mata dari Cafe Boh
Suka tengah jalur-jalur antara pokok teh
Faiz, Sufia & Ashu
Mesin kisar daun teh

Process membuat teh
Kedai barangan teh di Ladang teh  Boh
Sufia lepak ngan mama tuk & cik Lah sementara tunggu Arri beli minuman teh..

After Ladang Teh kami visit lak Cactus Valley.. bermacam jenis cactus terdapat kat sini. Bukan saje cactus tapi jugak pokok bunga-bungaan... dan sayuran seperti tomato juga ade disini.

Pelbagai jenis cactus.. 
Dan pelbagai jenis bunga...
Faiz & Sufia sempat main kat Cactus Vally sementara tunggu Cik Lah dan Mamatuk pilih cactus..

Penat dah edit gambar..nanti sambung Part 3 pulak yer..insyaallah

Friday, July 9, 2010

- Tag Barang Pertama dari Hamizah, Hitam & Putih Itulah kehidupan

Lately Chik Na sibuk lagi sebab nak kena guna voucher make-over rumah hasil hadiah kemenangan Homedec hari tu. N3 pasal kemenangan tu kat sini. Nasib baik la Chik Na baca balik surat dari penaja hadiah yg Chik Na menang ari tuh... rupanya voucher tu valid hanya tuk 3 bulan je...so nak tak nak Chik Na kena la luangkan sedikit masa untuk cari idea apa yg nak buat untuk rumah ni dengan voucher tu,  kalau tak, burn je la voucher. Rugi la plak kan.. orang dah nak bagi..ambik je lah.. walaupun sedikit sebanyak membuat Chik Na kelam kabut menguruskannya.. Kalau la rumah yg satu lagi tu tak disewakan boleh la Chik Na buat kat rumah tu..tapi rumah  tu baru 2,3 bulan lepas kami dah sewakan.

Tak mahu merapu lebih lebih pasal make-over rumah sebab petang ni Chik Na nak jawab tag dari Hamizah.Tima kasih buat Hamizah yg sudi bagi tag kat Chik Na. Memandangkan tag ni senang so Chik Na teruja nak buat ;-)

1. Barang kawin pertama yg dipakai
- Gelang

2. Barang elektrik pertama yang dibeli selepas bernikah dan duduk sebumbung
- sama la macam mizah... peti sejuk..dan Chik Na masih menggunakan sampai sekarang ;-)

3. Barang peribadi yang pertama dibeli dengan wang hantaran
- Tak beli barang peribadi pun..after 5 months kawin baru guna, Chik Na buat tambahan downpayment rumah yg kami duduk sekarang. 

4. Barang peribadi pertama dibeli selepas bergelar isteri
- Nta tak ingat.. rasanya beli kain buat baju kurung 

5.Barang mahal pertama kali dibeli selepas bergelar suami isteri
- Rumah... ehhh rumah tu boleh dikira barang ke??? 

6.tag 5 blogger lain
- Zarin (Sweet..Sour and Juicy....thats me..pickle tickle)
- Kak Mas (masam-masam manis)
- Shida (Gorgeous Mama)
- Alya (Mrs. Simplicity)
- Lady (little Parlour)

Wednesday, July 7, 2010

- Heavenly Carrot Cake

Ingat ke nak buat N3 pasal Cameron Part 2 tapi malas nak edit gambar..so malam ni Chik Na share je resipi kek lobak merah yg Chik Na buat petang tadi.

Sebenarnya pagi tadi Chik Na teringin sangat nak makan kek carrot Kedai Kek Suanson kat Chow Kit or Bangsar  tapi tak kuasa nak layan perasaan sendiri drive ke sana so Chik Na pun terpikir nak buat sendiri. Dalam dok terpikir tu..teringat Kek Carrot yg Chik Na tengok kat blog Dapur Tanpa Sempadan. yang mengiurkan.

Sebelum jemput Faiz dari KAFA, Chik Na singgah dulu pasar borong selangor untuk beli carrot & telur dan bahan selebihnya Chik Na beli kat kedai bahan kek, Hot Oven di Puncak Jalil.


Kek lobak merah ni memang sedap sangat..and very moist. Rasanya dah ala-ala Suanson Carrot kek. Puas hati sangat rasanya..patut la tuannya letak namanya Heavenly Carrot Cake ;-)

Resipi yg Chik Na ambik dari blog En. Mat Gebu... Minta maaf la En Mat Gebu sebab copy resipi tanpa keizinan dulu..

BAHAN-BAHANNYA 

1 cawan tepung gandum
*
1 camca teh baking powder
*
1/2 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
*(*disatukan dan diayak
            Chik Na guna 1/2 sudu camca teh je sbb Chik Na tak suka sgt bau kayu manis ;-)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)- Chik Na guna 1 cawan
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :


100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Chik Na guna 3 sudu besar gula aising sbb Chik Na suka cream cheese tu manis sedikit

CARA BUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Terima kasih buat En Mat Gebu kerana share resipi kek carrot yang mudah dan sedap nih.. Thumb up untuk resipi ni. Anak-anak Chik Na suka betul cake ni... da tinggal suku je lagi..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates