Ads 468x60px

Labels

Thursday, February 11, 2010

- Bangun lambat

He he he ... tengok tajuk pun mesti korang dah tau... pagi ni Chik Na terbangun lambat..bukannya lambat sikit, lambat banyak, 7.35 am baru tersedar. Ni memang kes yang betul-betul tak sedar sampaikan jam kat handphone bunyi pun tak bangun. Selalunya bila adik Chik Na, Ayah Ri bukan pintu depan around 6.45 am, mesti Chik Na tersedar punya walaupun tak kunci jam. Sedap sangat tido dlm kesejukkan aircond agaknya sebab Chik Na lupa nak timekan aircond untuk off around 3 am.

Bayangkan lah betapa kelam-kabutnya pagi ni sebab anak-anak masuk sekolah kul 8am. Nasib baik Faiz sekolah kebangsaan belah petang...kalu tak sure miss la sekolah hari ni. Tapi dalam kelam kabut tu boleh lak anak-anak Chik Na siap by 8 am siap ngan breakfast lagi. Lagi sekali nasib baik, sebab Chik Na ni jenis yang sebelum tido tu akan make sure baju anak-anak da gosok, buku sekolah da susun, homework da siap, dan make sure ade biskut dlm packet untuk spare bekal kalau tak sempat nak sediakan. (cewah...puji diri sendiri plak...)

Anak-anak pun takde la nak sibuk main air dulu, tengok cartoon dulu ... semuanya laju je. Mandi pun serentak, sorang satu bilik air kalau tak dua-dua nak mandi bilik air mama. Chik Na capai je mana baju yang dah bergosok dan sholat subuh "gajah" express :-).... astagfirullah...orang lain dah sholat sunat Dhoha, Chik Na terhegeh-hegeh sholat subuh...

Faiz sampai sekolah KAFA around 8.10 am dan sufia dlm 8.17am. Kira laju la jugak Chik Na bawa kete pagi ni. After hantar they all Chik Na terus balik rumah..selalunya melilau dulu..singgah kedai buku mamak ke, beli breakfast ke, pasar ke...tapi hari ni takde mood nak singgah mana-mana. Bila sampai rumah around 8.40 am baru tersedar rupanya Chik Na tak berapa sihat pagi nih..badan a bit panas, tekak pun sakit. Rilex jap kemudian terpikir nak breakfast heavy sikit memandangkan semalam Chik Na masak gulai lemak ikan aya.


25 comments:

Shida said...

chik na..cepat mkn2 ubat..nnti jd mcm shida ni selalu amik remeh kesihatan diri sendiri..huhuhu..skrg ni duk dmm..

gulai ikan aya@tongkol sedap kan..

zarin said...

wah!!kira breakfast nasi berlauk lah tu ye!
btw, makan ubat ye chik na n minum byk air masak :)

alyyani said...

patut la terlewat, tak bape sihat rupe nye. subuh gajah express? hhehehe.. kalau mama lewat bangun, seisi rumah pun terlewat kan? :)

LiAnA said...

jgn lupa mkn ubat... sedap pulakk lauk tu ..

Chik Na said...

Shida: Tu lah jap lagi nak kuar p klinik, keishatan diri perlu diutamakan, kalau tak sapa nak urus anak-anak .. hu hu hu

Chik Na said...

zarin: buat nasik berlauk ikan aye tu sebab teringatkan nasik lemak ikan aye zarin hari tuh :-)

Chik Na said...

alya: faiz ade cakap dia da bangun tapi memandang tgk mama tido lagi dia tido balik laa..bertuahnya anak :-)

Chik Na said...

Liana: lum makan ubat lagi sebab takde stok ubat tuk dewasa..kanak-kanak punya banyak la..bermacam jenis... ni baru nak g klinik

iNa said...

mmg kelam kabut klau terlewat bangun ni..huhu...

wah..ikan tongkol..sedapnya..fav ina... :)

Ibuhani said...

Chik Na kena mkn ubat cpt2 supaya dmm x melarat.....kalau superwoman dmm susah nanti....:)

cik mas said...

makan dgn nasi dagang sedap nih..

siti murni ishak said...

ikan aya tu ikan tongkol ye chik na? ni baru saya tau...jaga kesihatan tu chik na...hari ni rehat sebaik2 nya..

kakcikseroja said...

Salam Chik Na..

boleh baru perasan badan tak sihat selepas siap urusan pulak tu.. Tapi, Chik Na mmg hebat... :)

azi said...

Makan ubat Na, jangan sampai melarat.....hr ni rehat byk2...minum air byk...byk aktiviti kot.....

Ah Fatt said...

kalau hari2 laju mcm tu kan best
hehe

Chik Na said...

Ina: Chik Na suka part yang tegah warna hitam tu ;-)

Chik Na said...

Ibuhani: Rasanya lum sampai taraf superwomen ;-)

Chik Na said...

Cik Mas: memang teringin nak make nasi dagang pun tapi malas nak buat ;-)

Chik Na said...

siti: ha ah ikan tongkol sama la ngan ikan aye tuh..selalunya org kelate dan terengganu yg guna perkataan ike aye tu

Chik Na said...

kak chik: tu lah pasal, masa kelam kabut bangun lambat tu da tak perasan sakit tekak or demam..bila dok rilex tu baru rasa badan lain macam je

Chik Na said...

azi: thank u ambil berat kat aku ;-)

Chik Na said...

ah fatt: kalu tiap-tiap hari laju sure after that chik na jadi robot lak

Lady of Leisure said...

gulai lemak ni cicah ngan lempeng sedap gak ni chik na..

eynda said...

Cepat sembuh ya...eynda hari tu pun hampir2 batuk selsema...alhamdulillah sebab acah2 aje....sekali sekala makan nasi berlauk pepagi memang sedap kan...

NURUL IZZA said...

chik na: get well soon..fuyoooo..mcm supermom pulak chik na

nway,

iza paling xsuke bangun lewat..sume jd kalut plus..mmg bad mood.

makan vit c..insyaAlah cepat sembuh ;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates