Ads 468x60px

Labels

Monday, February 1, 2010

- Azam bulan February

Ha ha ha ..korang mesti pelik kan!!! Ader gak azam bulan Februari.... apa-apa je Chik Na nih. Harapnya kali ni azam Chik Na yang asyik terbengkalai ni terlaksanalah. Azam Chik Na di bulan Februari ni nak turunkan berat Chik Na sebanyak 10kg dari berat sekarang. Berat sekarang ha ha ha ....RAHSIA. Bukannya apa malu nak bagitau korang. Kalau korang tau mesti korang kata "beratnya Chik Na nih". Sebelum ni pun Chik Na da start diet dan buat exercise sendiri kat umah tapi kurang berjaya. Dalam masa 6 bulan hanya turun 4kg je. 

Salah satu sebab nak turunkan berat badan dan rajin exercise ni adalah untuk menjaga kesihatan Chik Na. Family Chik Na ramai yg ade diabetes dan darah tinggi so Chik Na ambik initiative ni sebelum Chik Na terkena penyakit tersebut. Dan dari artikel yang Chik Na baca, untuk menjauhi dari kena penyakit tersebut kita kena jaga pemakanan dan rajin senaman. Lagipun lately banyak sgt Chik Na dengar kawan or isteri or suami depa diserang strok walaupun belum lagi mencecah usia 40 tahun.

Pagi tadi dengan semangat yang baru Chik Na menuju ke Fitness First IOI Mall.. dah lama tak pergi, asyik freeze je. Harapnya "will power" Chik Na kali ni tinggi. Masuk je FF, Chik Na agak terkejut sebab dah banyak yang berubah, tempat dah makin besar dan banyak alatan senaman yang baru. Ha ha ha .. nampak sangat dah lama Chik Na tinggalkan FF nih. Dulu masa Chik Na still ader maid Chik Na rajin la jugak pergi gym, at least 3 kali seminggu.

Untuk membantu Chik Na supaya rajin bersenam ni Chik Na ambil khidmat "Personal Trainer". Chik Na choose untuk guna khidmat personal trainer bukan setakat nak ade orang push Chik Na tapi nak mengetahui teknik senaman yang betul dan sesuai dengan Chik Na yang dah menuju angka 40 nih. Chik Na pernah terbaca artikel, kalau kita buat senaman dengan cara yg tak betul dan tak sesuai dengan usia kita, ianya kan memudaratkan anggota badan kita.

FYI, selepas Chik Na submit online requirement Chik Na kat FF minggu lepas, seorang trainer telah menelefon untuk arrange 1st appointment dengan trainer pada hari ni. So semasa Chik Na pergi FF ari ni, Chik Na telah diperkenalkan dengan seorang trainer wanita yang bernama Cik Audrey. Bila buat body fat analysis... Audrey bagitau yang Chik Na dah terlebih 16kg lemak dalam badan...hu hu hu..BANYAKNYE... Sepatutnya Chik Na kena turunkan atleast 16kg la kan... tapi setelah discuss dengan Audrey, Audrey kata maintain target yang Chik Na plan..  turunkan 10kg je. Audrey kata untuk turun 10kg, Chik Na perlu buat exercise sebanyak 3x seminggu. Setiap sesi selama 1jam dan memerlukan 20 minggu untuk mencapai target yang Chik Na mahukan. Maknanya lebih kurang 5 bulan lah. bukan tu saje Chik Na juga akan diberi plan pemakan yang perlu Chik Na ikuti.

So mulai hari Rabu, 3 Feb ni Chik Na akan ke FF bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Hari Rabu nanti jugak, Audrey akan memberi jadual pemakanan dan jadual exercise untuk Chik Na. Dan lagi satu azam Chik Na nak banyakkan minum air putih..Chik Na ni memang liat nak minum air tak kira la air putih ke or lain lain air yg berperisa.

18 comments:

Mrs. Simplicity said...

waa kak mas, siap amik personal trainer ni. mmg pasang azam betul. all the best & harap bole achieve azam kmas itu. tak saba nak tgk the new look kmas :D

Ibuhani said...

betul tu chik Na.....kesihatan sgt penting. Bila umur meningkat, pemakanan kena jaga utk elakkn penyakit. Semoga Chik Na berjaya turunkn 10kg.....tp selera kena kuat ye....jgn tergoda :)

zarin said...

go chik na go....i sokong..bagus bagus..

Chik Na said...

alya: thanks u for yr support

Chik Na said...

Ibuhani: bab selera ni la yang paling risau..bila hari-hari masak.. takkan nak jeling je kan. Harapnya tak tergoda sgt la..

Chik Na said...

zarin: thanks sokong chik na

iNa said...

chaiyok chik na....:) ..
moga tercapai segala azam...

Bio-G said...

Salam ziarah, moga kekal sihat & sukses selalu..

Murni Alfathunnisa said...

best nye chik na...dpt chance gi gym. fee nye mahal pd sy..tp utk chik na...kalau mampu ada rezeki, apa salahnya..for own benefit kan..:-)
sy pun kalau boleh nak..bajet tak boleh nak squeeze lagi dah..uhuk uhuk..

Nida n' Hanafi said...

Salam Chik Na..

Berat yang dibuang boleh bagi kat Nida sikit tak.. sebabnya Nida lak kurang berat ni..hehe

p/s: azam kita terbalik laaa

Lady of Leisure said...

sama lah kita chik na.. tang minum air tu.. lady pun kurang minum air.. lepas ni kene lebihkan skit..

Azirahman said...

Mas..wish you all the best....nanti balik kedah boleh aku tengok new look...jumpa lagi kat pantai merdeka..boleh gitu???

Chik Na said...

Nida: kalaulah boleh transfer lemak ni chik na pasti dah postkan sikit kat Nida di Albany

Chik Na said...

Lady: pastikan minum 8 gelas sehari tuk kekal jelita dan awet muda :-)

Chik Na said...

siti: Slim melim dan muda macam Siti tak g gym pun tak pe, cuma jogging setiap hari minggu pun dah cukup

Chik Na said...

azi: ha ha ha nanti boleh jumpa lagi hang kat pantai merdeka

Hamizah said...

tak sangkaChik Na dah nak menjangkau 40thn..cute je

eynda said...

Chik Na...nanti share ye menu yg PS bagi...eynda ni belum start2 lagi sambung treatment kat LWM....macam2 halangan...ni sibuk pasal rumah pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates