Ads 468x60px

Labels

Saturday, June 21, 2008

- P.Langkawi: Pulau Beras Basah

After p feeding burung helang kat one of the island, kami singgah kat P.Beras Basah untuk mandi manda selama 2 1/2 jam. Both my kids seronok main air and bergolek-golek kat atas pasir pantai yg amat halus-mulus. Sufia & Faiz ambil kesempatan buat istana pasir.

Pemandangan kat sini cantik sekali, mengingatkan saya betapa cantiknya bumi Malaysia berbanding pengalaman saya tinggal di UAE yg penuh dengan padang pasir & Istanbul yg dipenuhi hutan batu yg tak teratur (packed with the houses) ... I'm proud to be Malaysian.






Friday, June 20, 2008

- Gambar Semasa bercuti di P. langkawi


Plus Highway: On the way to K.Perlis Jetty

Island Hoping : On the way to P. Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting
Both my kids enjoyed during Island Hoping. Tak sangka Sufia tak takut naik bot laju semasa island hoping to P.Dayang Bunting, P.Beras Basah & tak ingat la pulak nama pulau masa p helang feeding.



Thursday, June 5, 2008

- Holiday

Salam.

Dah lama tak menulis blog ni... balik kampung & p holiday. Kedebak-gedebuk cuti sekolah dah berlalu. Sebelum p holiday on 31 May, saya kesibukkan menjahit tempahan manik. Memandangkan byk aktiviti yg nak dicatitkan sepanjang balik kampung, I just make a summary je lah.

29 May :

Bawa anak p tengok pertunjukkan "Layar Air Terbesar" di Taman Tasik Putrajaya. Sesampai di Taman Tasik, about 10 pm, org ramai dah pun berduyun-duyun, al maklumlah cuti sekolah. Lagipun pertunjukkan ni akan tamat pada 31 Mei 2008. Kami yg tinggal berdekatan pun "last minute" baru nak p tgk. Pertunjukkan takes only 15 minute tapi amat menakjubkan. Pertunjukkan ni ditayangkan 2x setiap malam. Pukul 9 & 10 mlm. Anak-anak enjoyed tgk pertunjukkan ni. Balik rumah, Sufia tak sabar-sabar cerita kat Ayah Ri.

30th May:

In the morning, bz kemas rumah sbb hubby nak balik bercuti di Malaysia. Petangnya jemput hubby kat airport and malamnya celebrate belated 7th birthday untuk Faiz yg sepatutnya jatuh on 28 May. Besday celebration ditunda memandangkan Faiz nak tunggu abah balik. Bukan main seronok Faiz sbb dapat hadiah besday Transformer & Ben 10. Walaupun besday Faiz, Sufia pun dapat hadiah jugak, anak patung Polly & anak patung Fulla ( patung barbie version Timur Tgh). Bukan main seronok dia main tukar-tukar baju.

Kek besday Faiz bergambar Ben 10. Susah payah google kat internet & print gambarnya utk ditempah di Kedai Kek King Confectionary.





31 May:

Bertolak balik kampung in law di Kota Kuala Muda, Sg Petani about 10 am. Kampung kami ni dekat ngan kampung suami Dato' Siti Nurhaliza. Memandangkan cuti sekolah, and hari sabtu pulak tu, kenderaan agak byk di Lebuhraya menuju Utara. Kebanyakkan R&R penuh sesak. Kami terpaksa menempuh 'jammed' di beberapa tempat especially near tol Ipoh & selepas tol Juru. Sampai kampung dah pukul 6 ptg.

1 June:

Dlm dok rilex-rilex, dapat sms dari Azie, tanya kami tak balik kampung Kedah ke... dia tgh picnic kat Pantai Merdeka dgn keluarganya. Pantai Merdeka ni dekat ngan rumah mak, bout 15-20 minute je. So we decide p jumpa Azie kat pantai. Azie ni kawan yg sama-sama kerja kat TM masa mula-mula kerja dulu. Selepas Azie berkahwin, dia minta ditukarkan ke utara. Sejak tu kami tak pernah jumpa cuma berhubung melalui hp or email je...maknanya dah dalam 8 tahun tak bersua muka.

2 June:

Bertolak ke Langkawi dlm pukul 10.30 am dgn kereta & park the car kat jetty. Sampai di P.Langkawi dah pukul 3 ptg. Kami tinggal di Hotel Bella Vista di Pekan Kuah. Hotel tu cantik la jugak tapi pantainya tak boleh mandi. After check in & rilex dlm sejam.. kami pun keluar ronda-ronda P.Langkawi. Plan nak p naik kereta cable kat Gunung Mat Cincang tapi sampai disana diberitahu jambatan gantung kat atas gunung dah ditutup memandangkan dah pukul 6. So kami jalan-jalan di oriental village je lah. Kami bercadang nak dtg balik keesokkan hari.

3 June:

Pagi-pagi lagi dah berkumpul kat Undewater world untuk pergi "Island Hoping" ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Sunda & P. Beras Basah & . Anak-anak seronoknya naik bot laju. Di P.Dayang Bunting, Faiz & hubby p berdayung kereta apa tah yg dayung guna kaki tu ngan abahnya. After that we all p P. Sunda plak utk bagi makan burung Helang. Tapi disebabkan hujan burung2 helang tu tak turun bawah sgt. Dari jauh nampak burung2 tu gemuk montel sbb asyik dok fdiberi makan oleh para pelancong. Lepas tu ke P.Beras basah lak utk mandi-mandi. Pasir kat situ halus sgt ..sedap je kaki pijak. Si Sufia seronok buat istana pasir. Dalm kul 2, baru sampai balik ke mainland, lunch pastu balik berehat. After sembahyang zohor kuar balik utk naik cable car. Dlm dok beratur pjg nak naik cable car, dengar org panggil, rupa2 nya my auntie yg panggil, dia pun bercuti kat Langkawi jugak. What a small world, kat KL pun jarang jumpa, jumpa kat Langkawi lak. Anak-anak seronok naik cable car tapi Faiz kata yg Gunung Mat Cincang ni tak tinggi sgt sebab cable car tak masuk awan macam kat Genting :) .. bila dia dia cakap cam kelakar plak. After cable car, balik hotel berehat and malam nya aku kuar shopping kat pekan kuah jap ngan hubby. Ingat tak nak beli pinggang mangkuk lagi dah, tapi teruja lak ngan harga yg murah, so beli 1 set 20 pcs corell bunga plum & 1 biji Queen Anne.

4 June:

Ke Underwater World. Ingat ke menarik p underwater world ni..tapi biasa je ..cuma kelebihan sebab ader African Penguin yg kenit2 tu. Maybe sbb kami pernah p Underwater kat Shanghai yg lagi besar & menarik so rasa yg kat Langkawi macam tak menarik. After balik dari Underwater water terus balik hotel utk check-out. Kat Jetty dapat ferry pukul 2 pm, sampai kat Kuala Perlis dah kul 3pm. Semasa singgah makan kat R&R, dapat call dari adik start kul 12.01 pagi harga minyak naik RM 2.70 seliter... huwaa..Nasib baik kami balik kg & p holiday sblm minyak naik. Semasa singgah ambik cousin kat Bukit Mertajam, semua petrol pump sesak sehingga jalan2 jadi jammed. Nasib baik minyak kete byk lagi & decide bubuh minyak kat highway on theway balik KL

Sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.

5 June:

Rehat kat rumah je

6 June:

Layan anak tgk Kungfu Panda kat GGSC Putrajaya kul 5.30 pm.

8 June:

Rumah meriah sekali sbb kakak,abang-abang ipar, anak saudara & cucu saudara datang rumah. Dah tua rupanya aku sbb dah ader cucu saudara 6,7 org he he he.Biasa la depa dtg kebetulan hubby ader kat Malaysia. Kebetulan pulak Mama & auntie singgah rumah jap sementara nak tunggu flight utk melancong ke Guangzhou pukul 5 pagi. Kiranya macam transit la kat KL kejap la.

9 June:

Penggal kedua sekolah bermula kembali, maka routine harian pun bermula balik tapi nasib baik sebab hubby still lagi bercuti so jadi co-driver je lah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates