Sambungan cerita bercuti di Damascus.... After ke Muzium National Damascus kami ke Souk Al-Hamideye. Tapi disebabkan hari minggu most of the souk tutup, ada la satu dua kedai yang buka. Sebenarnya kami bukan nak ke souk tapi nak ke "The Great Mosque of Damascus" atau lebih dikenali dengan Masjid Umayyad, nak singgah solat. For info, kebanyakkan jamek atau masjid atau surau di Syria ni akan ditutup setengah jam after waktu solat cuma Masjid Umayyad di Damascus dan di Aleppo yang dibuka sepanjang masa sehingga habis waktu sembahyang isyak. So, sesiapa yang nak ke Damascus atau Syria perlu ingat sebaik kedengaran azan, cepat-cepat lah menunaikan solat walaupun nak solat jamak.
Masjid Umayyad adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di dunia. Masjid ini telah mula diubahsuai pada zaman pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malek dan siap sepenuhnya pada zaman pemerintahan khalifah Sulaiman bin Abd Al-Malek.
 |
Masjid Umayyad di Damascus .. cantikkan gambar di waktu senja |
Pada hari minggu Masjid Umayyad di Damascus dipenuhi orang ramai yang akan datang melepak bersama ahli keluarga di datarannya.
 |
The dome of treasury |
 |
Keindahan architechure dinding mozak |
 |
Terdapat makam kepala Nabi Yahya a.s yang dipancung oleh yahudi di dalam dewan sembahyang Masjid Umayyad |
 |
coridor sepanjang tempat wuduk |
 |
Dewan sembahyang, dalam masjid |
For info dewan sembahyang untuk perempuan tiada ruang tertutup, disediakan di bahagian belakang dewan sembahyang secara terbuka. Tiap kali Chik Na solat di jamek or masjid di Damascus semua orang akan melihat Chik Na dengan pelik sebab Chik Na menggunakan telekung sembahyang sedangkan mereka hanya menggunakan tudung dan jubah harian mereka serta berstoking sahaja. Try gak nak solat pakai jubah di khalayak ramai cam tu tapi rasa tak selesa sbb tak biasa :). Tu yang Chik Na seronok bila travel di negara orang, dapat mengenali budaya dan cara hidup bangsa lain.
 |
Masjid Umayyad di waktu malam ... menenangkan.... |
p/s: Tengah siap-siap nak balik kampung Kedah, so doakan kami selamat di perjalanan yer !!! Happy holiday kepada sesiapa yang berholiday sempena cuti sekolah ni.