Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 30, 2011

- Belajar Buat Coklat

Dah beberapa hari Chik Na tak update blog ni, kesihatan kurang mengizinkan. Mesti korang jemu dengan blogger yang tenggelam timbul macam Chik Na nih...

Apa pun Chik Na nak share gambar-gambar masa Chik Na pergi belajar buat coklat pada hari sabtu yang lepas. Sifu Chik Na ni adalah Pn. Arah dari Taman Desaminium.. tak jauh pun dari rumah Chik Na, bak kata sifu..sepelaung je rumah Chik Na ke rumah dia. Tujuan belajar saja suka-suka sebab nak buat lillichoc untuk besday Faiz May nanti :)

Lollichoc bunga-bungaan
Coklat with coffee, orange,strawberry and almond filling
Chocolate box n chocolate with filling inside... sifu cakap harga pasaran RM 20
Lollichoc bunga sakura
Lollichoc bunga ros....terkaler bunga ros ni warna hijau...hik hik hik...tapi cantik gak bunga warna hijau kan??
Coklat Oreo..di dalamnya ada sebiji biskut oreo :)...anak-anak sangat suka coklat biskut ni
Seronok juga belajar buat coklat ni... cuma bila time mewarna tu je yang leceh sikit..kena beri lebih perhatian dan hati-hati....macam melukis pulak rasanya.

Kepada sapa-sapa yang nak tempah coklat tu boleh la tempah ngan Chik Na..Chik Na boleh bagi special price ..hik hik hik

12 comments:

greenZee said...

arghhh!!!
geram geram!!
sedapnya makcik!!

Teratak Hami said...

terliur tengok coklat tuuuu ....
Saya tercari2 jugak kelas untuk buat coklat, Cik Na taknak buat kelas ke?

OneSimpleMother said...

haih.. tmbh satu lagi benda nak blaja dari chik na ni.. bila la agaknya bole ke rumah kak ina blaja wat muffin n coklat ni. tunggu luqman besar sikit ler jawabnya.. hehehe

Chik Na said...

greenZee: nanti makcik buat n suruh pakcik hantar rumah :D

Chik Na said...

Teratak Hami: nanti chik na pro dulu..

Chik Na said...

onesimple mother: he he he luqman besar sikit :), nanti luqman ada adik plak

Yan said...

Mahal tak course nya tu?

siti murni said...

baru je tadi dok sembang dengan officemate pasal kursus buat chocolate ni..suka saya tengok..kids mesti suka kan..choc colorful macam ni. rasa macam teringin nak belajar buat..masa je belum ada lagi..

Chik Na said...

Yan: normally around RM 200 dr pukul 10 pg sampai 6 pm

fyi: Next month lembaga koko buat course kat Nilai

Chik Na said...

siti: seronok belajar buat coklat ni.. pastu dapat jumpa kenalan baru

Nadiah Sidek said...

bestnya chik na buat coklat sendiri! nak belajar jgk..huhu..

Chik Na said...

Nadiah: tak susah sangat pun, belajar kat youtube pun boleh..tapi akak jenis yang kena berguru dulu, baru confident nak buat sendiri :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates