Rupanya dah seminggu Chik Na tak update blog. Lately Chik Na tak berapa sihat, sakit belakang yang teramat sangat...tak boleh nak mengadap notebook lama-lama. Tak banyak cerita menarik last week so ari ni Chik Na nak continue update cerita di Damascus tempohari :)
Minggu pertama di Syria kami tak banyak keluar rumah sebab masa tu Chik Na dan anak-anak still jetlag lagi.. susah nak adjust time tido. Chik Na sampai di Syria lebih kurang pukul 10 am, hari Rabu bersamaan 18 Nov 2011.... ikut plan nak sambut Aidil Adha di Damascus tapi Syria menyambut Aidil Adha sehari awal dari Msia..maka Chik Na termiss 1st day raya korban untuk tahun 2010. Petang tu, Persatuan Pelajar Msia di Damascus mengadakan majlis korban dan rumah terbuka di Rumah Malaysia. Hanya En. Zaidi yang pergi disebabkan Chik Na dan anak-anak masih kepenatan.
Hari kedua di Damascus kami keluar jalan-jalan sekejap di sekitar Souk Al-Hamideyeh . Ikutkan hati Chik Na malas nak jalan-jalan tapi anak-anak excited nak keluar jalan, maklumlah ini kali pertama Faiz n Sufia ke Damascus. Kami ke Souk Al-Hamiddeye dengan menaiki taxi. Tambang pengangkutan awam di Damascus boleh dikatakan agak murah. Harga tambang taxi paling mahal within Damascus adalah SYP 100, lebih kurang MYR 7...maknanya kalau naik teksi more than SYP 100, kira kena paw lah tuh.... Dari rumah kami ke Souk Al-Hamideye ni around SYP 50 - 60 je tapi selalunya bila foreigner depa akan charge SYP 100 walaupun meter menunjukkan around SYP 50 - 60. Jauhnya rumah kami ke Souk Al-Hamideye lebih kurang 25km kut. Tambang bas within Damascus pula SYP 10, bersamaan 70sen...murahkan!!!!
|
Faiz n Sufia berlatarbelakangkan Souk Al-Hamidiye. |
Souk al-Hamidiyeh terletak di kawasan Old City Damascus. Souk ini adalah salah satu tarikan utama pelancong di Damascus. Di dalamnya terdapat kedai-kedai menjual pelbagai barangan. Apa saja boleh didapati di souk ini, dari barang keperluan harian, cenderamata, baju-baju, tudung-tudung, carpet dan lain -lain. Pendekata semuanya ada. Ia umpama pasaraya yang sangat besar. Chik Na suka ke Souk Hamideye ni sebab souknya lebih teratur. Setiap lorong-lorong keciknya umpana satu bahagian di supermarket..misalnya ade lorong untuk rempah ratus, lorong untuk souvenir, lorong untuk baju-baju, lorong peralatan menjahitan dan riben-riben, lorong barangan dan alatan dapur dan macam macam lagi. Kepada orang yang suka shopping, jalan satu hari pun belum tentu habis jelajah Souk Hamideye nih. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke Istanbul... Souk Hamideyeh ni seakan Grand Bazaar di Istanbul. Yang bestnya kebanyakkan barang lebih murah dari di Msia. For info lagi, kebanyakkan souk-souk di Syria ditutup pada hari Ahad dan hanya dibuka separuh hari pada hari Sabtu.
|
Souk hamideyeh..gambar ihsan dari google :). |
For info, kat Damascus ni tak banyak pasaraya pun..kalau ada pun tak sebesar mana pun. Lagipun penduduk Damascus lebih gemar berbelanjaan di souk dan kedai-kedai di sepanjang jalan. Harga barangan di supermarket jauh lebih mahal berbanding di souk-souk atau kedai disepanjang jalan. Korang perasan tak jus buah-buahan brand Rani di restoren Arab di Msia.... di souk, 3 botol jus Rani 1.5 liter harganya SYP 100 (MYR 7) tapi di supermarket harganya SYP 60 -70 sebotol.... di Masia pula sebotol 1.5 liter MYR 8 :)
|
There are a few excess nak ke Souk Hamidiye, yang ni salah satu pintu masuknya...Deretan kedai kat Souk Hamidiye, gambar ni diambil pada petang sabtu dimana kebanyakkan kedai dah ditutup. |
After jalan-jalan di Souk Al-Hamidiye, kami berjalan kaki ke Souk Sarije pulak untuk membeli-belah barang dapur. Souk Sarije ni kiranya souk untuk keperluan dapur, lauk pauk dan sayur-sayuran. Tak jauh jalan kaki dari Souk Hamideye ke Souk Sarije, lebih kurang 20 minit.
|
Jalan menuju ke Souk Sarije |
Kat Souk Sarije ni terdapat macam-macam keperluan dapur dari bahan kering hinggalah ke barang basah like lauk-pauk, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada jugak kedai makanan segera seperti kedai nasi arab (mandii, khabsah), kedai roti, kedai kebab dll lain-lain. Fyi, ikan di Damascus agak mahal, maybe disebabkan orang orang tak berapa makan ikan..depa lebih suka makan kambing dan ayam. Yang Chik Na suka daging kambing kat sini sangat manis rasanya dan tak berbau hamis.
|
kambing yang tengah Q untuk disembelih :) |
Gambar yang kat bawah ni Chik Na snap masa lawatan ke Damascus yg sblm ni.. Jan 2010..tapi semuanya dipotretkan di Souk Sarije
|
Gerai Buah-buahan ... |
|
Pelbagai jenis pickle....ada bermacam jenis olive, radish, lobak, zuchini dll... syrian selalunya makan pickle ni dengan kebab |
|
sayur-sayuran... cili hijau tu sangat pedas berapi-api macam cili padi |
|
Pelbagai jenis kacang....kami suka beli pistachio |
|
rempah ratus |
Satu lagi pemandangan unik kat Damascus ni, kebanyakkan orang Syria ni akan beli roti arab yg nipis tu banyak-banyak dan dibawa atau dijunjung tanpa di bungkus at all. Guna tangan depa yg besar je bawa roti panas-panas tuh... haiyaa...tak jumpa plak gambar cara depa bawa roti tu..Nanti bila dah jumpa gambar tu Chik Na tepekkan kat blog ni....
Setakat ni je dulu cerita jalan-jalan Damascus..nanti sambung lagi :))...bila la agaknya nak habis cerita pasal damascus ni yea..hik hik hik
9 comments:
emmm..terliur tgok benda mkn tu...
bestnya macam2 ada..:)
bestnya baca entry chikna, banyak info lady dapat...
Bestnyer layan gambar chik na holiday :-)
chempaka: barang makanan kat sini agak murah
kasihredha: :)
lady of leisure: saja je nak share info pasal damascus ni, manalah tau kut-kut ada rakan blogger nak makan angin ke sana :)
eynda: :)
Maklumat yg amat berguna buat sesiapa yg berhasrat untuk ke sana. suka tengok sayuran di pasarnya tu nampak fresh sangat.
seronok baca...update lagi yer!
Post a Comment