Ads 468x60px

Labels

Monday, February 28, 2011

- Bagan Lalang

Weekend ari tu kami sekeluarga ke Bagan Lalang, Sepang atas ajakan BIL. Kami menginap di  Komplek Agrotourism. Sebenarnya not really plan nak ke sana, tapi bila BIL ajak kami, on je lah... lagipun dapat mengeratkan silaturrahim sesema keluarga.... hubby ada 5 adik beradik yang dok area Klang Valley tetapi disebabkan kesibukkan masing-masing, kami jarang berjumpa  dan melawat each other melainkan kalau ada makan-makan or kenduri kendara :). Anak-anak bila dengar je nak ke Bagan Lalang terus buat homework cepat-cepat.

Kami bertolak ke Sepang lebih kurang pukul 4 ptg. sampai di Bagan Lalang lebih kurang sejam berikutnya. Memandangkan kami sampai dulu di Sepang kami check-in dahulu chalet yang di book oleh BIL. Kami ambik 2 chalet yang berkembar.

Masa kami sampai di Komplek Agrotourism tu, ruang parking dah penuh dan bersusun... ingat ke tak ramai orang tapi bila dipikirkan balik memang patut ramai pun sebab hujung minggu yang kebetulan gaji da masuk :). Kat depan pintu masuk kompleks ni, tertulis " Semua chalet dah penuh". Sewa chalet ni di hujung minggu adalah MYR 110. Chalet yang selesa, di dalamnya ada ruang menonton, 1 bilik berhawa dingin yg mengandungi almari, 1 single bed dan 1 queen bed serta bilik air yang siap dengan "heater".

Anak-anak tak sabar-sabar je pergi bermain di pantai walaupun air sedang surut petang tuh
View dari pantai... barisan chalet yang kelihatan adalah Golden Palm Tree Resort... bila la Chik Na dapat menginap di sana pula :)
Another view di tepi pandai... Chik Na suka jalan di atas pasir pantai disini sebab pasirnya sangat halus dan lembut bila di pijak.
Walaupun dah nak maghrib..putera-puteri Chik Na serta cousin still tak mo balik chalet :-)
sunset
Malamnya kami keluar makan seafood kat restoren berhampiran chalet. Niat di hati nak makan di Senandung Malam tetapi disebabkan hujung bulan, orang sesak disana. Kat restoran yang kami makan pun ramai jugak, orang beratur panjang juga la nak memilih lauk-lauk... dan yang mengecewakan kami beratur untuk timbang lauk yang dipilih dan nak order makanan pun mengambil masa lebih setangah jam. Tunggu makanan lagilah lama... more than 1 hour. Bayangkan lah kami sampai kat situ aroung 8 lebih pm..makanan yang diorder sampai pukul 10 lebih... hu hu hu...itulah kali pertama dan terakhir Chik Na akan makan di situ gamaknya.
Beratur nak pilih seafood yang digemari
Suasana di restoren
Anak-anak main game macam-macam menunggu makanan yang tak kunjung tiba
Kailan ikan masin
Kerapu sweet n sour
Sotong masak pedas
Siakap stim
Kami jugak makan ikan cencaru bakar, otak-otak.... Yang buat lagi keciwa, masa nak bayar kat counter pun kena beratur panjang... 

Esoknya pagi-pagi lagi anak-anak yang belum sempat mandi dah keluar main di pantai, balik untuk makan breakfast kejap, sambungmain di pantai lagi sampai pukul 11.30 am
anak-anak sibuk buat istana pasir
Golden Palm Tree resort
Suasana di kuala....


Selepas check-out, kami singgah di pasar berhampiran membeli belak lauk-pauk :)
Another view of Golden Palm Tree
Sebelum balik ke Seri Kembangan kami singgah di medan selera untuk minum-minum dulu sambil tu posing dulu kat depan medan selera
On the way balik singgah di kedai kraftangan shopping sket :)
Kami selamat sampai dirumah pukul 4 pm. Sebelum tu singgah beli lunch kat restoren Beriani Gam Johor...da penat tak sanggup dah nak masak ..he he he



8 comments:

Lady of Leisure said...

lady tak pernah lagi makan kat bagan lalang ni... nampak sedapnya gambo2 makanan tu..

Nadiah Sidek said...

bestnya mkn angin

Chik Na said...

Lady: orang kata senandung malam tu lagi sedap

Chik Na said...

Nadiah: tak terasa pun makan angin sebab dekat je dari rumah... tapi ok gak sebab perjalanannya tak memenatkan

Ummi Salsabila said...

seafood kat bgn lalang betul2 murah.rasa nak pi lagi..:)

Chempaka Aziz said...

mmg bagan lalang ni best.byk kali dh pgi sana.mkn seafood mmg murah kat sini.mcm2 ada.tp lepas ni alamt lmbat lagi bru dpt pgi.

Murni Alfathunnisa said...

pernah jugak dengar pantai bagan lalang ni, tapi tak tau pulak ada chalet kat situ..menarik jugak tempatnya ya...

Nida n' Hanafi said...

Salam Cik Na..

Indahnya bumi Malaysia.. dengan pantai yg cantik, makanan yang pelbagai dan budaya yang rencam... bersyukur dilahirkan sebagai Malaysian..:)

(teringat pernah berkursus di bagan Lalang suatu masa dahulu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates