Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 12, 2010

- Do-it-myself

Balik dari hantar Sufia dari kindie pagi nih, Chik Na dengan senang hatinya menyiram pokok-pokok yg dah nak layu kat laman sekangkang kera rumah Chik Na tu....tapi bila ditutup pili air tu air nya tak berenti mengalir... cuak betul rasa hati Chik Na..nak kata loose tak pulak, dah tutup sampai ketat....ishhhhh. Berlari Chik Na menutup paip kat main tapi air still jugak mengalir... aikkk rupanya pili kat laman Chik Na ni bukan direct dari main paip kat meter tuh. Ayo..macamana plak nak stopkan pili air yg tengah membuak-buak nih.. Chik Na pun berlari bukak pintu dapur, tutup paip stopper yg kat belakang rumah, air kat laman tak jugak berenti, tutup plak paip stopper yg kat tangga, jugak tak berenti, kemudian tutup plak paip stopper kat dlm bathroom bilik Chik Na, jugak tak berenti air yg mengalir dari pili laman tuh...

Dah habis idea, call Ari, adik Chik Na yg dok sama Chik Na tu tanya dia mana paip stopper untuk pili depan tuh... dia kata yg kat tangga tuh..hmmm... bukan le jawabnya ..sebab Chik Na dah tutup tapi pilinya tak berenti jugak.. 

Nak tak nak terpaksa la Chik Na call En Zaidi yg tengah nyenyak tido kat Damascus tuh..mesti dia terkejut dapat call dari isteri tersayang pagi-pagi buta pukul 3.30 pagi. Bila dah tanya, Chik Na terus tutup paip stopper tuh, air pun stop mengalir dari pili laman...rupanya paip stopper tu ade lagi satu kat dalam bathroom bilik bawah.

Bila air dah berenti, Chik Na pun buka la tool box En. Zaidi ambil tools untuk buka kepala paip tu dan terus start kete pergi kedai hardware. Beli kepala paip baru dan cellotape putih untuk paip. Kosnya, RM 12.50.

Tool yg digunakan untuk tukar kepala paip...

Dengan jayanya Chik Na tukar kepala pili baru

So bila balik rumah terus pasang dengan jayanya Chik Na memasang paip baru... ha ha ha .. pandai pun buat sendiri...bukan susah pun..senang je..cuma selama ini tak pernah ambil tau pasal nak pasang paip ni.. semuanya tunggu En. Zaidi balik or adik tersayang buatkan... tapi kebetulan pagi ni semua orang takde rumah, nak tak nak terpaksa la Chik Na buat sendiri..kalau nak tunggu Arri balik kerja, jenuh lah Chik Na bayar bil kat Syabas nanti  :-)
Ni pulak kepala pili yg telah membuat hatiku susah pagi ini.....


Agaknya kalau call plumber berapa la dia charge???

19 comments:

kak mas said...

dah jauh2 dgn hubby ni byk benda kena blaja kan chik na..

kakcikseroja said...

Chik Na memang pandai... :)

zarin said...

bila dah terdesak kan mesti boleh je kita buat kan..anyway boleh tambah lagi satu kra ye hihi

azi said...

memang masa terdesak selalu buat apa pun jadik.....

alyyani said...

erk, kalau sy tu dah panic habis tu kak mas. nak2 melibat kan kerja2 yg kita tak bape nak amik tau ni kan. tp dlm keadaan terdesak mcm kak mas ni, bole je nak buat kan. :)

Ibuhani said...

hehehe....tgh bayangkan chik na ada gaya McGyver!Semua boleh buat bila dah terdesak cam tu kan :)

lina said...

wah...terer chik na..betul biler terdesak memacam sebenarnye kepandaian kite yang keluar..

tunbegia said...

kurang2 RM30 saja,

salamm,

Chik Na said...

kak mas: ye betul..banyak benda dah blaja buat sendiri sejak dok berjauhan :-)

kakcik: kak cik pun akan pandai jugak kalu terpaksa buat sendiri ;-)

Chik Na said...

zarin: betul tu .. dah tambah satu lagi kra ;-)

azi: kalau sebab tak terdesak sure sampai bila pun aku tak ambik pot pasal benda-benda paip nih..

Chik Na said...

alyyani: memang dah panic giler masa air dok mencurah-curah tak berenti-renti tu..

Chik Na said...

ibuhani: he he he McGyver..citer peberet masa kecik-kecik dulu.. kalu k.ani tengok masa mas tukar paip tu..kelakar..basah lencun habis.. kena lak hari ni pakai baju kurung ;-)

Chik Na said...

lina: betul tu..bila dah terdesak baru kita boleh buat sendiri..

Lady of Leisure said...

wow terer cikna, lady belum pernah buat sendiri lagi, kalau kene buat agaknya lady reti ke idak ye hehehe

Chik Na said...

tun: he he he ..jimat RM 17 ..

Chik Na said...

lady: sure boleh..senang je... ceh, ayat perasan

eynda said...

Kita selalu macam tu kan..bila hubby ada kita ambik mudah je...bila hubby takde baru nak belajar :-p

Cara nak tukar ni eynda belajar masa kemahiran hidup dulu2...tapi mesti dah lupa...kena take note jugak ni :-D

Nadiah Sidek said...

selalunya mmg camtu kan chik na..time dah terdesak tu semua boleh blh buat sendiri. tapi ada org lain di sisi, mengharapkn org tu je la :D

LiAnA said...

hihi kalau dh terdesak sumer jd pandai.. ku pulak paling tak berani nk tukar klau tayar pancit... ni mmg surrender ler... yg lelain boleh diusahakn lagi ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates