Ads 468x60px

Labels

Friday, May 14, 2010

Tag lesen memandu dari Eynda's Diary

Pagi semalam Chik Na dapat tag baru pasal lesen memandu dari Eynda. Terima kasih banyak-banyak Chik Na ucapkan pada Eynda yang sudi bagi tag ni. 

Sebenarnya Chik terus draf pasal tag ni semalam tapi lupa lak nak publish... FYI, ade a few lagi tag yg Chik Na belum selesaikan tapi semuanya dah di draf separuh jalan .... buat Zarin, Shida, Ibuhani, Alya, Mummy Chubby dan lain-lain lagi Chik Na mintak maaf sebab belum siapkan lagi tag-tag tersebut.. insyaallah akan ku langsaikan secepat mungkin... jangan serik plak bagi tag kat Chik na yea...

Ok, now jawapan kepada tag dari Eynda..

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
yup....

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Masa mula start kerja kat Airod Alenia...sebenarnya Chik Na ni penakut sebab tu bila habis SPM parent suruh ambik lesen buat tak tau je.. tapi bila start kerja, company suruh ambik lesen sebab sebagai jurutera Chik Na perlu memandu ke sana ke mari

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Tak lama ..baru dalam 12 or 13 tahun kut 


Pengalaman pahit ketika memandu?
Accident after a few month beli kete baru kat highway belakang Kampung Melayu Subang. Tak sempat brek, langgar bontot kete satria engineer MAS. Yang naya kete Satria tu lah sebab kete dia depan belakang kena langgar..dia langgar lori yg nak mengelak bangla terbalik basikal tengah jalan..Larii lintang-pukang Bangla tuh.. teruk jugak la kete Chik Na sampai sebulan lebih masuk workshop. Alhamdulillah Chik Na tak apa-apa..tapi keesokkannya satu badan tak boleh nak gerak..doktor kata muscle shocked..

Pengalaman manis?
Dapat kete auto, Kenari warna biru gelap dari hubby ... tengah tersenyum simpul mengenangkan masa tu..

3 tabiat ketika memandu?
  1. sama macam eynda.. make sure minyak kete sentiasa penuh.. sebab kadang Chik Na ni blur sikit pasal selok belok jalan yg jarang dilalui..
  2. opposite eynda plak.. mesti berselipar atau berkasut.. kalau tak pakai kasut macam tak reti drive rasanya
  3. Suka on GPS kat E71 Chik Na walaupun tempat yg dituju tu dah tau can ne nak pergi...sebab normally GPS bagi jalan yg tak jam dan shortcut yg tak disangka..
3 pantang time i memandu bila?
  1. pemandu lain yg tak suka bagi signal... jenis yg tiba-tiba je masuk kanan or kiri
  2. anak-anak yg kadang suka tukar-tukar channel or cd bila depa dok belakang
  3. sama macam eynda lagi...pemandu yg bawak kete macam makan angin kat tepi pantai...chik na rasa kalu balik KB ramai orang yg jenis macam nih...
Nak bagi tag ini pada :

kak mas ..Masam-masam manis
Ibuhani .. Me & My 3 girls
zarin ... sweet, sour & juicy..that's me
Mummy Chubby
Lia... Always Stay The Same
Azi...Journey of Life
Siti Murni...Sister's little Diary
Nida..Di bumi Albany
Ira..Truely deeply love

Rasa-rasanya u all semua ni memang driver yg hebat

8 comments:

kakcikseroja said...

Salam Chik Na..

lesen memandu kakcik pun dah lama. tapi, kalau tanya sejauh mana kakcik dah memandu.. hmmm...

(lesen tu patut letak dalam frame je..)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

aku dah lama dpt lesen tapi taktau memandu. cmna tu??
ekekekek

Chik Na said...

kakcik seroja & tinie: ni kes macam adik Chik Na..lesen dia lagi lama dari Chik Na.. tapi tak mau try bawak kete pun ;-)

kak mas said...

kak ina da selesai tugasan.. :D

siti murni ishak said...

ok..chik na..insyaallah..sy jawab tag ni nanti k...;)

kira otai lah chik na dah 13 thn memandu...hurm..;)

Nida said...

Nida ni dah lama tak memandu since duk Albany ni... serammmmm... maklumlah negeri orang, undang2 pun ada sedikit perbezaan..

Masuk buku 555 ek..hehe

azi said...

Chik Na..dah settle..

Ibuhani said...

insyaallah.......k.ani akan jwb tag ni nanti....hehehe...x tahu bilalah tu.....akan cuba ekk :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates