Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 21, 2012

- Sabtu : Sekolah Ganti

Assalamualaikum...wth

Hari ini hari Sabtu minggu persekolahan....sekolah ganti untuk Hari Raya Aidil Adha nanti. Semua murid SK SS 1 Bandar Kinrara bersekolah sesi pagi. Sufia yang bersekolah sesi petang kena pergi sekolah sesi pagi. Hari ini sekolah SK Bandar Kinrara mengada Kem Bestari Solat 2012 untuk murid tahun 2 seperti Sufia. Pagi ni Sufia pagi-pagi lagi dah bangun sebab dia teruja nak pergi Kem Bestari Solat tu. Faiz pula tak dapat ke sekolah kebangsaan sebab terlibat dengan acara untuk sekolah KAFA. Alhamdulillah Sufia tak banyak kerenah pagi ini walaupun agak kelam kabut sikit al-maklumlah nak kena hantar Faiz kat sekolah agama di cawangan Equine Park dan Sufia kat sekolah kebangsaan di Kinrara sebelum pukul 7.15am.

Faiz now ni berada di Masjid Subang Jaya mewakili Sekolah KAFA Ibnu Sina dalam acara pidato umum bagi Zon Petaling sekolah-sekolah agama negeri selangor. Tajuk pidatonya Akhlak Cemerlang Negara Terbilang. Faiz adalah pidato ke 10 untuk acara tersebut. Mama doakan agar Faiz ingat semua teks ucapan dan tidak gugup semasa berada di pentas nanti. Mama tahu Faiz memang dari tadika memang ada talent dan boleh berucap di hadapan umum ... :-) Insyaallah mama akan menyusul kejap lagi. Semoga bejaya anakku !!.

Oklah, Chik Na nak ke Subang Jaya sekejap untuk melihat Faiz berpidato :-) 

Wednesday, April 18, 2012

- Dibawah Lindungan Kaabah

Assalamualaikum...wth

Chik Na sedang layan movie ni kat Astro Box office Movie 952. Menarik jugak ceritanya dilayar perak... Kalau tak silap, Chik Na pernah baca buku ceritanya masa zamman muda remaja dulu..


- Our dinner last night

Assalamualaikum..wth,

Semalam Chik Na buat Lamb Chop untuk dinner. Sufia suka sangat makan lamb chop, asyik ajak makan lamb chop je... mau kempis purse mamanya kalau asyik nak makan lamb chop aje. Sekali makan satu hidangan dah dua tiga puluh hinggit. Bila buat sendiri, costnya cuma lebih kurang RM 25. Boleh makan 3 beranak... jimat banyak duit mama :-).

Maka semalam Chik Na merajinkan diri untuk buat sendiri lamb chop kesukaan anak-anak, kebetulan pulak dah ada muffin jagung yg dah buat sehari sebelumnya :-)

Resipi Lamb Chop
Sufia cakap lepas ni tak payah makan kat kedai..mama buat lg sedap... "pandai anak mama bodek yer"
Cara buat lamb chop.

Tumis bawang putih dengan olive oil kemudian ditumbuk bersama 1 sudu teh daun rosemary kering dan 1 sudu teh lada hitam.Kemudian dicampurr bersama 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu teh gula perang, 1 sudu teh garam, 2 sudu teh kicap.Kemudian lumur bahan tadi pada kepingan daging biri-biri semalaman.  1/2 jam sebelum makan boleh la digrill dalam oven.

Untuk sosnya:

Tumis  2,3 ulas bawang putih dengan 2 sudu besar butter. Kemudian masukkan cendawan. Bila cendawan dah agak layu masukkan tepung gandum. Masukkan lebihan minyak dari daging yg digrill tadi dan gaul rata Kemudian masukkan air mengikut kelikatan yg anda suka. Tutup api dan tuang diatas daging biri-biri yg telag digrill.


Faiz cakap rasanya macam coleslaw KFC
Homemade Coleslaw

Bahan A:
1/2 kg kubis
1/2 cawan carrot

Bahan B

1 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu besar cuka ( Chik Na guna apple cider)

Caranya:-


  1. Potong halus bahan A dan gaul rata.Gaul bahan B sehingga sebati dalam tupperware bertutup (pastikan boleh muat bahan A)
  2. Kemudian masukkan 1/2 bahan A dalam tupperware kemudian disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau sehingga nampak berair.
  3. Bila hendak makan, campurkan separuh lagi bahan A dan gaul rata.
  4. Kemudian bolehlah dihidang berama lamb chop tadi.

Muffin jagung ala kenny rogers....

Muffin Jagung ala Kenny Rogers

Bahan-bahannya:

1/2 cawan butter
1/4 cawan honey
2/3 cawan gula castor
2 biji telur
1/2 tsp garam
1 1/2 cawan tepung gandum*
3/4 cawan cornmeal
1/2 tsp baking powder*
1/2  cawan susu segar
3/4 cawan jagung beku

*diayak bersama

Cara:-

  1. Preheat oven pada suhu 180 darjah
  2. Mix butter, madu, gula, telur n garam sehingga sebati di dlm mangkuk besar
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan cornmeal berselalng seli dengan susu, hanya kaup balik balik menggunakan spatula
  4. Masukkan jagung beku dan kaup balik hingga rata
  5. Kemudian masukkan dalam cawan muffin dan bakar selama 20-25 minit




Tuesday, April 17, 2012

- 10 hari berlalu

Assalamualaikum..wth

Dah 10 hari berlalu since the last entry. Tahun ni macam Chik Na tak cukup masa je untuk berblog, kadang rasa nak tutup je blog ni..dari tak ber"update"....buat malu kaum blogger je. Tapi rasa sayang nak tutup... sebab kat sinin la tempat adik-adik Chik Na baca pasal anak-anak Chik Na dan kadang kalau encik suami rajin dia pun suka gak baca blog isterinya ni untuk benda remeh temeh yg Chik Na tak update dia setiap hari bila dia tak ada di bumi Malaysia.

3 bulan pertama tak berapa update sebab encik suami berada kat rumah sepenuh masa, so banyak masa dihabiskan ke sana-sini dengannya... kadang nak ambik anak sekolah pun encik suami mau Chik Na menemankamnnya :-). Bosan tunggu sorang-sorang sementara anak-anak keluar sekolah katanya.

Dan semenjak encik suami memulakan tugas di Taiwan 26 Mac lalu, maka tugas mengambil anak sekolah kembali menjadi urusan utama buat Chik Na.... baru 3 minggu Chik Na mengambil alih terasa teramat penat dengan rutin yg lama Chik Na tak buat sendiri ;-). Bermula dalam around 5.45 am hinggalah 10 pm.... penuh je jadual Chik Na. Saturday pun sibuk dengan aktivity yg anak-anak hadiri... mental arithmetic, smart reader, taekwando dan kadang anak-anak ada ko-kurikulum di sekolah. Hari Ahad pula hari bersantai-santai samada di rumah or diluar rumah ;-) dan jarang Chik Na on lappy pada hari Ahad melainkan kalau anak-anak nak ber"video" call dengan abahnya.

So, kalau selepas ni jarang dapat update dari blog Moment in My Life ni, korang jangan lah marah yea...harapnya u all still sudi menjengok walau hanya sesekali Chik Na buat entry ;-)

ps: entry pasal umrah hari tu pun masih terhutang

Friday, April 6, 2012

- Kek Puding Karamel Pelangi

Assalamualaikum wth,

Rabu ari tu tiba-tiba mood nak buat kek datang, kebetulan dah lama tak buat project baking ni. Chik Na memang ada reserve dlm list a few project baking yg Chik Na nak cuba bila baca FB n blog rakan-rakan. So, memandangkan hari tu mmod baking datang membuak-buak, maka Chik Na pilih Kek Puding Karamel Pelangi sebagai projevt Chik Na.

Google punya google Chik Na ambil resipi kat E-Na Lovely Kitchen sebab E-na tunjuk step by step cara nak buat kek ni. Bila baca resipi rasa macam rumit tapi bila dah buat rasa tak la susah mana pun... lebih kurang macam buat kek marble feberet kami :-).

Dengan tunjuk ajar dari E-Na Lovely Kitchen Chik Na berjaya buat Kek Puding Karamel yang cantik ni dan sedap ni. Anak-anak Chik Na yg suka karamel pun suka kek ni :-)


Suka sangat dengan corak belang-belang pelangi tu

Resipinya nanti Chik Na update later... (malas nak menaip).. Tapi kalau nak jugak resipinya sekarang, boleh layari website E-na Lovely Kitchen... resipinya mmg detail, kalau ikut step-by -step tu, insyaallah menjadi Kek Puding Karamel Pelangi yg comel ni..


Combination warnanya pun Chik Na suka..he he he ..puji diri sendiri plak ..

Thursday, April 5, 2012

- Overselept

Assalamualaikum wth,

Pagi ni Chik Na terlewat bangun pagi...seriously lambat sampai Faiz tak dapat pergi sekolah pagi. Sedar -sedar je dah 7.25 am. Bila tersedar terus cari handphone, patut la tak sedar, bateri handphone memang dah habis, so alarm tak bunyi. Lagipun Chik Na tertido kat bilik anak semalam, depa ni suka tido on aircond, tu yg buat Chik Na tido lena semacam je. Ditambah pula semalam, seharian Cik Na mengemas satu rumah, menyapu, vakum, mop, lipat kain, lap sana lap sini dan macam macam lagi (nak tunjuk tuan blog rajin la tuh ;-p). Sejak balik dari umrah, rumah terbiar je disebabkan kesihatan yg kurang mengizinkan.

Selalunya kalau Chik Na tak tersedar, adinda Arri akan ketuk pintu kejutkan Chik Na tapi kebetulan plak, Arri outstation ke Kuantan smlm. Kelam kabut jadinya, yealah dah 7.25am baru bangun. Bila kejutkan Sufia untuk mandi ke KAFA, dia pulak mcm nak buat hal. 'Nak mama mandi dulu..'... katanya. Dalam hati berkata 'macam la bilik air ada 1 je dlm rumah ni.' Oleh kerana tak mau bergaduh dengan Sufia pagi-pagi ni n buat mood Chik Na melenting dengan dia, terus Chik Na ambil towel n mandi. Sebelum solat Subuh 'gajah', Chik Na terus kejut Sufia untuk mandi, alhamdulillah dia tak meragam terus bangun mandi :).

Sebelum solat subuh Chik Na sempat mengerling jam dinding yang dah pukul 7.40am. Dalam hati terpikir dah masuk waktu syurok tapi Chik Na solat jugak subuh. Semoga allah swt ampunkan Chik Na disebabkan Chik Na betul-betul tak sedar langsung dari tidur yang lena.

Alhamdulillah dalam kelam kabut sempat jugak hantar Sufia ke KAFA sebelum 8 am. Sufia plak tak banyak meragam bila Chik Na bekalkan kek puding karamel pelangi yg Chik Na buat petang semalam. Dah hantar Sufia, Chik Na n Faiz pergi breakfast roti canai di kedai. Alhamdulillah pagi ni berlalu dengan baik sekali .. mood pun maintain cool. Selalunya bila pagi berlalu dengan cool, hari tersebut akan dilalui dengan tiada masalah dan ceria  .-). Keep positive every day ....

Monday, April 2, 2012

- The Vow

Assalamualaikum..wth

Chik Na tgh layan movie ni... The Vow. Tertarik nak tgk citer ni bila baca kat blog Mummy Chubby last week. Memandangkan cik abg tersayang dah terbang ke Taipei last week, Chik Na suruh la adinda tersayang download movie ni kat internet... rupanya adik tersayang dah pun download sebelum disuruh....


Dilakonkan oleh Rachel McAdams dan Channing Tatum. Nak baca sinopsisnya sila la ke ni.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates