Ads 468x60px

Labels

Saturday, August 29, 2009

- Cerita Balik Kampung

Sepanjang 3 malam di kampung boleh dikatakan hujan sepanjang hari.. bukan hujan renyai renyai tapi hujan yg agak lebat. Sampai banjir belakang rumah mak sebab air tak boleh mengalir ke sungai belakang rumah disebab tebing dari projek mendalamkan sungai dah tinggi.

First day kata kampung, Chik Na ajak En Zaidi p shopping kain baju raya kat Alamoda Sungai Petani. Kata adik adik Chik Na di KB, tahun ni tema raya warna pink. Walaupun baju yg plan nak pakai raya dah siap, and colornya oren maka Chik Na terpaksa la beli lain yg ikut tema pulak. Cari punya cari beli sepasang Italian Silk bertanahkan warna kelabu tapi bunga bunga warna pink. Jalan jalan di deretan kedai di Bandar Baru Sg Petani, En Zaidi beli baju ala ala baju melayu utk dipakai di Damascus masa raya nanti. Lepas tu singgah di Ariani Sg. Petani beli tudung yg sepadan ngan baju raya :). Tak lupa 2,3 helai kain batik buat mak and adik ipar. Disebabkan di Alamoda tak de Chinesse Silk, singgah di Nagoya Sg. Petani beli Chinnesse Silk utk baju raya Sufia...warna pink jugak.


Malamnya berpuka puasa ramai ramai, kebetulan abang En. Zaidi dan anak pun berada di kampung sempena cuti sekolah. Walaupun lauknya simple je tapi seronok. Kueh lak mak masak cucur udang dan goreng cempedak yg dibeli En. Zaidi di pekan Tikam Batu semasa otw balik dari Sg. Petani. Dlm keseronokan berbuka puasa tiba tiba elektrik terpadam. Nasib baik budak budak dah abis makan, kalu tak mesti kelam kabut. Memandangkan tiada elektrik malam tu kami tidur awal.


2nd day, kami ke rumah kakak ipar yg tinggal berdekatan. Rumahnya pun dimasuki hujan bahagian dapur disebabkan hujan yg tak henti henti. Ari ni Chik Na belajar ngan Mak macam mana nak buat kueh lompang or kasuwi. Senang rupanya buat kueh ni. Terkenang masa di ITM dulu, makcik jual kueh kasuwi and nasi lemak. Biasa bila dgr suara makcik ni, automatic bgn dari tido sbb nak kejar nasi lemak/karipap/nasik lemak.... "Nasi lemak, karipap, kasuwi .....". Lauk utama berbuka ikan keli bakar air asam, kerabu taugeh, ikan goreng dll.

Haa semasa di kampung En. Zaidi, Chik Na diperkenalkan dengan sejenis buah buahan yg seumur hidup Chik Na tak pernah tengok dan makan buah tu. Namanya buah "jentik". Korang pernah rasa tak buah ni??? Ni la rupa buah jentik...



Maybe dipanggil buak "jentik" sebab bila nak makan isi buah ni kita kena jentik dulu kulitnya, baru dapat isinya. Buahnya macam rupa buah rambai tapi kecik kecik je dalam 1 - 1.5 cm je diameternya. Isi kat dalam macam buah rambai tapi warna merah. Rasanya masam masam manis.




3rd day kami bertolak dari kampung dalam kul 2 ptg. Memandangkan anak anak nak makan sandwich tuna lagi kami singgah di R&R Simpang Pulai. Sampai rumah dah kul 9 mlm.

Wednesday, August 26, 2009

- Balik Kampung Kedah

Sempena bulan Ramadhan yg kebetulan cuti sekolah, dan kebetulan lagi suami tersayang ader di Malaysia kami mengambil kesempatan balik kampung En. Zaidi di Kota Kuala Muda. Ikut agenda nak bertolak dlm kul 2pm tapi semalam En. Zaidi ter'discover' aircond kete tak berapa sejuk so terpaksa bawa kete pergi service sekali lagi kat tempat biasa,"Global Amity". Sebenarnya semalam En Zaidi dah hantar service kete tu kat Global Amity tapi Chik Na lupa nak bagitau pasal aircond tak sejuk. En.Zaidi kata kena gak hantar service aircond tu, takut hujan kat jalan.. kalu aircond tak ok nanti berkuap plak kete. So pagi pagi En. Zaidi dah hantar kete then dia balik naik teksi sebab kata supervisor kat Global Amity tu, tghari baru siap. Tunggu punya tunggu.. supervisor tu pun call kata nak kena tukar sparepart la plak...so maybe kul 4 baru boleh siap.. Dalam pukul 3 lebih, supervisor tu call kata kete dah siap. Kami call teksi then bawa terus beg beg utk balik kampung ke Global Amity, nanti kalu nak patah balik rumah, buang masa lak sbb dah agak lewat. Mengeluh En. Zaidi kena dalam RM 700, masa service smlm dah kena dalam RM 300. Sehari sebelum tu plak, En. Zaidi tukar tayar depan, 2 biji..kena dalam RM 500++. Macam air duit kuar... Last last dekat kul 5pm baru kami menuju kampung halaman. Singgah Tapah jap utk berbuka puasa dalam kete. Sebelum tu kami dah singgah R&R tapau tuna sandwich & donut kat Dunkin Donut. After Tapah, boleh dikata hujan sepanjang jalan ke kampung so kena la kami berhati hati di jalan raya. Cam biasa singgah R&R Bukit Gantang beli buah buah sket bawa balik kampung. Dalam kul 11 pm baru kami selamat sampai di Kampung Sg. Deraka.

Sunday, August 23, 2009

- Ramadhan menjelma kembali

Ramadhan menjelma kembali ...
Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1430 berjaya disempurnakan. Yg paling mengembirakan, suami tercinta berada di tanahair walaupun mungkin dalam 2 minggu sahaja. Anakanda Sufia yg berusia 5 tahun pula berjaya berpuasa penuh smlm walaupun di saat saat akhir a bit meragam sebab tak tahan haus katanya. Yg buat aku tersenyum sendirian ... sebelum berbuka macam macam Sufia nak makan .. tapi bila dah berbuka Sufia hanya makan nasi ayam yg kami masak sama - sama shj. Kuih seri muka yg dibuat bersama pun dia tak jamah. Nampaknya berjaya jugak misiku untuk melatih Sufia berpuasa tahun ni. Harapnya dia menyempurnakan puasanya sekurang kurang 15 hari .. Abangnya, Faiz semasa 5 tahun berjaya berpuasa penuh. Alhamdulillah sejak itu Faiz berjaya menghabiskan puasa 30 hari setiap tahun.
Semasa menunaikan sholat terawih pulak, after 4 rakaat sembahyang, Sufia yg berada dibarisan kanak kanak datang berbisik " Mama adik dah penat, nak susu and nak tido". Automatik otakku berputar mencari idea utk memujuknya ... sebab Sufia ni seorg yg "firm"..bila dia kata begitu ..begitulah kehendaknya .. Ku faham maybe dia agak kepenatan setelah pertama kali berpuasa seharian. Ku pujuk dia agar baring dia belakang sementara ku habiskan sholat terawih. Nasib baik dia dengar kata, habis sholat, balik rumah, buat susu ..rilex rilex jap terus Sufia ajak naik tido. Masuk je bilik tido, tak berapa minit kemudian Sufia terus terlelap. Kemudian Faiz pulak menyusul. Bila kembali ke bawah, ku lihat suamiku tgh mengemop/cuci ruang tamu .. bergetah katanya. Kesian suamiku, balik dr jauh dan ki kira masih penat, mengemop pulak. Al maklumlah 2,3 hari ni tak sempat nak mengetop lantai .. selalunya boleh dikatakan selang sehari tugasku mengemop lantai. Ku biar je hubby mengemop lantai sebab mood kemalasan yg menebal di dalam hati :). Sambil menunggu hubby mengemas,layan diri tgk cerekarama "Bukan Bidadari". Dah lama rasanya tak layan cerekarama ni ..sebab selalunya tido awal.

Saturday, August 22, 2009

-Tag from Lyn... Dah lama tertangguh since 12 Jul

After sebulan setengah baru perasan ader Tag fron Cik Mas. Sori yea cik Mas
  • starting time : 11.32 am
  • name : Arissaputri
  • shoe size : 4 or 5
  • height : 151 cm
  • where do you live : Lestari Perdana, Seri Kembangan
  • have you ever been on a plane : yes
  • swam in the ocean : nope sbb tak pandai berenang :)
  • fallen asleep @ school : pernah kut
  • broken someone's heart : yes
  • fell off your chair : tak pernah
  • sat by the phone all night waiting for someone to call : always
  • saved emails : yes
  • what is your room like : earth tone
  • what's right beside you : book, newspaper or magazine
  • what is the last thing you ate : laksa
  • ever had...chicken pox : seingat yg ingat tak pernah..tapi bonda pernah cakap masa baby dah kena
  • sore throat : last 2 month
  • stitches : ade..kat kepala, jatuh masa meniti batu yg disusun depan rumah masa banjir (sekolah rendah kut)
  • broken nose : tak pernah
  • do you believe in love at first sight : nope
  • like picnics : not really tapi terpaksa sebab anak anak suka
  • the last person you danced with : tak pernah menari
  • last made you smile : my daughter
  • you last yelled at : both son & daughter
  • today did you...talk to someone you like : not yet .. lagi 4 jam after my hubby landed kat KLIA
  • kissed anyone : yes
  • get sick : backache
  • talk to an ex : berkurun dulu
  • miss someone : BABA
  • who do you really hate : rasanya tak de
  • do you like your handwriting : bole la
  • are you toe nails painted : nope
  • whose bed other than yours would you rather sleep in : nope
  • what color shirt are you wearing now : light brown
  • are you a friendly person : not really
  • do you have any pets : nope
  • do you sleep with the tv on : sometimes
  • what are you doing right now : jawab tag ni laaa
  • can you handle the truth : insyallah
  • are you closer to your mother or father : father
  • do you eat healthy : rasanya lah
  • do you still have pictures of you & your ex : nope
  • if you're having a bad day, who are you most likely to go to : husband
  • are you loud or quiet most of the time : quiet .. sebab almost of my day dok rumah sorang sorang
  • are you confident : sometime
  • 5 of my bad habit : tak boleh dok diam selagi kerja tak habis, internet, tgk movie or TV, korek hidung & tido

Friday, August 21, 2009

- Laksa Kelantan

Dua tiga hari lepas, Faiz mintak nak makan laksa yg selalu mama tuk buat, tak mau makan laksam yg selalu dibeli. "Faiz nak laksa yg bulat bulat macam mee tu la .. bukan yg leper ni". Memang la boleh beli laksa segera tu & buat kuahnya tapi K.Mas tak suka laksa yg licin mcm plastik tu sebab dah terbiasa makan laksa "fresh". Kat KB laksa beras yg fresh ni boleh beli di pasar bulat Siti Khadijah tu.

Sebenarnya K.Mas pernah nampak bonda in law buat sendiri laksa ni ..macam senang je. So terlintas nak buat laksa sendiri memandangkan acuannya tu dah lama beli kat KB. So hari ni tepon mak and tanya can ne nak buat laksa tu. Alhamdulillah setelah dua kali tepon, jadi jugak laksa tu walaupun laksa tu putus putus. Mak cakap takpe for first timer putus putus tu ..asalkan dah tau can ne nak buat and nanti slowly dapat improve cara buatnya. bila selalu praktis. So happy sebab dah pandai buat laksa sendiri :). Faiz pun puji, laksa mama hari sedap sgt... Dia makan sampai 2 x tambah. Hmm puas hati rasanya dapat melayan kemahuan anak anak.


Ni la rupa laksa setelah masak :)




Ni plak acuan laksa yg dah dibeli lama dulu. Acuan ni boleh gak buat keotew, mee, muruku dll

Tuesday, August 18, 2009

- Chocolate Chip Cookies

Semalam try test recipe buat chocolate chip. Anak anak puji sedap biskut famous amos mama buat. Dapat la dlm 60 keping .. tapi semuanya habis ari ni. Faiz siap bawa bekal pergi sekolah..nak share ngan kawan kawan. Resipinya pun senang je.

Walaupun agak manis tapi sedap & crunchy.


Resipi Chocolate Chip (Resipi ihsan dari Myresipi.com)

Bahan-bahan ( 50 biji +- )
1 cwn tepung gandum
3/4 sk baking soda
1/4 sk garam
1/2 cawan butter/marjerin(dicairkan)
1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2)
1/3 cwn gula halus
1/2 sk esen vanila
1 cwn choc chip


Cara-cara

  1. Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
  2. Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana).
  3. Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
  4. Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.
  5. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
  6. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.


NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates