Ads 468x60px

Labels

Sunday, August 23, 2009

- Ramadhan menjelma kembali

Ramadhan menjelma kembali ...
Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1430 berjaya disempurnakan. Yg paling mengembirakan, suami tercinta berada di tanahair walaupun mungkin dalam 2 minggu sahaja. Anakanda Sufia yg berusia 5 tahun pula berjaya berpuasa penuh smlm walaupun di saat saat akhir a bit meragam sebab tak tahan haus katanya. Yg buat aku tersenyum sendirian ... sebelum berbuka macam macam Sufia nak makan .. tapi bila dah berbuka Sufia hanya makan nasi ayam yg kami masak sama - sama shj. Kuih seri muka yg dibuat bersama pun dia tak jamah. Nampaknya berjaya jugak misiku untuk melatih Sufia berpuasa tahun ni. Harapnya dia menyempurnakan puasanya sekurang kurang 15 hari .. Abangnya, Faiz semasa 5 tahun berjaya berpuasa penuh. Alhamdulillah sejak itu Faiz berjaya menghabiskan puasa 30 hari setiap tahun.
Semasa menunaikan sholat terawih pulak, after 4 rakaat sembahyang, Sufia yg berada dibarisan kanak kanak datang berbisik " Mama adik dah penat, nak susu and nak tido". Automatik otakku berputar mencari idea utk memujuknya ... sebab Sufia ni seorg yg "firm"..bila dia kata begitu ..begitulah kehendaknya .. Ku faham maybe dia agak kepenatan setelah pertama kali berpuasa seharian. Ku pujuk dia agar baring dia belakang sementara ku habiskan sholat terawih. Nasib baik dia dengar kata, habis sholat, balik rumah, buat susu ..rilex rilex jap terus Sufia ajak naik tido. Masuk je bilik tido, tak berapa minit kemudian Sufia terus terlelap. Kemudian Faiz pulak menyusul. Bila kembali ke bawah, ku lihat suamiku tgh mengemop/cuci ruang tamu .. bergetah katanya. Kesian suamiku, balik dr jauh dan ki kira masih penat, mengemop pulak. Al maklumlah 2,3 hari ni tak sempat nak mengetop lantai .. selalunya boleh dikatakan selang sehari tugasku mengemop lantai. Ku biar je hubby mengemop lantai sebab mood kemalasan yg menebal di dalam hati :). Sambil menunggu hubby mengemas,layan diri tgk cerekarama "Bukan Bidadari". Dah lama rasanya tak layan cerekarama ni ..sebab selalunya tido awal.

2 comments:

cik mas said...

abg zaidi tak raya kat sini la ye kak ina..?

Arissa Beading Glory said...

tu yang sedihnya..after 9 year narried, ni la 1st time tak raya puasa sama sama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates