Ads 468x60px

Labels

Wednesday, April 13, 2011

- A Doctor in The House

Suka sangat gambar cover buku A Doctor In The House ni :D
Dah lama simpan hasrat nak beli buku by negarawan kebanggaan Chik Na ni, Tun Dr. Mahathir Mohamad tapi disebabkan lately jarang merewang kat shopping mall maka hasrat nak membelinya tak tercapai. Masa 1st week keluar tu ada gak tanya kat "Kedai Buku Popular" kat JJ near our house tapi masa tu takde stok.

Semalam, after having lunch with a fren kat Saba Cyberjaya, Chik Na singgah MPH Alamanda semata-mata nak beli buku ni tapi punyalah frust sebab kat MPH pun tak ada stok juga, padahal buku ni diterbitkan oleh MPH Publishing... staff MPH kata buku ni macam goreng pisang panas. Memang patut pun laris, buku pasal Perdana Menteri kebanggaan rakyat Malaysia. Disebabkan Chik Na nak jugak beli buku by Dr. M ni, on the way balik rumah singgah pula Kedai Buku Popular, kat JJ. Haa..ha ha..ada pun buku " A Doctor In The House". Yang bestnya as a member to Popular Book Store ni, Chik Na dapat discount 20%... jimatlah RM 20... banyak tuh boleh belanja anak-anak makan :D. Harga asal buku ni RM 100

Tak sabar nak baca buku setebal 809 mukasurat ni... he he he bukan main semangat lagi bunyi nak baca buku ni tapi dari ptg smlm beli hingga ke saat ni, Chik Na masih belum start baca pun lagi... semangat je yang lebih... hik hik hik .

ps: Alahai streamyx Chik Na down lagi pagi ni, nasib baik ada broadband tapi signalnya tak berapa ok jugak..tapi boleh lah.

Monday, April 11, 2011

- Sizzling Yee Mee

Dah seminggu Chik Na tak berblog....bukannya tak mau tapi connection internet kat rumah ni kejap ada kejap tak ada. Bila buat report elok kejap, pastu jadi lagi. Dah la lately banyak urusan rumah yang perlu disettle, bila time lapang dan nak berblog, internet plak buat hal. Hangin satu badan dibuatnya. Broadband plak slow tak boleh nak cakap.... buat putus angin mood berblog je. Nak apply Unifi, area Chik Na ni baru sampai LP 5, belum sampai LP 8 lagi.

Dah tak tahu citer mana satu nak update...Oklah citer pasal dinner jap tadi. Malam ni Chik Na masak sempoi je... Sizzling Mee. Ni 1st time Chik Na masak mee kegemaran anak-anak bila makan kat food court shopping mall. Faiz n Sufia suka sangat..begitu jugak dengan abahnya :D. Cuma Sufia komplen sebab Chik Na tak hidangkan dalam hot plate macam kat food court tu. En. Zaidi pula siap minta Chik Na ajarkan macamana nak buat sizzling mee sbb masa Chik Na sediakan soup mee ni En. Zaidi keluar ambil anak-anak balik dari sekolah.

Sizzling Yee Mee - Faiz kata Chik Na punya mee lagi sedap dr yang jual
kat food court :D...
BAHAN-BAHAN
  • 2-3 sanggul (gulung)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Source: http://resepi.iluvislam.com

Tak susah pun buat Sizzling Yee Mee ni... sesapa yang teringin nak makan Sizzling Yee Mee ni bolehlah mencubanya.

Sunday, April 3, 2011

- Muffin Oreo

Dah banyak hari Chik Na plan nak buat muffin tapi mood tak datang-datang. Tadi bila tengok status blogger Sister's Little Diary kat FB pasal dia nak buat muffin, terus mood nak buat muffin datang. Di sokong plak oleh adinda tersayang yang kononnya nak tolong sama-sama buat muffin...(lastly langsung dia tak tolong pun, tolong makan ada la :D

Thanks to Periuk Belanga Zarin sebab sharekan recipe mufin yang lazat ni... Dan yang paling Chik Na suka, resipinya amat mudah sekali... bak kata org main campak-campak je.  Bila dah masak, cepat je muffin ni dihilangkan oleh ahli rumah :D. Bukan setakat putera n puteri je yang suka, mama, abah, n uncle-uncle pun suka.

Oreo muffin yang pasti digemari kanak-kanak :D

Resipinya:

Bahan-bahannya:
250gm butter
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri - shift
1 tsp baking powder - shift
4 biji telur
1 tsp esen vanila
8 - 10 keping biskut oreo - hancurkan bersama krimnya

Caranya: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo di dlm mangkuk adunan, pukul selama 2 minit.. jangan over beat
  2. Masukkan oreo yg telah dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sekejap
  3. Pipekan adunan dalam papercup muffin
  4. Bakar dalam ketukar yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 10-15 min

Chik Na dapat dlm 30 biji cupcakes saiz sederhana

Friday, April 1, 2011

- Apam Snow White

Semalam 1st time Chik Na try buat "Apam Snow White" atau dikenali juga apam nasi. Masa baca kat blog Cik La last week, terus simpan angan-angan nak buat apam ni. Anak-anak Chik Na memang suka apam ni dan everytime p pasar malam mesti dorang minta belikan. Rupanya cara nak buat apam ni amat senang. Kalau la dari dulu Chik Na tau buat apam ni, tak payah la Chik Na beli kat pasar malam :D

Memandang tak ada acuan kueh lompang, Chik Na guna acuan cis tart

Sedap dan sangat gebu... Faiz suka makan tanpa kelapa
Yang ni pula guna acuan muffin... Sufia pula suka makan dengan kelapa

Resepinya :

3 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir (Chik Na guna 1 1/2 cawan je)
1 paket mauripan
2 cwn nasi
3 cwn air
1/2 bj kelapa parut putih + gaul ngan sdkt garam

Cara:
- masukkan semua bhn di atas kecuali nasi dan air ke dlm bekas, gaul rata dan ketepikan sebentar. Kelapa tu utk tabur atas yer pada yg berminat. Anak2 chik la tak suka kelapa so chik la tak sediakan kelapa itu.
- kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur
- masukkan campuran kisaran nasi dan air ke dlm bekas tepung tadi, sebatikan
- perap adunan selama minuman 1/2 jam , chik la perap dekat 2 jam
- tutup bekas adunan dengan kain bersih.
- panaskan periuk kukus.  Sapukan sdkt minyak pada acuan lompang 
- kukus acuan ini dahulu utk 3-5min, supaya acuan jadi panas betul dan mudah utk keluarkan kuih nanti.
- masukkan bancuhan separas acuan.
- pada yg nak warna warni boleh la bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg nak buat.
- kukus 10-15 min, api sederhana.

Bila ditanya Faiz, sedap ke tidak apam Chik Na buat dia cakap " Mama buat lagi sedap dari kat pasar malam " :D. Anak-anak Chik ni memang suka puji Chik Na kalu Chik Na masak sesuatu yang baru..hik hik hik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates