Ads 468x60px

Labels

Monday, April 11, 2011

- Sizzling Yee Mee

Dah seminggu Chik Na tak berblog....bukannya tak mau tapi connection internet kat rumah ni kejap ada kejap tak ada. Bila buat report elok kejap, pastu jadi lagi. Dah la lately banyak urusan rumah yang perlu disettle, bila time lapang dan nak berblog, internet plak buat hal. Hangin satu badan dibuatnya. Broadband plak slow tak boleh nak cakap.... buat putus angin mood berblog je. Nak apply Unifi, area Chik Na ni baru sampai LP 5, belum sampai LP 8 lagi.

Dah tak tahu citer mana satu nak update...Oklah citer pasal dinner jap tadi. Malam ni Chik Na masak sempoi je... Sizzling Mee. Ni 1st time Chik Na masak mee kegemaran anak-anak bila makan kat food court shopping mall. Faiz n Sufia suka sangat..begitu jugak dengan abahnya :D. Cuma Sufia komplen sebab Chik Na tak hidangkan dalam hot plate macam kat food court tu. En. Zaidi pula siap minta Chik Na ajarkan macamana nak buat sizzling mee sbb masa Chik Na sediakan soup mee ni En. Zaidi keluar ambil anak-anak balik dari sekolah.

Sizzling Yee Mee - Faiz kata Chik Na punya mee lagi sedap dr yang jual
kat food court :D...
BAHAN-BAHAN
  • 2-3 sanggul (gulung)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Source: http://resepi.iluvislam.com

Tak susah pun buat Sizzling Yee Mee ni... sesapa yang teringin nak makan Sizzling Yee Mee ni bolehlah mencubanya.

4 comments:

kasihredha said...

bestnya...
nanti nak cuba buat :)

kakcik said...

Lapolah pulak tetengah malam ni bila tengok mee Chik Na. :)

Bionic women said...

terliur saya tengok..huhu

Chik Na said...

kasihredha: try la :D

kakcik: he he :D

Bionic Women: kalau terliur try la buat..senang bangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates