Ads 468x60px

Labels

Thursday, November 5, 2009

- Bahan bacaan bulan ini

Tengahari tadi lepas ambik Sufia dari tadika terus pergi Alamanda untuk membeli barang keperluan dapur di pasaraya Carrefour. Chik Na memang selalunya membeli keperluan dapur di Carrefour tapi kadang kalau malas pergi Putrajaya, beli jugak di Jusco berdekatan rumah. Banyak hinggit jugak Chik Na habiskan untuk barang dapur hari ni.. padahal tgk barang cam tak penuh pun satu troli..Yea lah ..susu anak-anak, 5 kotak pun dah RM 100++, belum campur susu mamanya lagi :)

Sebelum p carrefour, Chik Na and Sufia singgah MPH dulu. MPH ni memang tempat yg wajib disinggah bila pergi Alamanda...tambah tambah awal awal bulan cam ni. Bukannya ape, cari bahan bacaan untuk Chik Na dan anak-anak. RM 100++ jugaklah berbelanja kat MPH ari ni.

Untuk santapan rohani Chik Na beli majalah Solusi dan Anis. Majalah solusi ni Chik Na jatuh cinta masa pertama kali baca kat Tabung Haji Putrajaya dua tiga bulan lalu. Majalah ni bagi Chik Na lengkap untuk orang islam, ade rencana motivasi, ade fardhu ain, ada pasal kewangan dan macam macam lagi berkaitan kehidupan yg berlandaskan agama islam. Kolumnisnya pun orang yg hebat hebat antaranya Ustaz Hj Zahazan, Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah, Ustaz Zaharuddin, Dato' Siti Nor Bahyah, Dr Irfan Khairi dan lain-lain lagi.

Anis lak..bukan selalu Chik Na beli, kalau topic menarik hati baru la beli. Isu bln ni byk pasal mengerjakan Haji .. saje je nak baca tambahkan ilmu di dada. Insyaallah kalau ikut turn Tabung Haji, tahun 2015 nanti Chik Na boleh la mengerjakan haji..harapnya sblm tu dapat mengerjakan umrah dulu.

Majalah ID ni pulak antara feberet Chik Na untuk hiasan dalaman rumah selain drpd majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Laman dll. Majalah hiasan dalaman ni pun Chik Na beli based on topic gak..bukan nya tiap tiap bulan. Saje je nak cari idea sebab plan nak pindah rumah lagi satu.... bukannya rumah baru tapi rumah yg dah beberapakali disewakan. Ingat nak tukar angin lak..lagi pun tenant dah pindah hujung Oct hari tu.


Smart Investor & Personal Money pulak untuk meluaskan pengetahuan dlm bidang pelaburan dan kewangan.


Buku dari Hajah Rohani ni plak Chik Na beli sebab topic topic yang diutarakan banyak mengajar pasal tips nak berjimat cermat, merancang kewangan keluarga dan pelaburan dengan lebih islamik. Bila Chik Na dah baca, nanti Chik Na share isi kandungan dengan kawan-kawan blogger.


Yang ni pulak komik berbahasa english feberet Faiz. Dah banyak kali dia pesan suruh Chik Na belikan komik nih.

Bawah ni plak Sufia punya. Walaupun nampak banyak belikan buku tuk Sufia, tapi reganya lagi murah dari 2 buah komik Faiz tu . Semasa Chik Na tgh menaip N3 ni, Sufia dah tgh sibuk membuat latihan kat salah satu buku kat bawah ni :)

6 comments:

mamamin said...

salam Mas,

Mas ni selalu mengingat kan mama pada diri sendiri.. Ma mmg suka ke kedai buku juga.. my favret place ialah MPH midvalley megamall.. akan duduk di situ sambil minum kopi [ahli MPH] dari kol 2 petang hingga tutup kol 9 malam, stop solat sambung lagi selalunya.. duit habis beli buku jerk Mas, dah hobi nak wt cemane kan..

Kalau anak anak ikut, mesti dorang dah bising kalau pilih buku lebih dari 5 buah.. eehehhhee !! duit beli buku boleh bayar ansuran kelisa sebulan..

Chik Na said...

Mamamin: Dulu mas kerja TM kat Bangsar selalu gak p MPH Mid Valley, now ni dah tak sanggup nak harungi jalan jem p sana, so MPH Alamanda & Sunway je la yg selalu Mas singgah.

he he he anak anak kalu ikut mama memang la boring, kadang kat situ je dah berejam jam, pastu mas lak boring tunggu depa pilih buku depa :-)

eynda said...

Rajin Chik Na baca majalah2 berilmiah....eynda baca yg isu ringan2 je hihi...

Chik Na said...

Eynda: yang ringan ringan pun baca gak tapi tengok isu lah ..kalu menarik Chik Na beli.. cam wanita, perempuan, rapi, shape, women weekly ..

Mrs. Simplicity said...

banyak nye kmas shopping buku. :)

Chik Na said...

Alya: baca masa nak tido malam .. nak bagi cepat ngantuk ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates