Ads 468x60px

Labels

Sunday, November 15, 2009

- Sudahkah anda mendaftar untuk mengerjakan haji???

Pagi tadi semasa Chik Na melayari Facebook Chik Na ade sesuatu yg membuat Chik Na agak terkejut. Kawan kepada kawan Cik Na menulis comment dia pasal dia mendaftar Haji di Tabung Haji. Yang buat Chik Na terkejut, dia punya turn untuk buat Haji ialah pada tahun 2027 , itupun dia mendaftar 3 bulan lalu.. Dalam hati Chik Na berkata kata ..wow lamanya lagi , about 17 years nak kena tunggu. Kalau sekarang umur 35 tahun, maknanya ketika berumur 52 tahun baru dia berpeluang mengerjakan haji...so kepada rakan rakan blogger yang belum menunaikan haji dan berazam untuk mengerjakan haji, Chik Na sarankan baik daftar sekarang kerana kemungkinan your turn will be next 17 or 18 years akan datang. Kalau yg belum bersedia sekarang pun, insyaallah next 17 years anda telah bersedia. Itulah yg Chik Na bagitau kepada adik adik Chik Na yang dah lebih umur 30 tahun supaya cepat cepat mendaftar haji

Alhamdulillah Chik Na dan suami dah mendaftar untuk mengerjakan haji .. kalau tak silap, kami mendaftar awal tahun 2007 dan insyaallah turn kami suami isteri nanti tahun 2015. Masa kami daftar tu pun kami rasa masa menunggu yg lebih kurang 8 tahun tu dah begitu lama inikan pulak 17 tahun lagi. So.. daftarlah sekarang dan mula menabung didalam akaun Tabung Haji kerana mungkin anda terpaksa menunggu lebih 20 tahun kalau anda tangguhkan pendaftaran haji pada tahun depan.

5 comments:

Ibuhani said...

ha...a..betul tu sbb skrg ni org yg mendaftar dah ramai. Tp k.ani bercdg nak gi sekurg2nya lepas anak sulung habis bljr....sekurg2nya nanti kakaknya dpt tgkkn adik2nya bila ke sana nanti. Smoga hajat kita dimakbulkn Allah SWT

cik mas said...

tak daftar lagi.. dari hari ke hari nak daftar asik lupa jer.. huhuhu..

Chik Na said...

Ibu Hani : Insyaallah, Allah swt akan makbulkan hajat kita semua.

Cik Mas: Haa... bila cik abang tersayang balik cuti ni cepat cepat pergi daftar yea..

alyyani said...

mak alya banyak kali dah pesan soh daftar dari sekarang, alya nak tunggu akak kawen sebab nak daftar sekali & pergi sekali. insyaAllah next yr alya register. :)

Anonymous said...

Saya rasa baik cik puan pegi lebih awal., Takut-takut 2012 jadi betul.. Dah tengok wayang 2012 kat panggung?

Tapi kalau ada 2 billion euro cik puan tentu selamat..hehe.

Merry X'mas!

-mattehson-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates