Ads 468x60px

Labels

Thursday, November 5, 2009

- Mood rajin Sufia

Balik sekolah tengahari semalam Sufia terus nak buat homework. Katanya homework dia banyak sebab hari Selasa tu Sufia Cik Na pontengkan sekolah sebab nak hantar mamatok pagi pagi lagi. Tanpa tukar baju sekolah dia terus ambik beg sekolah buat homeworknya. Bila Chik Na check memang banyak kerja sekolah dia.


Sufia ni memang suka buat homework sambil meniarap... tak suka buat homework kat meja. Dia ni kalau ade kerja sekolah selalunya dari dalam kereta on the way balik rumah dia dah bagitau siap siap dia ada homework. Tak macam abangnya, Faiz...tiap tiap hari nak kena tanya..kadang bila tanya pun Faiz akan cakap tak ingat ..so salah satu rutin Chik Na kena check buku sekolah Faiz dulu after lepas dinner.
Chik Na notice Sufia ni tak payah suruh suruh utk buat kerja sekolah. Kalau ade homework dia akan buat homework dulu sebelum tgk cartoon or main games. Orang kata anak pompuan ni rajin sikit compare to anak lelaki ..sebab anak lelaki asyik ingat nak tgk cartoon or main computer games or lain lain games like PSP or PS2. Selalunya bila 2 minggu sebelum exam, Chik Na dah siap siap simpan segala jenis games yg ada.


Haa.. bila dah penat meniarap, Sufia ambik meja kecik dia lak buat homework. Bila tanya pasal lunch, dia jawab "tak mau makan lagi la mama, homework adik ni banyak lagi"


Lepas lunch sambil Chik Na lipat kain, Sufia ambik buku buku kat rumah lak main.. Sufia ni memang suka bermain ngan buku buku dia.. kadang bukan dia baca pun.. dia ambik susun kat atas meja kecik dia or boh dlm paperbag. Kadang tu Chik Na notice dia suka cakap sorang sorang kononnya dia ajar kawan kawan dia buat exercise or ajar baca buku .. Bila kita pandang dia tersipu sipu malu. Kadang Chik Na risau gak, sebab Chik Na pernah baca budak budak ni memang dia ada teman imagination dia .. bukannya apa takut terbawa-bawa sampai besar.

Bila tanya pasal cita-cita dia..mesti dia jawab nak jadi Cikgu Doktor. Mulanya Chik Na pelik gak.. apa benda la cikgu doktor tu. Rupa-rupanya bila tanya lagi, dia explain cikgu doktor tu cikgu yg ajar orang jadi doktor la .... he he he .. nak jadi lecturer to bakal bakal doktor rupanya. Gitulah telatah anak anak kecik kitakan, setiap hari ade je yang menarik perhatian kita...


3 comments:

mamamin said...

salam mas,
tomel nyer sufia tuh.. biasalah mas, anak lelaki ngan gurl ni mmg berbeza.. hadapilah dengan kasih sayang yer.. :)

Ibuhani said...

yelah....comeii si sufia ni! budak2 cakap sendiri tu biasa....selalunya anak2 punya imaginasi yg tinggi yg selalu ckp sorg2. Anak saya yg no. 2 (Fara) dr kecik suka ckp sorg2 n berangan mengajar org.....skrg ni tgh training jd cikgu :)

Chik Na said...

mamamin: Insyaallah mas akan didik dua-duanya dengan penuh kasih sayang

ibuhani: senang sket hati Chik Na dengar penjelasan ibuhani tu ... harapnya sufia pun macam Fara jugak la :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates