Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 4, 2009

- Perihal Pensel Khat

Hari ni pagi pagi lagi Faiz buat Chik Na mengamuk. Dah lama Chik na tak mengamuk ngan anak-anak ni. Ari ni Faiz ade exam subject jawi kat sekolah KAFA. Rupanya exam jawi kali ni salah satu soklannya kena tulis , tulisan Khat. So nak tulis tulisan khat tu kena ader pensil khas untuk tulis Khat tu. Pensil tu bukannya Faiz takde tapi dah hilang..tak tau letak mana. Yang buat Chik Na geram tu sebab baru pagi ni Faiz bagitau pensil khat dia tu hilang.. maunya Chik Na tak mengamuk, nak cari mana pensil tu pagi pagi buta, semua kedai tutup lagi. Bila tanya kenapa tak bagitau semalam, dia cakap dia lupa. :(

Nasib la tak de rotan kat rumah ni..kalau tak memang dah kena la Faiz pagi ni. Tu la salah satu sebab Chik Na tak simpan rotan kat rumah, takut out off control, nanti tak pasal pasal anak anak kena rotan...silap silap Chik Na lak yang kena masuk lokap :-)

Lepas marahkan Faiz pagi tadi, Chik Na terus naik bilik, mandi dan nangis kat dalam bilik air. Nyesal marahkan Faiz pagi pagi, dah la nak exam pagi ni. Keluar bilik air istighfar panjang-panjang... bila hati dah sejuk, baru dapat akal nak selesaikan masalah tu. Chik Na rasa boleh beli kat kedai cina stationary kat rumah Chik Na tu atau kat kedai buku mamak kat Equine Park tu. Selalunya kedai kedai tu buka awal pagi. Memandangkan jam dah dekat 7.30 am, macam tak sempat nak pergi beli sebelum van sekolah kafa datang ambik Faiz. So Chik Na bagi Faiz RM 10, kut kut kat sekolah KAFA ade jual pensel tu.. Lagipun exam start pukul 9.30am, so masih sempat la nak hantar kat Faiz nanti. Dalam hati dah niat sebelum hantar Sufia ke tadika nak singgah kedai cari pensel dan hantar kat Faiz .

Cepat cepat Chik Na kejutkan Sufia dan siapkan dia untuk ke sekolah. Nasib baik dia tak buat perangai, kalau tak, ade lagi sekali mamanya mengamuk. Lepas siapkan Sufia, cepat cepat pergi kedai stationary, tapi masih tutup lagi..awal sgt kut sbb masa tu baru kul 8 am. Dlm hati berharap kedai mamak kat Equine tu dah buka. Alhamdulillah, kedai mamak tu dah buka..so dapat la pensil khat tu. Chik Na siap beli 2 batang sekali ..bukannya ape, satu simpan untuk spare...kalau kalau hilang lagi. Betul la kata mama Chik Na.. "seorang ibu tu akan melakukan ape saje demi kebaikan anak-anaknya..."

Masa Chik Na singgah hantar pensel khat kat Faiz, Faiz salam Chik Na dan mintak maaf. Masa tu sungguh terharu, dalam hati berkata "tau lak mintak maaf". Mesti sebelum tu Faiz susah hati sebab Chik Na marahkan dia.. Alhamdulillah dapat hantar pensel tu. Harapnya dia dapat buat exam dengan baik.

Ni la rupanya pensil khat yang buat Chik Na pagi pagi dah mengamuk. Bentuk pensil mechanical biasa cuma pencil leadnya bersaiz 1.8 mm berbanding yg biasa o.5 mm or 0.7 mm


Bila pikir balik, tak berbaloi betul mengamuk ngan Faiz hanya kerana pensil yang berharga RM 2.90 per set.

8 comments:

eynda said...

Kekadang kita memang hilang sabar kan...tapi pas tu mesti nyesal....adam pun selalu tertinggal duit belanja...geram2 pun kena la gi hantar kat dia...sayu lak rasa dok teringat dia takleh nak makan apa masa rehat sebab tak bawak duit...

mamamin said...

hehehe..

sabar mas, sabar!!!
pensil khat tu boleh juga di buat dari pensil 2B biasa tapi kene asah bagi nipis dan rencong kan ujung nyer..

kesian Faiz, dah la nak preksa,umi dia lak mengamok..

Walau cemane pun, budak sekarang untung, pensil khat dah mmg siap ada dijual.

mugo faiz tidak terbawa-bawa kesedihan nya sampai dalam bilik preksa ye mas.

nanti mas kene cakp dengan faiz, ape sebab mas marah yer..

kekeke

Ibuhani said...

anak2...biasalah. kdg2 dia org tu nak perhatian lebih dr kita. anak2 juga adalah ujian jugak utk kita....

Chik Na said...

eynda: Tu la eynda.. hari ni kesabaran Chik Na tercalar . Nasib baik la kita ibu yang tak bekerja, kalu yang berkerja .. can ne la yek

Mamamin: Mas dah explain kat Faiz masa mas suapkan nasi sebelum Faiz p sekolah jap tadi. Nyesal tak sudah sudah

Ibuhani: Yea la kan... part of ujian Allah terhadap makhluk nya.. sejak Chik Na jadi surirumah ni, ternyata mengasuh anak anak ni memerlukan tahap kesabaran yg tinggi.

OneSimpleMother said...

cemanala rupanya kak ina mengamuk ye.. :) hmm.. cemalah rupanya pulak cik lin mengamuk dgn anak nanti..

Chik Na said...

Cik mas : ha ha ha .. tak cantik langsung kalau Cik Mas tgk

Azirahman said...

Biasa la tu budak2.....selalu dah jadi camtu kat anak2...depa selalu inform last minute, masa kita pun kalut2 nak pi kerja, nak memasak...bila dah marah2...mesti rasa sayu terutama masa tengok depa tidor....
Mas...ibu bekerja lagi hebat dugaan dia.....selalu mohon doa supaya boleh sabar dengan kerenah anak2....

Chik Na said...

Azi: Moga kita berjaya mengharungi kerenah anak anak. Ni still budak budak lagi, org kata bila dah teenager lagilah banyak cabarannya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates