Ads 468x60px

Labels

Monday, November 30, 2009

- Gulai Ikan Keli

Ari ini Chik Na sekeluarga berada di kampung En. Zaidi. Kami bertolak dari KL 11 pagi semalam dan selamat sampai dikampung En. Zaidi dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah Lebuhraya Utara Selatan  menghala ke utara tidak jammed cuma lebuhraya yang menghala ke selatan ade beberapa tempat yang jammed... orang ramai dah mula balik ke kota sebab ari ni mungkin dah ade yang mula bekerja hari ni.

Anak anak seronok sebab dapat balik kampung berjumpa dan bermain dengan cousin-cousin disini. Riuh rendah rumah Mak Bashah yang kebetulan abang ipar yang tinggal di Sri Serdang & keluarga juga berada di kampung. Masa dinner semalam kami makan nasi dengan asam pedas ikan puyu masak dengan buah lakom. First time Chik Na tengok buah lakom. Buah ni rupanya macam buah anggur tetapi kecik sedikit.
Mengikut kata Mak Bashah buah ni tak boleh makan mentah hanya di gunakan dalam masakan. Buahnya agak masam so sesuai digunakan sebagai pengganti asam keping or asam jawa.

Abang ipar Chik Na yang kat Serdang ni memang rajin pergi mengail or menjala tiap kali balik kampung. Ari ni pagi pagi lagi abang ipar dan isteri pergi memancing. Dalam pukul 11 pagi depa bawa balik hasil tangkapan depa ..... ikan keli yang sangat besar..juga Chik Na tak pernah tengok ikan keli sebesar tu..



Abang ipar & isteri bergambar dengan hasil tangkapan depa..


Ikan keli ni bila ditimbang seberat 1.8kg... besar kan!!!!...Apa lagi Mak Bashah pun suruh weall masak kari ikan keli le untuk lunch hari ni. Sedap sangat makan kari ikan keli yang fresh giler ni...isinya lembut macam ikan keli saiz biasa gak.. dan yang best tak bau macam ikan darat biasa...


2 kali Chik Na tambah makan nasi hari ni...syok makan lauk kampung dan ulam ulaman. Tiap kali balik kampung habis diet Chik Na.. lepas ni jenuh la nak diet balik ...hu hu hu hu ..


15 comments:

Ibuhani said...

kami org Pilah panggil tu buah cepu....rase dia mmg masam cam buah tomato. gulai lomak cili api dgn daging salai pun sodap tu :)

siti murni said...

sy pun 1st time tengok buah lakom tu kak.. mcm terung belanda jugak.

eynda said...

Eynda peminat ikan keli....masak style apa pun tetap terliur :-)

LiAnA said...

sedapnya ikan keli.. kalau kat umah mak biasa goreng sambal cili ijau.. mak aii bertambah2 nasi.. lupa diet kekeke

Nida said...

Ni kalau goreng garing2 pastu sira dengan lada..perghh... sedap hingga menjilat pinggan..hehe.

Saya makan keli goreng jer.. tapi isinya memang sedap.. lembut.

cik mas said...

iwak lele is my fevret..

iwak lele=ikan keli (bhs jawa) :)

alyyani said...

k.mas, buah lokam tu biasa mak dgn opah alya masak. sebab ade pokok sendiri. mmg pengganti asam jawa & keping.

k.mas, bape org bole makan ikan besar tuh? besar betul tuh!

rosma said...

buah lokam?sy pun xnah tgk..hu3..keli?sy xmkn ikan sungai..huhuhu..rosma mmg byk kerugian lau bab mkn nih..byk bende yg xmkn...poyoskan..he3

mamamin said...

salam mas,
rindu, rindu,
mama masih bercuti, tapi menyempatkan diri update blog dan jengah kawan2 tersayang..

Mas kat kedah eik, wah!! makan ikan sungai nih.. sedap! sedap!!

buah lokam tu orang utara jerk yang pandai guna.. kekek.. masaaammm

untuk Mas & Encik Zaidi:
selamat aidiladha, semoga bahagia selamanya.

untuk faiz dan sufia: salam sayang dari nanny..

p/s: nanti nanny balik dari holiday, kita jumpa lagi ok

Chik Na said...

ibuhani: sodapnya gulai lemak daging salai..Chik Na suka sangat..teringat kat mak angkat yg dok langat

siti murni: ha ah macam terung belanda tapi yang ni masam

Chik Na said...

eynda: Chik Na pun suka ikan keli tapi tak pernah masak kat rumah sendiri sebab geli nak siang ikan keli ... Selalunya beli yg dah siap masak :-)

Liana: Chik Na pun suka ikan keli goreng masak sambal

Chik Na said...

Nida : memang sedap ikan keli nih..

Cik Mas: iwak lele .. ni boleh masuk "new word" kat kamus chik na

Alya: makan sampai 3 family, 20 org pun tak habis sekali makan... malam tu leh makan untuk dinner lak :)

Chik Na said...

Rosma: Akak pun muda-muda tak makan gak ikan sungai/bendang ni tapi sejak tapi slowly belajar makan after tengok orang lain makan :)

mamamin:

mas kat KB lak... tak sempat lagi nak baca cerita katak mama..baru dapat turn guna pc..berebut ngan anakanda..kat kedah hari tu broadband slow sangat sampai nak komen blog kawan pun tak boleh..

ezan said...

sedap nya ikan keli.. tertelan air liur menengoknya...

PROJEK KELI KANVAS said...

Nak tahu info-info best dan menarik mengenai ikan Keli,jemputlah datang ke...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
Salam ukhwah dari Penang... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates