Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 25, 2012

- Balik kampung

Assalamualaikum...wth,

Chik Na bersiaran di Lenuhraya Utara Selatan arah Utara ... on the way balik kampung En. Zaidi untuk menyambut Hari Raya Idil Adha bersama Mak tersayang. Sekarang ni kami berada di persimpangan ke Berhampiran Bidor. Keadaan lebuhraya buat masa ni berjalan lancar walaupun kenderaan agak banyak.

Kami bertolak dari rumah kami di Seri Kembangan pada jam 11 pagi... almaklumlah semalam tido agak lambat ... bertungkus lumus menyediakan sate dan kuah kacang. Idea last minute petang semalam, tiba tiba terasa nak makan sate untuk juadah hidangan Aidil Adha. Walau bagaimana pun sate masih belum dicucuk, hanya sempat marinate dan terus disejukbekukan. Insyaallah sesi menyucuk sate akan dijalankan malam ini  :D. Kuah kacang sudah ditumis, kacang dah digoreng, santan sudah dmasak sehingga terbit minyak... cuma tinggal untuk diblend kacang dan dimasak kuahnya je.


Didoakan perjalanan lancar dan semoga kami sempat berbuka puasa dirumah.

Chik Na mengucapkan selamat menyambut aidil adha kepada rakan blogger yg singgah sini. Kepada yang memandu ke kampung halaman, harap memandu dengan berhati hati.

Tuesday, October 23, 2012

- Baked Cheese Cake

Assalamu3alaikum..wth,

Hari ni Chik Na nak share resipi Cheese Cake yang Chik Na buat pagi semalam. Tapi makannya hari ni sebab Chik Na suka makan cheese cake after dah 2 hari ke atas. Sebenarnya salah satu sebab buat cheese cake ni sebab nak habiskan cream cheese yang terlebih beli masa buat red velvet cupcake tempahan dari Puan Zabedah. Al-maklumlah cream cheese ni bukannya tahan lama sangat. Mulanya nak buat cheese tart tapi anak dara Chik Na request nak cheese cake :D

Resipi Chik Na ambil dari buku collection Chik Na, Sweet Old Fashioned Favourites by The Australian Women Weekly

250g plain sweet biscuits
125g butter, melted

Filling
3 x 250g packets cream cheese, softened
1/2 cup caster sugar
3 eggs
3 teaspoon grated lemon rind
1/4 cup lemon juice




  1. Grease 20cm springform tin, blend, process or crunch biscuits. Finel; stir in butter. Using a flat-bottomed glass, press crumb mixture evenly over base and side of prepared tin; refrigerate 30 minute or until firm.
  2. Place sprong form tin on oven tray, pour filling into tin. Bake in moderately slow oven (130-150'C) about 50 minute or until firm. Cool in oven with door ajar
  3. Covwe cheesecake; refrigerate several hours or overnight before serving. Serve with fresh fruit, if desired.
Filling

Beat cheese and sugar in medium bowl with electric mixer until smooth. Add eggs 1 at a time, beating well after additions. Add rind and juice, beat until mixture creamy.

Recipe can be made 3 days ahead.

Berbaloi buat sebab anak dara Chik Na memang suka cheesecake ni...  Balik sekolah petang tadi pun dia repeat makan lagi.

note* Chik Na ubah suai recipe atas tu sebab Chik Na cuma ada 500gm cream cheese :D

Monday, October 22, 2012

- 10 perkara yang dibazirkan

Assalamualaikum...wth,

Tertarik untuk kongsi apa yg Chik Na baca kat majalah Solusi edisi 48

10 perkara yang sering dibazirkan

ILMU - Dibazirkan dengan tidak diamalkan
AMALAN - Dibazirkan dengan tidak dilakikan dengan ikhlas
HATI - Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w
HARTA - Dibazirkan dengan tidak menbelanjakan ke jalan Allah
TUBUH BADAN - Dibazirkan dengan menggerakkan anggota bukan untuk ibadah
CINTA - Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah
MASA - Dibazirkan dengan aktiviti tidak berfaedah
ZIKIR - Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati
KEPINTARAN - Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya
KESIHATAN - Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit

Ya Allah ampunilah daku ..

Saturday, October 20, 2012

- Bekerja kembali???

Assalamu3alaikum...wth,

Sejak dua menjak ni Chik Na terpikir nak kembali bekerja.....he he he... tapi ada ke employer yang nak ambil pekerja yang dah dekat 6 tahun tak bekerja dan dah mula mencecah 4 series ni ... hu hu hu. Nape yea aku nak kembali bekerja?  Ntah la....tetiba terpikir nak kembali ber"career" lagipun En Zaidi dah mula nak menukar arah untuk kembali bekerja di Malaysia... sebabnya dia dah bosan bekerja dan duduk sorang-sorang kat luar negara. Terdengar-dengar kata-kata motivasi Dr. Tg. Asmadi semasa menghadiri sessi ibubapa kursus motivasi yg Faiz sertai di awal tahun baru-baru ni yang mahukan orang Melayu berjaya dan belajar hingga ke peringkat yang tertinggi

Dulu, Chik Na  mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak yang masih kecil. Kesibukkan kerja sebagai pengurus yang berlanjutan sehingga lepas "office hour" pada masa tu menyebabkan Chik Na sukar untuk memberi perhatian kepada anak-anak, ditambah pula terpaksa menguruskan anak tanpa bantuan En Zaidi yang bekerja diluar negara. Walaupun dibantu oleh pembantu rumah, Chik Na tak terdaya menguruskan anak-anak dengan sempurna... Asyik nak naik angin aje bila dah kepenatan bekerja seharian. Kesian juga anak-anak yang banyak menghabiskan masa dengan 'kakak/bibik' dirumah. Routine kerja masa tu., keluar rumah by 7 am dan sampai rumah pula around 9 mlm. Kadang bila dirumah pun terpaksa bekerja disebabkan Chik Na bertugas dibahagian international,  almaklumlah partners around the globe, walaupun kita dah malam tapi ada partner yang baru pagi.... Itu belum termasuk terpaksa tinggalkan anak-anak bila kena pergi meeting ke luar negara ... bayangkan Chik Na pernah terpaksa ke UK selama seminggu sebaik habis cuti berpantang melahirkan   Sufia. Pernah ada kawan yang buat joke.." Kau laki bini dua-dua international, anak-anak domestic je". Another problem pulak bila bibik buat hal, ada yang mencuri, ada yg nampak baik tapi tak .... semuanya buat Chik Na stress...

Sebenarnya masa Chik Na ambil keputusan untuk berhenti kerja dulu Chik Na memang ada pasang niat untuk kembali bekerja setelah anak-anak dah agak boleh berdikari. Chik Na rasa sekarang mungkin sudah sesuai untuk kembali bekerja. Dulu Chik Na plan sebelum mula bekerja kembali, Chik Na nak tambah ilmu .... tapi sepanjang bercuti lama tu Chik Na masih belum bekesempatan untuk menyambung pelajaran Chik Na. 

Now ni berada dlm DILEMMA.... nak buat master dulu ke nak mula cari kerja.....????

Ya Allah Ya Rabbi... tunjukkan aku jalan yang engkau redhai

Friday, October 19, 2012

- Cinnamon Roll

Assalamu3alaikum..wth,

Petang ni Chik Na merajinkan diri untuk membuat cinnamon roll feberet family Chik Na. Kebetulan pula ada pastry readymade "Kawanku" yang dah berkurun kat petisejuk... (Chik Na tengah meng"clear"kan petisejuk sebab minggu depan nak balik beraya :D). Mula jatuh cinta dengan cinnamon roll semasa menetap di Dubai pada tahun 2006. Setiap kali ke supermarket Spinneys tak kiralah cawangan mana, pasti beli cinamon roll nih.


 Rupa cinnamon roll yang dijual di Spinneys Dubai... gambar ni Chik Na capture masa singgah stopover di Dubai pada akhir tahun 2010 ... beli kat Spinney berdekatan pejabat MAS di Dubai



Yang ini pula yang Chik Na buat petang tadi..tak sama langsung kan?? tapi tetap menjadi rebutan anak-anak Chik Na petang tadi :D


Senang je caranya tapi Chik Na lupa la nak capture gambar step by step cara buat cinnamon roll nih tapi Chik Na akan try taip caranya bagi u all paham


Bahan-bahannya:-

1 paket readymade pastry " Kawanku" - (room temperature)
1/2 cawan gula merah (brown sugar)
1 tsp serbuk kayumanis
sedikit butter
Caranya:

Caranya:-

- Panaskan oven pada suhu 180'C
- Gaul gula merah dan serbuk kayu manis dengan sebati
- Ambil sekeping pastry kemudian di potong 3 secara memanjang
- Sambung 3 bahagian pastry tersebut dgn menekan dgn jari di tempat sambungan supaya menjadi panjang
- Sapu sedikit butter kemudian tabur campuran serbuk kayu manis dan gula disepanjang pastry tersebut


- Gulung pastry tersebut dan susun di dalam baking tray dan dibakar selama lebih kurang 40 minit

Thursday, October 18, 2012

- Masjid Umayyad, Aleppo, Syria

Assalamu3alaikum...wth,

Sekejap tadi Chik Na rasa sungguh terkilan apabila membaca newspaper semalam (chik na ni mmg selalu baca paper lewat 1 hari sebabnya adinda Arri bawa balik after balik kerja setiap hari, so masa yg agak lapang utk baca paper after anak-anak p sekolah keesokkan harinya atau pada sebelah malam sblm tido...he he he) pasal Masjid Umayyad di Aleppo hangus terbakar. Rasa sedih dan terharu bila terkenangkan bangunan masjid yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO musnah dijilat api....tambahan pula kami sekeluarga pernah singgah untuk bersolat di Masjid Agung Umayyad semasa percutian kami ke Syria pada cuti akhir tahun sekolah 2010.

hancur luluh melihat bangunan sejarah islam musnah dijilat api - source from reuter

sayang... masjid yg musnah akibat pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang

Gambar dibawah, adalah gambar yang kami capture semasa melawat Aleppo pada 11 Dec 2010.

 Masjid Agung Umayyad, Aleppo

Masjid Umayyad di Aleppo terletak berhampiran dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Souk Al-Madina.  Dibina pada kurun ke 8 oleh kerajaan Umayyah iaitu semasa pemerintahan Khalifah Al-Walid. Walau bagaimanapun masjid yg ada sekarang ini adalah yang dibina kembali pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pada kurun ke-13.  Hanya menaranya sahaja yang kekal dari tahun 1090.


 Suka rekabentuk lampunya

 tempat mengambil wuduk untuk kaum muslimah

 Menara Masjid Umayyad








 lampu chandelier yang cantik


Terdapat makam Nabi Zakaria a.s di dlm bangunan Masjid Umayyad di Aleppo

 para pengunjung memberi salam ke atas Nabi Zakaria a.s sambil berdoa


ha ha ha... ari ni jadi terlebih rajin plak..sampai 2 entry Chik Na publish..

- Nigella's Chocolate Chip Muffin

Assalamu3alaikum..wth

Wah!!!! lama betul yea Chik Na tak update blog ni, dah 3 bulan lebih... sebenarnya teramat rindu nak berblog tapi masa banyak dihabiskan untuk mengurus hal rumahtangga dan anak-anak...

Hari ni Chik Na nak share resipi Muffin Chocolate Chip yang sedap ni... sebenarnya nak simpan buat collection diri sendiri.. he he he...and mungkin juga untuk rujukan anak cucu cicit piuk nanti ..(lepas piuk apa pula yea???)

Chik Na terjumpa resipi ni semasa browsing kat internet untuk buat tempahan cupcake anak classmate Chik Na. Bila Kak Nor, Secubit Garam tulis muffin ni sedap dan boleh dibuat berulang kali, terus je Chik Na p dapur and buat muffin ni. Menurut Kak Nor, resipi asal dari Nigella yang cantik molek tuh...



Chik Na dan suami sangat suka muffin ni... especially bila dimakan panas-panas sebab chocolate chip kat dalam tu jadi melt.. sungguh yummy !!! Cara buatnya pun amat senang dan tak payah pakai mixer... kaup- balik dengan spatula je.. Jom tengok bahan dan cara nak buat muffin ni...


NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 24 muffins with 2 oz papercup

Ingredients:
250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp good quality cocoa powder
170g caster sugar
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkle) 
200 ml milk
80 ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract


Method:
1. Preheat the oven to 200' C (Chik Na guna 160' C).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Minta maaf la.. Chik Na kurang rajin nak translate resipi ke Bahasa Malaysia..



Senangkan cara nak buat muffin ni!!!!! so boleh la rakan blogger cuba try buat muffin yang sangat lazat ni. 


Cupcake coklat chip untuk "BABY" yang ditempah oleh ex-clasmate, Zuha.. pelanggan tetap Chik Na :D
Zuha nak deco yg simple je sebab x mo banyak icing.. Temanya PINK kaler :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates