Hari ni tergerak nak share info yang Chik Na perolehi dari FB....
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu
juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan
betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala
Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah
tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama :
Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana
Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika
air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat
mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan
atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1
anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota
badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak
sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang
ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais,
menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh
serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang
atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu
wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana
dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah
dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu
wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna
selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia
mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut
itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi
wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu
akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan
inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan
pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal
oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi
tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini
juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang
telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi
wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji
Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan
anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami
isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas
bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib
lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Semoga segala ibadah yang kita lakukan diterima Allah swt hendaknya :-)