Ads 468x60px

Labels

Tuesday, October 4, 2011

Padini Warehouse Sale

Assalamualaikum...wth,

Hari Jumaat lepas Chik Na di ajak oleh adinda bongsu, Ashu pergi ke Padini Warehouse Sale di Glenmarie, Shah Alam. Mulanya malas gak nak pergi sebab Chik Na tau orang mesti tersangat ramai. Tetapi after dipujuk, Chik Na pun agree dan kami pergi ke sana right after hantar Sufia ke sekolah KAFA pukul 7.45am. Pada waktu tu jalan menghala ke Glenmarie dah mula jammed. Kami sampai di gudang Padini around 9 am. Masa tu nak cari parking pun dah susah..sampai terpaksa selit kat belakang lori. Sampai depan gudang Padini orang dah berpusu-pusu tapi alhamdulillah kami dapat masuk. Kami hanya ada masa sejam untuk bershopping sebab nak berkejar ambil Sufia balik sekolah pukul 10.45 am pulak. 

Kat dalam gudang tu punyanya ramai orang ..nak pilih baju pun susah..menyelit-nyelit je. Kat warehouse sales ni ada pelbagai barang yang dijual seperti kasut, handbag, belt, baju, tshirt, slack, blouse, shirt, tie n pelbagai accesories pakaian dari brand Padini, Seed, Miki Mum dan Miki Junior.

Dalam masa sejam tu Chik Na dapat la beli 2 helai kemeja brand Seed untuk Faiz, 2 helai tshirt dan 1 helai seluar brand Seed untuk Sufia. Sebenarnya banyak yang Chik Na berkenan tapi Chik Na teragak-agak bila tgk harga yang di"tag" pada pakaian tersebut. Rupanya bila dibayar semua barang yang dijual berharga hanya RM 5 je. Bayangkan Chik Na beli 5 pieces tu cuma RM 25 je.. Ashu plak beli 9 barang (kalau tak silap 1 helai slack, 5 helai kemeja, belt..semuanya brand seed work) dengan hanya RM 45. Normally sehelai slack Seed work dah pun dekat RM 70.

Oleh kerana harganya yang murah,  Ashu sekali lagi ajak Chik Na ke sales tersebut pada hari berikutnya. Kami pergi right after hantar Faiz kat SKBK pukul 7 am ( Pagi tu Faiz ada school trip ke Sg. Besar). Sampai sana dah pukul 7.45am...masa tu punyalah dah beratur panjang..ada la dalam 100m dari pintu masuk gudang. Kami dapat masuk dlm pulul 8.30 pagi. Kami dok dalam tu sampai 10.30 pagi... dapat la Chik Na beli another 17 item termasuk untuk En. Zaidi dan diri sendiri :-) .. jumlahnya cuma RM 85. Jeans untuk Faiz dapat 3 helai.. RM 15 je..mana nak dapat jeans yang cuma RM 5 je sehelai walaupun yang takde brand :-). Kami  juga tolong shopping 6 helai kemeja  n 1 helai slack kat Arri sebab temankan Sufia kat rumah. Kalau ikutkan Arri, dia pesan shirt kerja sampai 20 helai tapi susah nak dapat size..

Punyalah terkejut bila kami keluar dari gudang dah jadi macam pesta plak...siap ada gerai jual
minuman n makanan yang tiba-tiba wujud :-)

Orang beratur kat luar sampai berkilometer jugak lak.. beraturnya sampai ke jalan yang
di belakang gudang Padini ..  
Nasib baik la masa Chik Na sampai tu cuma beratur tak sampai 100m...tu pun Chik Na rasa macam tak masuk akal Chik Na buat begitu.

ps: chik na dengar dari cousin, hari jumaat tengahari tu ada yang sampai pengsan beratur nak masuk jualan Gudang tu

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Mahu pengsan kakcik bersesak dalam barisan yang panjang tu! :)

MommyCT said...

ye la..sama la kita..best kan sbb murah gilos.

OneSimpleMother said...

murah gilerrrrr.. patut la ada yang sampai pengsan.. hehehe..

Nieda said...

Fuyoo ramai gila,.

kasihredha said...

Ramainya chik na
akak sure tak larat nak beratur panjang mcm dlm gambar tu.

Chik Na said...

Mommy CT: memang best :-)

Chik Na said...

OneSimpleMother: baju budak besar luqman, ada yang less than RM 5

Chik Na said...

Nieda: yang bestnya ada pak guard jaga tak boleh potong-Q, kalu cuba nak potong Q, kena boo plak tu

Kak Kasihredha: Chik Na pun rela balik dari bershopping kalau kena beratur pjg sampai berkilometer mcm tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates