Sambung cerita cuti sekolah lagi... On the way balik ke rumah dari berpicnic di Pantai Bisikan Bayu, kami singgah makan maggi ketam dekat Cherang Ruku, Pasir Puteh. 1st time datang n dengar nama Cherang Ruku ni walaupun Chik Na orang Kelantan :). Dah lama nak try makan maggi ketam yang agak puopular nih... kebetulan dah berada area maggi ketam maka we all pun singgahlah makan dinner kat sini sekejap. Kedainya tak besar mana pun tapi agak terkenal juga menurut kata adik Chik Na.
Lupa nak ambil gambar kedai keseluruhan..ambil gambar bannernya je..
Sebelum order maggi ketam ni, kita boleh pilih dulu ketam-ketam yang masih hidup untuk dimasak bersama maggi kari. Harga semangkuk maggi kari yang dimasak bersama sebiji telur dan 4, 5 ekor udang yang agak besar saiznya, kalau tak silap Chik Na ialah RM 7 semangkuk tidak termasuk ketam. Harga ketam pula bergantung berat ketam mengikut harga semasa. Boleh tahan jugak kan harganya..tapi memang sedap la maggi ketam disini.
|
Kedainya betul-betul dekat dengan sign-board SMK Cherang Ruku. |
Maggi ketam yang dimasak didalam claypot
Ketam yang ada dalam mangkuk claypot Chik Na.. 1 1/2 ekor..
Alat ni diberi untuk mengeluarkan isi ketam
Faiz yang bersemangat mengopek ketam-ketam dalam claypoynya :)
Maggi yang ketamnya telah Chik Na keluarkan dari mangkuk claypot sbb susah nak makan... banyak sgt lauk dlm claypot tersebut :).
Kepada yang suka makan ketam bolehlah try maggi ketam di sini ..
Terima kasih buat adinda Apih kerana belanja makan maggi ketam :D.... Fyi, untuk 7 org makan bersama air harganya RM 74...