Ads 468x60px

Labels

Monday, June 20, 2011

- Cerita Cuti Sekolah

Wahhhh...betul-betul lama dah tak updated blog... buzy tahap gaban rasanya. Ari ni semangat sikit nak update setelah ditegur oleh adinda, Ari pasal lama tak de cerita kat blog :D

Hmmm..nak update cerita pasal cuti sekolah pertengahan ari tu.... masa last cuti sekolah Chik Na n anak-anak mengambil kesempatan balik KB selama seminggu. Kebetulan anak-anak takde kelas mental arithmetic n tuisyen. Kami balik KB dari 8 - 15 June dengan menaiki naik bas ekspress je memandangkan En. Zaidi dah mula bertugas di Indonesia masa May hari tu. Dan balik KB kali ni tidak dirancang dari awal. Nak naik flight tiketnya agak mahal sebab nak beli last minute ... untuk one way sorang pun dalam 300 hinggit.... 3 org dah dekat MYR 1k. Tiket bas pun dapat beli disebabkan adinda Ashu minta tolong member dia yang kebetulan kerja akauntan kat syarikat bas tu. Jimat banyak... 3 org baru MYR 108.

Faiz n Sufia amat teruja bila nak naik bas ekspress balik kampung sebab dorang tak pernah naik bas balik kampung... 1st time la katakan. Bukan setakat tak pernah naik bas ekspress, bas biasa pun tak pernah kat Malaysia ni. Selalunya kami naik kereta sendiri atau flight je bila balik KB. Bertambah teruja bila depa dapat naik bas 2 tingkat. Kami naik bas Ekspress Perdana, kami dok tingkat bawah. Chik Na pun dah lama tak naik bas, sejak ada kereta sendiri 13 tahun lalu. Bila naik bas tu Chik Na pun teruja jugak... bas sekarang dah mewah, seatnnya besar macam business kelas kapal terbang dan sangat selesa berbanding masa Chik Na berulang-alik dari KB-KL semasa jadi student dulu.
rupa bas yg kami naiki...cuma warnanya kuning (gambar dr google)
Ruangan bas yang agak selesa.... gambar dr blog hijaz2402..thanks to the blog owner for sharing to pic :D
Cuma yang tak syoknya, aircond sejuk sangat, nasib baik Chik Na bawakan anak-anak sweater, stoking n selimut (lagipun Sufia mana boleh tinggal selimut besar dia tuh). Bas yang sepatutnya bertolak dari Hentian Putra pukul 10pm, bertolak dalam pukul 11pm. Anak-anak Chik Na tido dengan lenanya selepas setengah jam bas bertolak, Punyalah nyenyak depa tido, tau-tau dah sampai KB. Alhamdulillah kami selamat sampai di KB dalm pukul 6 am.

Gambar budak yang dah nak lena dalam bas :D

Alamak dah 2.15pm, need to go now, nak siapkan Faiz ke sek Kafa dulu...


12 comments:

Mummy Chubby said...

YEZZA!! rindu kat chik na tau..hehee...anak mami pn suka naik.baru sekali naik, smpi skang die ungkit..

kakcik said...

Seronok juga sesekali naik bas walaupun rasa bimbang tetap ada.

OneSimpleMother said...

salam kak ina.. memang kelas kan bas express sekarang. mesti bas scania tu.. hehehe..

siti murni said...

Ha...tu dia aih..baru nampak chik na update blog! Lama tunggu....hehe

Pengalaman baru buat anak2 ye chik na..excited la diorang...

Lia said...

lia ni dah lama tak naik bus. naik dulu masa zaman study kat kelantan dulu aja.. teringat zaman2 dulu..

Ya ALya said...

chik na muncul kembali.......

Teratak Hami said...

ChikNa,
Memang seronok naik bas. Saya dulu prefer naik bas every weekend dari Klang balik Melaka walaupun ada kereta. Murah, jimat and tak penat nak drive.

Tapi now ada seriau skit sebab banyak accidents.

Chik Na said...

Mummy Chubby: memang macam tu kan anak-anak... sufia chik na ni pun tak habis-habis citer kat abah dia pasal dia naik bas 2 tingkat

Kakcik: sepanjang malam chik na asyik dok berdoa supaya takde apa-apa berlaku

Chik Na said...

OneSimpleMother: haah bas scania.. Scania memang hebatkan..

Siti: Lepas ni depa ajak naik keretapi plak balik kampung... mamanya pun tak pernah naik keretapi balik kampung..

Chik Na said...

Lia: rupanya Lia study kat Kelantan dulu

Ya Alya: :D..harapnya lebih bersemangat lepas ni

Chik Na said...

Teratak Hami: Nasib baik la bas yg Chik Na naik tu tak pandu laju sangat.. dlm hati memang berdoa sakan agar tak berlaku apa-apa... hubby kat jakarta pun tak boleh tido malam tu...

kasihredha said...

bas sekarang dah canggih berbanding dulu2 kan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates