Dah lama nak buat N3 pasal percutian kami ke Syria pada cuti sekolah Dec lalu..tapi tak terbuat jugak. Masa berlalu pantas..rupanya dah dekat 3 bulan berlalu. Hari ni Chik Na gagahkan jugak diri buat sedikit N3 pasal Syria ni. Chik Na akan buat berdekit-dekit..selang seli dengan N3 aktiviti harian Chik Na :)
Chik Na dah pun buat sedikit N3 pasal sorotan perjalanan ke syria tempohari. Kalau nak baca N3nya
disini. Di Syria kami tinggal di sebuah apartment di Mahzeh, Nadi Jalak, Damascus. Apartment ni terletak berhampiran dengan kedutaan M'sia, malah berhampiran kebanyakkan kedutaan lain...kiranya kalau kat KL ni macam area Jalan Ampang la..area kedutaan.
|
Apartment yang kami sewa. |
Sebenarnya En. Zaidi sewa apartment ni bila Chik Na dan anak-anak datang bercuti ke sini November lalu, kalau tak dia hanya share rumah dengan kawannya yang juga bertugas di Syria dan a few student lelaki Msia. Apartment ni amat selesa compare to apartment yang yang pernah Chik Na duduk semasa melawat En. Zaidi pada Jan 2010 dulu. Maunya tak selesa, sewanya bagi fully furnish apartment satu bilik di kawasan Nadi Jalak adalah lebih kurang RM 2500 sebulan bersamaan 38,000 (SYP) pound Syria termasuk furniture, air dan elektrik.
Fyi, Syria dikenali dengan Bumi Para Ambia sebab terdapat banyak sejarah mengenai para nabi dan rasul, pahlawan islam yg terkenal dan tokoh-tokoh ilmuan islam yang terkenal. Orang di sini kebanyakkan memanggil Syria dengan panggilan SURIA dan Damascus pula dipanggil Dimashq. Damascus atau Damsyik adalah diantara bandar paling tertua yang pernah diduduki oleh manusia. Syria bersempadan dengan negara Turki, Jordan, Lebanon dan Iraq. Jumlah penduduk Syria adalah 21 juta org dan 1.7 juta darinya adalah penduduk Damascus. Matawangnya adalah Syrian Pound (SYP). 100SYP = lebih kurang MYR 7. Perbezaan waktu dengan Msia adalah 5 jam dimusim panas dan 6 jam di musim sejuk.
|
view dari apartment kami |
|
view dari kanan tingkap apartment kami |
|
view dari living hall apartment juga ..tengok betapa padatnya kediaman di area Mahzeh ni |
|
view dari kiri tingkap apartment kami |
Chik Na suka dok kat tingkap rumah samada malam ataupun siang... view yang menarik disamping dapat sedut udara sejuk dan nyaman :-)