Minggu lepas, selepas balik bercuti dari KB sempena Chinesse New Year kami ke I-City di Shah Alam. Dah lama plan nak ke sana tapi tak kesampaian je hasrat hati sebabnya malas nak drive malam-malam. Begitu teruja setiap kali tengok gambar-gambar rakan blogger dan kawan-kawan ke I-City. Kali ni kebetulan adik Chik Na yang dok KB datang bercuti di rumah dan sementara En. Zaidi masih di Msia kami mengambil kesempatan ke I-City.
I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam...dekat dengan gedung Jakel yg terbaru di Shah Alam or belakang UiTM. Kalau dari Federal Highway arah ke Kelang, ikut kanan di traffic light nak ke Kg. Jawa.
Nak masuk ke kawasan I-City ni setiap kereta dikenakan bayaran RM 10, tak kira berapa orang yang ada di dlm kereta .. dan tiket masuk tersebut boleh ditebus untuk ke Rumah Salji dan lain-lain ruangan berbayar.
|
Sufia bergambar bawah pokok limau sementara menunggu Chik Na sholat |
|
cantikkan kerlipan lampu-lampu ni.... |
|
Nak bergambar dengan zirafah ni, kami kena bayar RM 2 seorang... tapi boleh di"redeem" dengan tiket parking kereta. |
Di I-City ni ada disediakan tempat untuk bersholat tetapi di nasihatkan membawa telekung sendiri dan tempat untuk lepak-lepak sambil makan-makan. Ada beberapa buah restoran. Juga ada kedai menjual mainan berlampu dan bercahaya
|
Depan rumah Salji..kami tak masuk pun bahagian snow ni.. sebab masa cuti sekolah hari tu dah main real salji kat Damascus. Kalu korang nak masuk , entrance feenya RM 20 seorang . |
|
Ayah Ri, Sufia, Faiz n Ayah Pih depan kaktus besar |
|
Suka gambar nih.... |
|
Kedai yang menjual pelbagai mainan berlampu.. Faiz n Sufia shopping sakan kat sini |
Malam kami ke sana juga terdapat pertunjukkan seni akrobatik dari China. Lama juga la kami lepak kat I-City, dari maghrib hinggalah sampai rumah dah dekat pukul 11 malam. Sungguh kepenatan sebab hari tu kami keluar rumah dari pukul 2 ptg untuk lunch, kemudian main bowling di Alamanda dan barulah ke I-City.
Sungguh seronok ke I-City
15 comments:
cantiknya i city ni, lady belum sampai lagi
lady: ajak la chik abg jalan bawah kerlipan lampu nih..sure terasa romantika :)
salam kenal
membalas kunjungan
akak dah follow
kitorg sekeluarga gak belu, smpai2 lg kak. tp 1 sy nak ckp, dlm banyak2 gmbr sy tgk, gmbr akak yg paling clear sebab selalu tgk gmbr coseup so tak dpt imagine cmne la icity ni. tgk mmg menarik. pernah lalu sekali je. tp tu la, bila agaknye nak sampai sini. ehehe..
masa ke sini dulu takde lg rumah salji...mcm kena pi lg ni hehe
kasihredha: selamat berkenalan
alya: lenguh jugak la jalan kat i-city tu
teacher azimah: kalu nak pergi rumah salji, bawa sweater, topi n glove sekali..kalu tak silap kena sewa plak nanti
i city memnag cantik utk pandangan mata tpi utk bergambar.. huhu.. susuah juga nak cantikkan nya. hehhe
etiey: betul tu..tambah tambah lagi chik na hanya guna normal digital camera je.. kalau pakai DSLR sure bertambah cantik
cantik kan lampu2 tu.. lia tak sampai lg ke sini.
cantik lampu2 tu yer chik na... teringin jugak nak pergi..insyaallah..bulan april ni kalau ke kl..leh la singgah I-City dan rasai sendiri pengalaman kat situ.
Kakcik dah sampai ke sini. secara jujurnya, kakcik langsung tidak tertarik untuk datang lagi....
Salam kenal2 Chik Na,
Terima kasih link kan blogresipi. Minta izin link blog Chik Na jugak ye...
Icity tak pernah sampai lagi. Tengok kawan2 dan adik2 je pergi :)
ICT cantik!!! yeayyy... fda suka ICT!!
salam kenal. jemput singgah blog fda...
dah lama xjenguk chik Na..
igtkan dah x aktif..hehehe
itulah syoknya jln2 kat tempat kita, tak terkejar2 nak solat..
Post a Comment