Ads 468x60px

Labels

Monday, February 21, 2011

- Cinnamon Roll

Tengahari tadi semasa mengedit gambar bercuti di Dubai tempohari, Chik Na teringat pasal Cinnamon Roll.. Dulu masa kami menetap di Dubai, almost every week Chik Na akan beli cinnamon roll yang macam gini di pasaraya Spinney. Cinnamon Roll kat Spinney memang sedap malah masa singgah di Dubai baru-baru ini, Chik Na mengambil kesempatan ke Spinney beli Cinnamon roll kegemaran Chik Na :) Disebabkan teringin nak makan cinamon roll, maka Chik Na pun google la resipi dan cara nak buat sendiri roti ni. Alhamdulillah, cari punya cari Chik Na terjumpa resipi di blog feberet Chik Na, blog Che Mat Gebu.

So petang  tadi Chik Na merajinkan diri buat sendiri cinnamon roll ni...

Ni la rupa cinnamon roll yang Chik Na buat... sedap rasa macam ala-ala  Spinney punya

Resipinya disini:

Bahan-bahannya:
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung whole meal (C
hik Na guna tepung Hong Kong sebab takde tepung whole meal dlm stok dirumah)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
 (Chik Na guna 1 sudu besar susu manis sebab takde susu tepung di rumah)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening) (Chik Na guna mentega)
125 ml air suam 
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan (Chik Na tak letak pun ceri ni)

Bahan Tabur :
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis (ha ha ha Chik Na guna kismis Tok Guru yg anak-anak makan setiap hari)



Cara Membuatnya:
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar. Cara gulung cinnamon roll ni boleh la tengok kat sini.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba. Chik Na buat saiz mini je.. so Chik Na guna paper cup buat muffin je :-)
Dapat 24 biji ... Che Mat Gebu buat saiz "king" tapi Chik Na buat saiz mini je :-)

Part of doh roti tu Chik Na curi sket buat Sausage Bun untuk Faiz n Sufia :-). Bila balik dari sekolah anak-anak suka sangat sebab ada sausage bun... Sufia dah berangan nak bawa bekal bun ni pagi esok :-)

Chik Na buat 12 mini sausage bun..
Sebenarnya buat roti ni tak susah, cuma tak larat bab nak menguli je... Tengah berangan nak beli breadmaker sebab kalau ada breadmaker kerja uli menguli ni boleh la suruh mesin yang buatnya...bila la agaknya angan-anagan nak jadi kenyataan....

9 comments:

Unknown said...

wah bagusnya chik na tak ada BM pun rajin meroti yer...nampak gebus elok jer roti tu.

Hamizah said...

rajinnya chik na dah hampir sbln tak meroti ni..

kasihredha said...

bestnya...
nanti nak cuba buat
thanks resepinya ye

Azirahman said...

best la Na.....bila la aku nak rajin meroti mcm nih....

TeacherAzimah said...

pergh buat sendiri tu?? pos ler ke sini sket hehe....

Chik Na said...

Nieza: Anak anak suka kalau mamanya buat sendiri :)

hamizah: jom la buat roti.. pas tu share resipi, nanti chik na bole try resipi mizah pulak

Chik Na said...

kasihredha n Azi: senang je buat roti ni.. bila da try sekali, mesti kemaruk nak buat lagi

Chik Na said...

TeacherAzimah: kalu pos sana ..nanti sampai dah berkulat ..he he he

my little family / kaftanbatik said...

ish..rajin sggh Chik Na ni...kami skrg mood masuk dapur kureng sket.. xlarat nk berdiri lama dah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates