Ads 468x60px

Labels

Thursday, December 10, 2020

Dah lama menyepikan diri

Dah lama Chik Na menyepikan diri dalam activiti menulis perihal keluarga Chik Na di blog kesayangan Chik Na. Kesibukkan mengurus rumahtangga, anak-anak dan bisnes kecil-kecilan membuat Chik Na rasa tak cukup masa untuk menulis di sini.

Alhamdulillah anak-anak dah jadi anak bujang dan anak dara. Faiz sudah berada di semester 3 , Fakulti Sains Gunan di UITM Arau dan Sufia sudah berada di tingkatan 4. Tahun hadapan akan menduduki peperiksaan SPM. En Zaidi pun dah lama kembali bekerja di dalam Malaysia. Sahabat yang pernah mengikuti blog Moment in life, mungkin tahu , suami Chik Na bekerja sebagai freelance engineer di luar negara. Berkat doa kami semasa membuat umrah tahun 2014, En Zaidi kembali bekerja tetap di salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia.


Keluarga kami : Faiz dah tinggi daripada mamanya dan Sufia dah tak bam-bam macam kecik kecik dulu. (gambar tahun 2019)

Sepanjang menyepi diri, Chik Na sudah berpindah ke rumah lain di Bandar Bukit Puchong. Rumah yang  dibeli tahun sejak 2004. Setelah 14 tahun membelinya, akhirnya kami pindah masuk ke rumah yang sebenarnya lebih besar dari rumah yang sebelumnya. Sepanjang tempoh tersebut ada masanya rumah disewakan. Alhamdulillah penyewa terakhir menjaga rumah dengan baik dan tak banyak yang perlukan kami touch up sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke Puchong. Sebenarnya, kami amat keberatan untuk berpindah disebabkan jiran-jiran di kejiranan lama semuanya baik dan ada yang dah rapat macam adik-beradik. Bila mengenangkan anak-anak dah meningkat dewasa, kami merasakan perlu rumah yang lebih besar dan selesa. 

Berpindah ke kawasan baru bukannya senang untuk kami masuk ke komuniti. Mengambil masa untuk berkenalan dengan jiran-jiran baru. Rasanya walaupun dah hampir 3 tahun berpindah ke sini, tak sampai 10% jiran yg kami betul betul kenal. Ditambah pula dah dekat setahun tiada aktiviti bagi mengeratkan kejiranan disebabkan ancaman virus covid 19. Antara pendekatan yang kami ambil untuk lebih kenal dengan jiran setaman yang baru adalah :

  • Menghadirkan diri dalam segala program yang di atur di kejiranan kami antara Fun Run, mesyuarat kejiranan, jamuan raya, majlis berbuka puasa dll
  • Menghadirkan diri di program yang dianjurkan masjid berhampiran
  • Solat berjemaah di masjid berdekatan
  • Berbuka puasa di masjid
  • Membeli belah dengan rakan jiran yang menjual makanan/barangan mereka
  • Memastikan adab sebagai jiran dijaga supaya jiran gembira dengan kami
Berkenaan bisnes pula, telekung kanak-kanak yang Chik Na usahakan dah makin berkembang walaupun masih beroperasi dari rumah dan bekerja sendiri dengan bantuan En Zaidi dan kadang-kadang dibantu juga oleh anak-anak. Alhamdulillah. ada tukang jahit sendiri dan dah ada freelancer utk media yang kadang kala tolong sediakan bahan promosi. Telekung pun dah mula upah dengan skala yang lebih besar. Alhamdulillah. banyak lagi yang perlu belajar dalam menguruskan bisnes dan team.

Sahabat yang singgah di sini dan bercadang nak hadiahkan anak, anak saudara, anak sahabat, boleh lah ke website Chik Na, www.telekung4kids.my atau FB dan Instagram : Telekung4Kids. Oh yaa, di website mungkin nampak telekung seperti kena tunggu 14 hari utk disiapkan. Sebenarnya, kebanyakkan masa ada stok tersedia cuma kadang-kadang kehabisan stok masa tersebut, jadi kami mengambil keputusan supaya dipaparkan seakan kena "pre-order selama 14 hari". Kalau tak ada stok sekali pun, kami akan segera jadi dan diposkan dalam masa seminggu.

Itulah sahaja catatan Chik Na kali ini. Chik Na doakan semoga semua sahabat di sini diber kesihatan yang baik dan diperkenankan segala doa. Aamiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates