Ads 468x60px

Labels

Tuesday, December 27, 2011

- Cuti pendek di Teratak Malaya

Assalamualaikum...wth,

Last Saturday, Chik Na n anak-anak ikut En. Zaidi p kursus kat Teratak Malaya di Janda Baik. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak dr rumah sebab takut ada kesesakkan lalulintas di Lebuhraya Karak, almaklumlah masa tu cuti hujung minggu n cuti krismas. Alhamdulillah tiada kesesakkan jalanraya n dalam masa 1 jam je kami dah sampai kat Janda Baik.

Sampai di Janda Baik kami breakfast nasi lemak dulu sebelum kami check-in di Teratak Malaya. Training yg En. Zaidi hadiri bermula pukul 10 am. Lorong menuju ke Teratak Malaya ni terletak bersebelah kiri Klinik Kesihatan Janda Baik.

Pintu gerbang Teratak Malaya

Pandangan dari tempat parking di hadapan pintu gerbang
Jalan menuju ke Dewan seminar di Teratak Malaya

Di hadapan dewan seminar

Dewan seminar

Our pondok.... " Pondok Tok We Jah", didalamnya mempunyai sebuah katil queen size dan sebuah katil bujang...dan jugak beberapa extra bed :-)

Kalau tak silap Chik Na ada lebih 15 buah pondok yang terdapat di Teratak Malaya dan terdapat banyak rekabentuk yang berlainan. Cuaca kat sini jugak agak sejuk pada sebelah malam, walaupun cuma on kipas yg paling slow..maybe sbb musim tengkujuh.





Dewan makan terbuka dibahagian bawah dan surau di tingkat atas

Faiz dihadapan salah satu dari 2 buah dorm yang terdapat di sini...







Anak sungai untuk bermandi-manda...
Faiz yang baru seminggu bersunat pun tak melepaskan peluang untuk bermandi- manda di sungai... mula tu tak berani nak basahkan bajunya.. tapi after tengok Sufia dah basah kuyup, Faiz pun terlupa sekejap yg dia baru bersunat :D

Teratak Malaya di sangat sesuai untuk seminar, family day n tempat untuk percutian sekeluarga... cuma anak-anak tak puashati sebab kat bilik kami hanya ada TV tapi tak boleh tgk sbb tak de siaran...nasib baik kami bawa notebook n broadband..so anak-anak boleh tgk online upin & ipin serta apa apa citer di youtube. Sebelah malamnya kami bertiga layan citer Tangled n Smuff yang didownload di dlm lappy En. Zaidi.

Apa-apa pun kami sangat enjoyed suasana kampung Teratak Malaya ni...

Ps: sapa yg nak datang becuti kat sini kena bawa stock makanan walaupun ada kedai-kedai kopi berdekatan untuk makan-makan sebab kat dlm teratak malaya ni takde disediakan restaurant.. Nasib baik En.Zaidi book pondok sekali dengan pakej makan yg disediakan oleh pihak yang menganjurkan seminar. Juga maybe perlu bawa kettle jug untuk minum-minum air panas sbb kat pondok tak disediakan.





Monday, December 26, 2011

Flora n Fauna di Teratak Malaya

Assalamualaikum..wth

Gambar-gambar flora n fauna yang sempat dicapture sepanjang berada di Teratak Malaya. Chik Na suka landscape di sekitar Teratak malaya resort ni.

Tak tau nama apa bunga ni walaupun ada ditanam dirumah Chik Na...tapi kat sini pokoknya lebih tinggi dari Chik Na yang tak berapa tinggi nih ..

Pokok sepit udang ni ditanam sepanjang jalan nak ke dewan utama








Cik Sufia yang sibuk berpayung sepanjang berada di sini...most of the time hujan gerimis ..




Tak pernah jumpa pokok ni yang berbunga hijau...

Suka sangat di Teratak Malaya ni.... bila bangun pagi udaranya amat nyaman berserta bunyi kicauan burung dan deruan air sungai :D

Saturday, December 24, 2011

Sebulan Menghilang

Assalamualaikum...wth,

Wah!!! Lama betul Chik Na menghilangkan diri yea... tak gi mana pun, cuma agak cibuk dengan xtvt dirumah....almaklumlah lah anak-anak cuti sekolah n start 1 Dec, En.Zaidi dah balik dr bertugas di Indonesia... tu yang buat Chik Na sibuk memanjang ....

Sepanjang cuti bermula anak-anak masih sibuk dengan kelas tambahan sehingga akhir November. Selepas tu pula rumah Chik Na silih berganti dengan anak buah n cousin yg sebaya anak-anak Chik Na datang "sleep-over" di rumah... maka bertambahlah kesibukkan Chik Na ;D.

2nd week pula mama n mak datang bertandang ke rumah sebab Chik Na buat sedikit kenduri doa selamat pada 15 Dec, sebelum khatankan Faiz. Alhamdulillah Faiz dah selamat disunatkan pada 17 Dec di Poliklinik Penawar, Seri Kembangan. Faiz pun dah agak sembuh after 1 week bersunat walaupun jalannya masih tak berapa betul lagi :D.

Dan malam ni kami berada di Teratak Malaya, Janda Baik kerana mengikut En. Zaidi menghadiri kursus di sini yang bermula pagi tadi.... Kiranya short vacation bagi kamilah..maka tu la Chik Na boleh update blog ni...ada banyak masa lapang bila disini :).

oklah, nanti Chik Na update gambar Teratak Malaya ni pada next entry

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates