Ads 468x60px

Labels

Tuesday, December 27, 2011

- Cuti pendek di Teratak Malaya

Assalamualaikum...wth,

Last Saturday, Chik Na n anak-anak ikut En. Zaidi p kursus kat Teratak Malaya di Janda Baik. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak dr rumah sebab takut ada kesesakkan lalulintas di Lebuhraya Karak, almaklumlah masa tu cuti hujung minggu n cuti krismas. Alhamdulillah tiada kesesakkan jalanraya n dalam masa 1 jam je kami dah sampai kat Janda Baik.

Sampai di Janda Baik kami breakfast nasi lemak dulu sebelum kami check-in di Teratak Malaya. Training yg En. Zaidi hadiri bermula pukul 10 am. Lorong menuju ke Teratak Malaya ni terletak bersebelah kiri Klinik Kesihatan Janda Baik.

Pintu gerbang Teratak Malaya

Pandangan dari tempat parking di hadapan pintu gerbang
Jalan menuju ke Dewan seminar di Teratak Malaya

Di hadapan dewan seminar

Dewan seminar

Our pondok.... " Pondok Tok We Jah", didalamnya mempunyai sebuah katil queen size dan sebuah katil bujang...dan jugak beberapa extra bed :-)

Kalau tak silap Chik Na ada lebih 15 buah pondok yang terdapat di Teratak Malaya dan terdapat banyak rekabentuk yang berlainan. Cuaca kat sini jugak agak sejuk pada sebelah malam, walaupun cuma on kipas yg paling slow..maybe sbb musim tengkujuh.





Dewan makan terbuka dibahagian bawah dan surau di tingkat atas

Faiz dihadapan salah satu dari 2 buah dorm yang terdapat di sini...







Anak sungai untuk bermandi-manda...
Faiz yang baru seminggu bersunat pun tak melepaskan peluang untuk bermandi- manda di sungai... mula tu tak berani nak basahkan bajunya.. tapi after tengok Sufia dah basah kuyup, Faiz pun terlupa sekejap yg dia baru bersunat :D

Teratak Malaya di sangat sesuai untuk seminar, family day n tempat untuk percutian sekeluarga... cuma anak-anak tak puashati sebab kat bilik kami hanya ada TV tapi tak boleh tgk sbb tak de siaran...nasib baik kami bawa notebook n broadband..so anak-anak boleh tgk online upin & ipin serta apa apa citer di youtube. Sebelah malamnya kami bertiga layan citer Tangled n Smuff yang didownload di dlm lappy En. Zaidi.

Apa-apa pun kami sangat enjoyed suasana kampung Teratak Malaya ni...

Ps: sapa yg nak datang becuti kat sini kena bawa stock makanan walaupun ada kedai-kedai kopi berdekatan untuk makan-makan sebab kat dlm teratak malaya ni takde disediakan restaurant.. Nasib baik En.Zaidi book pondok sekali dengan pakej makan yg disediakan oleh pihak yang menganjurkan seminar. Juga maybe perlu bawa kettle jug untuk minum-minum air panas sbb kat pondok tak disediakan.





8 comments:

Ibuhani said...

Chik Na ni yg dekat dgn D'Ark tu ke??? Cantik tempat dia kan?!

kasihredha said...

cantikkkkksss suka
kat Janda Baik rupanya ye

Teratak Hami said...

Cantik dan bersih kawasannya. Kami pernah pergi stayed 1 tempat kat Janda Baik dulu tapi biliknya sgt horror. Kecil & segala-galanya rosak. Tapi suka sebab ada sungai.

Rozita said...

Cantiknya kat tempat ni...Sungai tu sesuai untuk budak kecik ye nampak cam cetek je

siti murni said...

Janda Baik ni tempat nya cantik..sejuk mata memandang. saya pun tak sampai lagi chik na..tengok dalam tv..majalah ngan blog chik na ni lah...

eynda said...

Nice... boleh masuk dlm list percutian cuma kena bersabar je la takde tv ek hehe...

Liza Razak said...

saya suka pergi tempat macam ni..nampak menarik !!

Alin Marlini said...

aritu nyaris2 nak ke sana gak..tp pk2 mesti fully booked..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates