Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

Resipi puding roti

Sedap dan lazat :) Cubalah sendiri...

Sejadah Putih By Missmass Collection & MAMA Modern Hijab

Koleksi sejadah putih, bersih dan berseri.

Nasi Mandy Ayam

Resipi nasi mandy ayam lazat dan best...

Umrah with Andalusia Travel and Tours

Perkongsian pengalaman mengerjakan umrah

Haji 2015

Persediaan haji

Thursday, December 10, 2020

Dah lama menyepikan diri

Dah lama Chik Na menyepikan diri dalam activiti menulis perihal keluarga Chik Na di blog kesayangan Chik Na. Kesibukkan mengurus rumahtangga, anak-anak dan bisnes kecil-kecilan membuat Chik Na rasa tak cukup masa untuk menulis di sini.

Alhamdulillah anak-anak dah jadi anak bujang dan anak dara. Faiz sudah berada di semester 3 , Fakulti Sains Gunan di UITM Arau dan Sufia sudah berada di tingkatan 4. Tahun hadapan akan menduduki peperiksaan SPM. En Zaidi pun dah lama kembali bekerja di dalam Malaysia. Sahabat yang pernah mengikuti blog Moment in life, mungkin tahu , suami Chik Na bekerja sebagai freelance engineer di luar negara. Berkat doa kami semasa membuat umrah tahun 2014, En Zaidi kembali bekerja tetap di salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia.


Keluarga kami : Faiz dah tinggi daripada mamanya dan Sufia dah tak bam-bam macam kecik kecik dulu. (gambar tahun 2019)

Sepanjang menyepi diri, Chik Na sudah berpindah ke rumah lain di Bandar Bukit Puchong. Rumah yang  dibeli tahun sejak 2004. Setelah 14 tahun membelinya, akhirnya kami pindah masuk ke rumah yang sebenarnya lebih besar dari rumah yang sebelumnya. Sepanjang tempoh tersebut ada masanya rumah disewakan. Alhamdulillah penyewa terakhir menjaga rumah dengan baik dan tak banyak yang perlukan kami touch up sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke Puchong. Sebenarnya, kami amat keberatan untuk berpindah disebabkan jiran-jiran di kejiranan lama semuanya baik dan ada yang dah rapat macam adik-beradik. Bila mengenangkan anak-anak dah meningkat dewasa, kami merasakan perlu rumah yang lebih besar dan selesa. 

Berpindah ke kawasan baru bukannya senang untuk kami masuk ke komuniti. Mengambil masa untuk berkenalan dengan jiran-jiran baru. Rasanya walaupun dah hampir 3 tahun berpindah ke sini, tak sampai 10% jiran yg kami betul betul kenal. Ditambah pula dah dekat setahun tiada aktiviti bagi mengeratkan kejiranan disebabkan ancaman virus covid 19. Antara pendekatan yang kami ambil untuk lebih kenal dengan jiran setaman yang baru adalah :

  • Menghadirkan diri dalam segala program yang di atur di kejiranan kami antara Fun Run, mesyuarat kejiranan, jamuan raya, majlis berbuka puasa dll
  • Menghadirkan diri di program yang dianjurkan masjid berhampiran
  • Solat berjemaah di masjid berdekatan
  • Berbuka puasa di masjid
  • Membeli belah dengan rakan jiran yang menjual makanan/barangan mereka
  • Memastikan adab sebagai jiran dijaga supaya jiran gembira dengan kami
Berkenaan bisnes pula, telekung kanak-kanak yang Chik Na usahakan dah makin berkembang walaupun masih beroperasi dari rumah dan bekerja sendiri dengan bantuan En Zaidi dan kadang-kadang dibantu juga oleh anak-anak. Alhamdulillah. ada tukang jahit sendiri dan dah ada freelancer utk media yang kadang kala tolong sediakan bahan promosi. Telekung pun dah mula upah dengan skala yang lebih besar. Alhamdulillah. banyak lagi yang perlu belajar dalam menguruskan bisnes dan team.

Sahabat yang singgah di sini dan bercadang nak hadiahkan anak, anak saudara, anak sahabat, boleh lah ke website Chik Na, www.telekung4kids.my atau FB dan Instagram : Telekung4Kids. Oh yaa, di website mungkin nampak telekung seperti kena tunggu 14 hari utk disiapkan. Sebenarnya, kebanyakkan masa ada stok tersedia cuma kadang-kadang kehabisan stok masa tersebut, jadi kami mengambil keputusan supaya dipaparkan seakan kena "pre-order selama 14 hari". Kalau tak ada stok sekali pun, kami akan segera jadi dan diposkan dalam masa seminggu.

Itulah sahaja catatan Chik Na kali ini. Chik Na doakan semoga semua sahabat di sini diber kesihatan yang baik dan diperkenankan segala doa. Aamiin.

Tuesday, November 12, 2019

Sayangi Si Dia No. 3 Oleh Ustazah Asma Harun





Chik Na sharing sebab sayang sahabat semua.



Sahabat perempuan :



  • Jagalah wuduk, syarat sah solat. Bimbang berpuluh tahun solat, solat tak sah. Antara sebab tak sah make-up/foundation yang kalis air. Jangan nanti flawless di dunia, berdebu di akhirat
  • Jagalah aurat. Aurat wanita sama seperti aurat semasa solat. Hanya bahagian muka dan 2 tapak tangan.
Sahabat lelaki :
  • Ingatkan/tegur isteri dan anak-anak sebab anda anda dipertanggongjawab nanti. Pastikan isteri menutup aurat sempurna


Chik Na pun masih belajar dan memperbetulkan bab-bab syariat agama ini. Sama-sama lah kita memperbetulkan agar-agar kita sama-sama dapat masuk syurga Allah

Wednesday, December 14, 2016

pengalaman berjalan-jalan di Aleppo, Syria

Assalamualaikum,

Lama ta update blog kesayangan ni... bukan setakat dah bersawang lagi tapi dah jadi rumah terbiar.

Tadi semasa tgk berita kat TV Al-Hijrah.. ternampak kempen solidariti untuk rakyat Syria  di Aleppo. TV Al-Hijrah mengajak umat islam berpuasa esok hari untuk menyatakan rasa sedih kita kepada rakyat Syria di Aleppo.

Aleppo bandar akhir dikuasai penentang Presiden Syria dibom dalam ops yang sudah memasuki hari ketiga. Dunia menatap ratusan foto dan visual kematian yang berterusan.

Sedih mengenangkan yang kami pernah melawat Aleppo yang dikenali sebagai Haleb di kalangan student Malaysia. Kami pernah ke Allepo pada Dec 2010 semasa suami Chik Na bertugas dengan sebuah telco di Damsyik aka Damascus. Banyak tempat bersejarah islam di sana seperti Kubu Salahuddin Al-Ayubi , Masjid Besar Umayyad dimana di dalamnya ada makan Nabi Zakaria yang mungkin telah hancur dibom oleh tentera Bashar Assad. Sedih setiap kali tengok di televisyen mengenai bandar Aleppo yang musnah. Aleppo adalah salah satu bandar tertua di dunia yang masih di diami oleh manusia.

Masih ingat lagi perjalan ke Aleppo yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Damascus. Kami bertolak lebih kurang jam 5 pagi dengan menaiki van yang di sewa bersama pemandu ditemani dengan 2 orang student malaysia sebagai guide kami di Aleppo.

Kami melawat Aleppo tu masa minggu ke 4 berada di Syria. Cuaca agak sejuk ketika itu sebab musin sejuk ditambah pula pada hari tersebut hujan turun renyai renyai.


Salah satu pintu masuk ke Souq Medina

Soug Madina..macam-macam barangan yang dijual dari barangan dapur dan segala barangan keperluan harian , perhiasan, cenderamata , pakaian dan macam macam lagi

Di bahagian jubah jubah untuk lelaki..teman ustaz yg jadi guide we all beli jubah imam..buatan sangat halus dan berkualiti. Kebanyakkan ustaz-ustaz muda dari malaysia suka membeli jubah-jubah buatan aleppo atau juga dikenali dengan Halab.

Souq Madina dah wujud beratus tahun dahulu

Kubu Salahuddin Al-Ayubi a.k.a Aleppo Citadel... pasti dah hancur lebur dibom sekarang ni

Kami tak masuk dalam kubu ni sebab hari hujan, lagipun En Zaidi dah pernah masuk di dalam kubu ni .. Chik Na dah pernah tengak gambar di sekitar kubu ni... kalau ada masa nanti Chik Na share ye..

bersama 2 orang ustaz muda yang menemani kami ke Aleppo

2010...anak anak Chik Na masih kecik lagi..sejak besar ni dah susah nak ambik gambar kami berempat... miss time depa kecik kecik ni


Sekitar Kubu Salahuddin Al-Ayubi... kami mengejar masa nak singgah di bandar Holm pula on the way balik ke Damascus. Musim sejuk jam 5.30 petang dah malam.

Masih ingat lagi Chik Na membeli kain lapik meja yang di tenun dan sejadah nipis tenun utk souveniur kepada adik beradik. Chik Na suka guna sejadah yang dibeli di aleppo ni utk dibawa travel sebab ianya nipis, senang nak selit dlm bagasi



sebahagian kubu Salahuddin Al-Ayubi

Masjid Besar Umayyad di Aleppo...kami sempat singgah solat jamak zohor dan asar di masjid ni yang kebetulan boleh di access melalui salah satu lorong di dalam Souq Madina


Makm Nabi Zakaria a.s yang berada di dalam Masjid Besar Umayyad di aleppo

lorong lorong di Aleppo

bandar Aleppo Dec 2010

deretan kedai di sekitar bandar Aleppo

Satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melawat bandar Aleppo sebelum berlaku peperangan 5 tahun lalu. Selama 5 minggu kami di negara Syria sepanjang cuti sekolah Dec 2010... banyak tempat yang dijelajahi..Chik Na suka dok di Syria.. Kami juga merasa suasana turunnya salji di Damascus buat pertama kalinya.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi rakyat Aleppo. Ya allah lindungilah hambamu di Aleppo

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman Mengerjakan Ibadah Haji 2015 - persediaan

Assalamualaikum,

Dah lama nak bercerita pasal pengalaman mengerjakan haji pada tahun lepas...2015. Asyik bertangguh je... tiba-tiba teringat nak bercerita pengalaman manis sepanjang mengerjakan haji, al- maklumlah now ni dah nak tiba musim haji lagi...

Chik Na sangat bersyukur kerana Chik Na berpeluang menunaikan haji pada usia yang agak muda iaitu pada umur 43 tahun... perasan muda lak..he he he...yer lah, kalau dibandingkan rata-rata yg mengerjakan haji ni normally melebihi usia 50 tahun. Ramai sahabat yang menyangka kami mengerjakan haji mengikut "Pakej" dengan agensi umrah tertentu kerana dapat pergi menunaikan haji dlm usia yg belum mencecah 50an. Sebenarnya kami pergi dengan Tabung Haji Muasasah shj .. hanya bayar RM 9,980 untuk 46 hari. Kalau menunaikan haji kali ke-2 kosnya RM 16,155. Sebanyak RM6,175 di tanggong oleh pihak Tabung Haji untuk org yg kali pertama mengerjakan haji :D

Kami agak beruntung kerana semasa kami mendaftar haji pada hujung tahun 2006, queue utk mengerjakan haji lebih kurang 8 tahun lebih shj, berbanding sekarang yang terpaksa Q sehingga lebih 70 tahun. Anak buah Chik Na yg berusia setahun, bila di daftar oleh adik Chik Na pd tahun lepas, turn hajinya pd usia 70 tahun. Alhamdulillah kedua anak Chik Na pun dah didaftar beberapa tahun lepas, InsyaAllah Faiz dan Sufia akan mengerjakan haji mereka pd usia awal 40an juga. Seperti iklan Tabung Haji di radio IKIM, menjadi tanggongjawab kita untuk mendaftar haji untuk anak-anak kita.

Akhir December 2014 lagi kami sudah mendapat surat tawaran  untuk mengerjakan haji dari pejabat Tabung Haji Kajang kerana kami tinggal di Seri Kembangan tetapi kami menukar pejabat urusan haji kami ke Tabung Haji Putrajaya memandangkan TH Putrajaya lebih dekat dgn temat tinggal kami, dan kami diberi masa dlm 2 minggu untuk menjawab surat tawaran samada untuk menerima atau menolak tawaran mengerjakan haji. Yang pasti kami memang tak sabar untuk menerima tawaran mengerjakan haji.

Bagi wanita yang berusia 44 tahun ke bawah, dikehendaki mengisi borang sokongan Perakuan mahram, jika pergi bersama suami, salinan surat nikah yang disahkan oleh  jabatan agama perlu dilampirkan semasa menyerahkan surat tawaran haji. Pihak TH akan meminta kita memilih samada untuk ke Madinah dahulu atau nak ke Mekah dahulu. Kami memilih utk penerbangan awal iaitu ke Madinah dahulu memandangkan Sufia akan menghadapi Peperiksaan UPKK pd tahun ini, so sempat la kami pulang utk bersama dia pd hari peperiksaan tersebut. Ini bermakna kami akan megerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah dahulu dlm musim haji.

2 tahun sebelum tu kami dah mula mengikuti kursus haji di Masjid UPM bersama Ustaz Haji Sapawi Che Mat. Bagi Chik Na, sangat penting untuk kita membuat persediaan awal kerana kita akan mendapat tip-tip dan informasi yang biasanya tidak diberitahu dalam buku-buku mengenai haji yang dibeli atau dibaca. Segala persoalan yang ditanya oleh peserta lain akan menjadi info dan tip yang sangat berguna. Mengerjakan haji bukan setakat mengetahui rukun dan syarat wajib haji sahaja tetapi kita perlu juga mencari ilmu agar mendapat haji yang mabrur dan sempurna. 

Alhamdulillah pada Mac 2012, kami berpeluang pergi menunaikan umrah bersama Andalusia Travel, sedikit sebanyak pengalaman menunaikan umrah amat membantu kami sepanjang kami di Madinah dan Mekah untuk mengerjakan haji pada tahun lepas.

Kami menghadiri Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid Kinrara pada setiap hari Ahad bermula 11 Jan 2015 - 3 Mei 2015 dibimbing oleh Ustaz Ibrahim bin Embong dan Ustazah Yusnah bt Yusoff. Untuk info, jika kita telah mendapat surat tawaran menegerjakan haji, kita akan mendapat buku kursus haji secara percuma dan tidak perlu membayar kos minuman ringan yg disediakan pihak masjid kerana pihak tabung haji akan membayar bagi pihak kita tetapi kalau kita masih belum mendapat tawaran haji, normally kita diminta bayar RM 70 untuk minumam ringan yg disediakan / breakfast) sepanjang kursus haji dijalankan dan perlu membeli buku kursus haji bersiri jika kita mahu.

April 2015, pihak Tabung Haji menghantar gelang tangan yang bercetak nama dan ic kita. Gelang ini harus dipakai sepanjang berada di Madinah dan juga Mekah. Untuk memudahkan urusan antara Dhuyufurrahman (tetamu Allah) dgn pihak Tabung Haji, satu grup whatsapp dibuat oleh pihak Tabung Haji Putrajaya. 

gelang tangan ini  dikehendaki pakai sepanjang berada di madinah dan Mekah

Minggu ke 3 Mei, kami membuat  pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9...sepatutnya pd 16 Mei 2015 tetapi kami tidak dapat hadir kerana ada kenduri kawin adinda Chik Na di KB. Yang suspendnya.. pd pemeriksaan kesihatan tu, tahap kesihatan Chik Na tak terus diluluskan sebab tekanan darah dan gula dlm darah slightly tinggi, terpaksa membuat pemeriksaan susulan, alhamdulillah setelah 2x pemeriksaan susulan akhirnya pada 19 June tahap kesihatan Chik Na  diluluskan dan dibenarkan mengambilan suntikan vaksin Meningococcal. Para Dhuyufurrahman juga dinasihatkan utk mengambil vaksin tambahan (Vaxigrip dan Pneumo23) di klinik atau hospital swasta. Alhamdulillah semasa hari penyerahan passpot dan kursus Haji Intensif, pihak TH Putrajaya bekerjasama dgn pihk klinik swasta utk menyediakan khidmat suntikan 2 vaksin tambahan dgn harga RM 190 shj. Dengar khabar, sapa-sapa yg ambik vaksin tambahan di hospital swasta harganya RM 300++. Chik Na ambik vaksin tersebut semasa menyerahan paspot di pejabat TH Putrajaya.


buku kesihatan ini perlu dibawa jika membuat pemekriksaan kesihatan sepanjang berada di Madinah dan Mekah

30-31 Mei 2015 kami menghadiri kusus Haji Intensif di Sekolah Alam Syah Putrajaya. Revision mengenai hal hal berkaitan haji dan praktikal tawaf, saie dan melontar. Pada Akhir June 2015, kami diminta menyerahkan passpot antarabangsa untuk proses mendapatkan visa haji. 


Minggu akhir bulan Ramadhan kami mendapat jadual penerbangan. Chik Na dan suami dikehendaki melapur diri dengan 18 Ogos 2015 dengan penerbangan kumpulan KT11, iaitu hari ketiga penerbangan haji.


Jadual penerbangan Chik Na dan suami
Akhir sekali, para dhuyufurrahman dari wilayah persekutuan dikehendaki menghadiri Kursus Haji Perdana di UIA, Gombak pada 1-2 ogos bermula selepas asar 1 Ogos dan berakhir selepas zohor 2 ogos 2015. Kali ni kena bermalam di masjid UIA, bersama sama qiamullail, praktikal tawaf, saie dan melontar.Kami juga dikehendaki mengambil beg troli tangan yg mengandungi cenderahati, ubat-ubatan dan  buku-buku dari pihak penaja.


... bersambung next episode perjalanan haji pula ... 



Monday, December 7, 2015

Kem Tahfiz RichKids SmartKids

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dah lama Chik Na tak menulis di sini. Kesibukkan sebagai seorang isteri, ibu, anak dan juga usahawan kecil dan kadang kadang menyibukkan diri untuk menghadiri kelas kelas bisness dan juga agama menyebabkan Chik Na tak berapa sempat nak meng'update' blog kesayangan ini.

Hari ni rasa macam nak menulis sedikit :D. Semalam pagi-pagi lagi lebih kurang jam 7.40 am kami sekeluarga bertolak ke Melaka untuk menghantar anak bujang Chik Na, Faiz ke Kem Tahfiz anjuran RichKids SmartKids di Empangan Durian Tunggal. Anak bujang Chik Na akan berada selama seminggu di sana. Kami sampai di kem Rabiatul Adawiyah lebih kurang 9.45am.


Ini bukan kali pertama Faiz menyertai kem anjuran RichKids Smartkids. Dec 2014 juga kami menghantarnya untuk Kem Super Insan di tempat yang sama. Sepatutnya tahun ini Faiz menyertai kem cuti sekolah di Hulu Langat tapi disebabkan kami ada rancangan lain pd minggu kem di Hulu Langat, Chik Na terpaksa menukarkan Faiz ke kem di Empangan Durian Tunggal ini.

Ibubapa sedsng mendaftarkan anak masing masing

Sebenarnya ni adalah kem gantian untuk Faiz. Sepatutnya Faiz menyertai kem Tahfiz pada tahun lepas tapi dia demam panas disebabkan tonsil yang bengkak teruk pd hari yang sepatutnya ke Kem Tahfiz. Faiz hanya menyertai Kem Super Insan seminggu selepas Kem Tahfiz berlangsung. Harga pakej combo Kem Tahfiz dan Kem Wira Super Insan adalah RM 750. Harga tu Chik Na rasa berbaloi sangat untuk kem yang selama 2 minggu. Malah Faiz yang tidak dapat hadir Kem Tahfiz pd tahun lepas boleh menggantikan pada tahun ini.

Sesi tasmik
Selepas membuat pendaftaran , anak-anak di suruh bertasmik dengan ustaz untuk melihat kemampuan para peserta menguasai Al-Quran. Peserta juga disuruh memilih ayat-ayat untuk dihafal sepanjang program yang akan berlangsung. Faiz telah memilih untuk menghafaz surah al - Mulk dan menghabiskan hafalan Surah As- Sajadah dan kalau berkesempatan dia akan menghafaz surah Al-Waqiah. Surah Yassin dan surah di dalam Juz Amma kebanyakkan pernah dihafaz oleh Faiz... Alhamdulillah.

Anak bujang Chik Na, Faiz..hensem beserban
Sebelum sesi perjumpaan dengan ibubapa, anak-anak yang telah siap mendaftar dan tasmik di pakaikan serban oleh krew RichKids SmartKids. Lega hati bila melihat anakanda Faiz tersenyum lebar.


Sesi untuk ibubapa
Sesi bersama ibubapa bermula pada jam 11.30 pagi dengan bacaan surah As-Sajadah oleh ustaz di kem tersebut.

Memandangkan Dr azizan adalah pengasas kepada program RichKids SmartKids ini, beliau telah meluangkan sedikit masa untuk memberi ucapan pembukaan. Doktor Azizan ada menegur sikap ibubapa hari ini yang terlalu memanjakan anak-anak dengan segala jenis gadget yang menyebabkan anak-anak menjadi alpa dan leka. Seperti yang selalu kita dengar, " anak-anak ibarat kain putih, Ibubapalah yang mencorakkannya menjadikan yahudi, nasrani atau majusi". Ya , kita ibubapalah yang akan membentuk anak anak kita menjadi anak anak yg soleh yang akan mendoakan kita bila kita telah tiada di muka bumi ini nanti. 3 bekal yang kita perlukan di akhirat nanti, amal ibadat kita, sedekah kita dan doa anak-anak yg soleh.
Dr Azizan Osman memberi tazkirah pendek buat ibubapa
Dr Azizan juga berpesan agar kita selalu memeluk anak kita kerana ia akan membuat mereka rasa kita sayang sangat pada mereka dan sentiasa berfikir tentang kita  jika mereka hendak membuat sesuatu yang tidak elok. Chik Na pernah baca, ada kajian yang menyatakan anak yg selalu dipeluk IQnya akan lebih tinggi. Beliau juga memesan agar kita jangan AJAR anak-anak tapi AJAK anak-anak melakukan sesuatu bersama dengan kita. 

Sesi dengan ibubapa berakhir dengan sesi bersama Mudir Kem Bina Insan Rabiatul Adawiyah iaitu Ustaz Rohizal. Ustaz menyuruh ibubapa supaya mengampunkan segala dosa anak-anak sebelum meninggalkan kem agar anak-anak mudah untuk menghafaz al-Quran dan mendapat, redho, keerkatan dan hidayah dari Allah swt.

Ustaz Rohizal juga memberi homework kepada ibubapa  sepanjang 7 hari anak anak berada di kem tersebut. Ada 4 tugasan yang dipesan oleh Ustaz Rohizal
1. Bapa bersolat jemaah di surau atau masjid manakala ibu solat di awal waktu
2. Ibubapa diminta solat tahajud, 
3.Ibubapa banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir dan 
4.Mendoakan agar anak-anak mudah menghafaz al-Quran dan anak anak diberi hadayah, keberkatan dan keredhoan dari Allah.

Sesi berakhir lebih kurang 12.30 tengahari. Kami bergerak meninggalkan sementara anakanda Faiz di kem tersebut lebih kurang jam 12.45 tengahari. Mama doakan agar Faiz berjaya menghafaz surah yang dipilih dan mendapat hidayah, keberkatan dan redho allah di sepanjang program tersebut. Aamin ya rabbal alamin.

Kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 3 ptg selepas singgah solat jamak Zohor dan Asar di B.B.Bangi dan singgah makan di restoran Thai Klasik berhampiran rumah kami.



Wednesday, November 25, 2015

Kujujuran

Sharing dari grup wassap Chik Na

Seorang CEO tidak lama lagi akan bersara, dan ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang pegawai terbaiknya.

Untuk itu ia memanggil seluruh kakitangannya, memberikan masing - masing sebiji BENIH di tangannya dan berkata :

 " Rawat, pupuk, siram benih ini dengan teratur, dan kembalilah 3 bulan daripada sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh daripada benih ini"

 "YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di syarikat ini."

Salah seorang pegawai, bernama Rahmat yang juga mendapat benih tersebut, langsung pulang ke rumah dan merawat benih tanaman tersebut. Setiap hari benih itu ia siram dan diberi baja.

Setelah 3 bulan, di pejabat, semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yang tumbuh daripada benih tersebut. Hanya benih Rahmat yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Rahmat merasa dirinya gagal.

Setelah 3 bulan, seluruh eksekutif menghadap CEO menunjukkan hasil benih tersebut.

Rahmat berkata kepada isterinya bahwa ia tidak akan membawa pasu yang kosong, Namun isterinya menyarankannya untuk tetap membawa pasu kosong tersebut apa adanya untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

 "Bawa aje bang, meskipun abang gagal untuk  menumbuhkan benih tersebut, paling tidak abang sudah menunaikan tanggungjawab abang dan menunjukan daya usaha abang yang maksimum menanam dan menjaga benih yang diberikan CEO tersebut " demikian kata isterinya.

 "Baiklah " jawab Rahmat, meskipun  di dalam hatinya tersemat rasa kesal  kerana gagal melaksanakan perintah sang CEO dgn sebaik-baiknya.

Masuk ruang mesyuarat, Rahmat membawa pasu kosong. Seluruh mata memandangnya dengan belas kasihan.

Ketika CEO masuk ruangan mesyuarat memandang kesemua tanaman yang daripada hasil benih - benih yang diberikan kepada pegawai-pegawainya, hingga akhirnya berhenti di depan Rahmat yang menunduk malu.

CEO memintanya ke depan & Rahmat disuruh menceritakan apa yang berlaku.

Ketika ia selesai cerita, CEO berkata: "Beri tepukan kepada  Rahmat , beliaulah CEO kita yang baharu"

 Ia kemudian berkata
 "Semua benih yang saya berikan kepada anda semua sebelum ini telah SAYA REBUS dengan AIR PANAS hingga mati & tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, berarti kalian telah menukarnya & berbohong kepada saya. Kecuali Rahamt hanya dia yang JUJUR"

Tabur KEJUJURAN, akan menuai Kepercayaan.

Jangan pernah takut berbuat JUJUR!

Monday, November 23, 2015

Sayangi Ibubapa

Tanyalah Ustazah, Ustazah Isfadiah, Sayangi Ibubapa 

Dlm hadis rasulullah saw, nabi bersabda 'allah swt merahmati org tua yg menolong anaknya utk boleh berbakti kpdnya' Kita sebagai ibubapa kena ada kepekaan utk membantu generasi muda supaya generasi muda ini mempunyai kesedaran agar generasi muda ini menyayangi, mentaati dan mengasihi ibubapa mereka. Malah bukan sebenarnya bukan hanya focus ibubapa mereka shj, tapi rasa kasih dan sayang itu juga perlu disebarkan kpd ibubapa rakan mereka, ibubapa mertua, ibubapa jiran jiran mereka malah org yg lebih tua. 

Salah satu karekter keluarga yg baik adalah keluarga yang menghormati org tua dan menyayangi org muda. 

Bagaimana nak lahirkan jiwa jiwa yg menghormati dan mengasihani org tua?
Dlm pembentukkan akhlak/ personality kita kena ada 
1. Didik anak dgn Ilmu dr al Quran agar anak anak menyayangi, mentaati ibubapa mereka 
2. Membiasakan anak anak/ajar dgn sabar menghormati ibubapa/org tua 
3. Disiplin yg tegas tapi mesra mengajar membimbing mereka utk menghormati ibubapa 

Macamana nak tunjuk bukti kasih sayang kpd ibubapa yg dah meninggal dunia? 
1. Sentiasa doakan mereka 
2. Layakkan diri jadi anak yg soleh/solehah 
3. Panjangkan silaturrahim ibubapa 
4. Tunaikan janji janji mereka atau wasiat mereka termasuk langsaikan hutang piutang mereka 
5. Mohon kan allah ampunkan mereka 
6. Muliakan rakan rakan mereka 

Kesibukkan kerja dan mengejar duniawi menyebabkan anak anak menempatkan ibubapa di rumah org tua. Apakah faktor yg mendorong anak anak meletakkan ibubapa dirumah org tua? 

Ada 2 faktor 
1. Faktor yg terbaik kerana anak bimbang jaga pakai ibubapa dan agar keselamatan ibubapa terjamin 2. Faktor tidak baik, mereka hantar sbb mereka rasa ibubapa memberi bebanan kpd mereka, malas menyampah dan geram kpd mereka. 

Bagaimana cara supaya kita boleh terus menghargai jasa ibubapa kita walaupun sudah berjaya? Berjaya atau tak berjaya kita kena tetap menghargai ibubapa kita kerana kejayaan yg sebenarnya adalah mendapat redha dr ibubapa. Focus utk mendapat redha ibubapa. Ulamak-ulamak telah menggariskan beberapa perkara kebaikan kebaikan utk di beri kpd ibubapa 
1. Mentaati mereka sebagai tidak menyalahi al Quran dan hadis 
2. Rendahkan diri kita di depan mereka 
3. Bicara lembut dan sopan 
4. Beri mereka makanan 
5. Minta izin utk melakukan sesuatu 

Berbuat baik kepada ibubapa boleh dibahagikan kepada dua: 
1. semasa hidup 
2. Setelah meninggal dunia 

Bagaimana nak menunjukkan kasih sayang anak anak kpd ibubapa serta cucu cucu kpd nenek/Datuk mereka? 
Kita kena bangunkan rasa kepekaan utk mengasihi/mentaati ibubapa bukan kpd kita shj tetapi kpd cucu kita. Oleh itu kita kena beri teladan dan contoh yg baik kpd mereka. Dalam islam kita diajar supaya kita berlaku ihsan, maksudnya kita berlaku lebih drp adil, adil itu meletakkan sesuatu ke tempatnya, sayang kpd mak kita, tapi ihsan tu lebih lagi. Contoh kalau kita jumpa mak kita senyum tapi lebih lg kita peluk dia, cium dia. 

Kajian oleh Dr Jackman yg juga merupakan sunnah rasulullah saw, 5 cara utk menzahirkan kasih sayang kita supaya diketahui 
1. Pujian 
2. Hadiah, cenderahati 
3. Sentuhan 
4. Ada masa utk ibubapa 
5. Membantu 

Apakah kesan ke atas anak anak yg derhaka kpd ibubapa ? 
Kesannya allah akan membalas tindakan itu samada dunia lg. Tugas kita sebagai ibubapa utk memastikan supaya derhaka tidak berleluasa.. Sebagai ibu kita sentiasa meredhai dan memaafkan anak. Perkataan derhaka itu berlaku sekiranya ibubapa tidak mahu memaafkan anak anak mereka, ada lg rasa marah, ada lg rasa geram dan ada lg rasa dendam kpd anak. Bila ada perasan itu, kederhakaan itu akan berlanjutan. Maka wajibkan ke atas kita samada utk tidur atau tidur sekejap utk maafkan mereka. Kesannya allah akan penalty anak derhaka di dunia lg... Malah jika kita tak ampunkan mereka dan kita ada anak derhaka, anak anak akan bakal tarik dan melambatkan process utk kita ke Jannah nanti.. Jadi kita kena redha/maaf/ampunkan anak anak utk kebaikan diri kita Nabi bersabda 'di akhirat nanti antara dosa dosa besar selain syirik kpd allah swt, adalah derhaka terhadap ibubapa dan berbohong dan saksi palsu' 

 Akibat dosa dosa besar tidak akan menghidu bau syurga, maka tergolong ahli neraka.

Wednesday, October 28, 2015

Fitnah Zaman Moden

FITNAH ZAMAN MODEN, 
Tanyalah Ustaz TV9, 28 Oct 2015

Dah lama tak update blog.. Ingat balik dari Mekah nak tulis pasal perjalanan haji kami tapi tak terbuat jugaa.. Takpe hari ni Chik Na share sikit ilmu yg diperolehi dari TV9 pagi tadi
- Apakah maksud fitnah?
mengikut pandangan ulama
- Ujian /perkara yg bersifat tentangan /sesuatu yg menghalang
- sesuatu perkara utk mengetahui kebenaran atau kebatilan, benar atau salah
- ujian yg dtg kpd manusia yg baik
Dlm kontek masyarakat hari ini, fitnah adalah suatu perkara yg dibawa /didatangkan dlm keadaan tak betul /betul - ancaman kpd masyarakat sebab merosakkan keadaan
- jgn menabur fitnah
Dlm islam ada byk jenis fitnah
- fitnah Kubur : ujian dgn datangnya malaikat munkar & nakir
- fitnah harta : duit/harta byk tapi kadang tak solat solat, kerja pagi blk mlm
- fitnah wanita :
- fitnah anak : anak ramai tapi anak bermasalah
- fitnah pangkat : pangkat tinggi tapi salah guna nikmat kuasa
- fitnah bicara kata kata yg tak betul
Makna lain bagi fitnah :
- syirik,
- seksaan (eg seksaan kubur kerana tidak solat) ,
- dosa (eg meninggalkan solat) ,
- gila (eg sikap yg tidak waras seperti suka cakap kotor, suka mengeji),
- peperangan (eg pertembungan 2 pasukan yg boleh berlaku pembunuhan), - kemungkaran dan kemaksiatan
- Fitnah plg besar dlm agama bila menyebarkan berita palsu
- dunia hari ini berita di sebarkan dgn amat cepat so jagalah mulut
- sesuatu yg bersifat ilmu itu adalah hak org islam seperti Ilmu teknologi (FB, whatsapp, twitter), kita kena ambil ilmu/ belajar tapi salahnya tak guna di tempat yg betul
- hasilnya kita letak ilmu di jalan yg silap
- tidak boleh salah kan dunia moden kerana itu hak kita, gunakan utk kebaik an seperti sebarkan dakwah, ceramah agama
- gunakan teknologi itu utk suatu khabar yg betul
- tanpa sedar kita sebarkan berita yg mungkin tak benar
- kalau kita terima sesuatu berita tu kita rasa tak betul/tak pasti , kita stopkan utk diri kita shj
Surah al Maidah : 'bersaling bantu lah kamu dlm perkara kebaikan dan takwa, dan jgn bersaling bantu bersama sama menegakkan dosa dan permusuhan "
*selingan
- Ilmu adalah pemimpin, Iman adalah kompas,
Faktor/punca fitnah
- kekurangan ilmu
- Iman tak cukup masak
- kita hidup bersama sama (berkawan) dgn org yg jahil
-Oleh itu berkawanlah dgn org yg berilmu
Kesan fitnah dlm masyarakat
- sesuatu yg buruk, kesannya buruk, sesuatu yg jahat, kesannya pasti kejahatan
- hubungan akan renggang /terputus
- masyarakat akan berprasangka
- masyarakat akan hilang kerahmatan dr allah swt
- perpecahan masyarakat
Cara merawat fitnah (fitnah adalah penyakit batil)
- bertaubat dan beristighfar kpd allah swt - memahami dosa dan pahala
Tugas kita selaku org islam utk menangani fitnah
- bersatu hati
- tegur menegur
- mengajak org ke arah kebaikan
Sabda Rasulullah saw "tidak masuk syurga org yg menyebarkan fitnah" hadis bukhari muslim

Mana yg baik itu dr Allah, mana yg buruk/salah adalah dr Chik Na

ps: tiba tiba teringat hari ni besday en zaidi, hadiah tak beli pun lagi..

Tuesday, April 21, 2015

Haji 2015

Assalamualaikum..wth,

Pagi ni tiba-tida dengar hon motor poslaju, dlm hati berkata "rasanya tak ada barang yang diorder". Cepat-cepat capai tudung n jubah, bila dah sign borang poslaju, adik poslaju beri 2 plastik yg tertera nama Chik Na dan En.Zaidi... Tgk nama pengirim rupanya dari pihak Tabung Haji. Dalam hati berkata lagi "apa yg pihak tabung haji hantar ni... Mcm benda kecil tapi berat"


Bila dibuka rupanya tag gelang pengenalan untuk digunakan sepanjang mengerjakan haji yg akan datang. Begini rupa tag gelang haji, tak pernah tengok. Hati mula berdebar-debar, tinggal beberapa bulan je lagi untuk pergi menunaikan haji. Masih banyak perkara persediaan haji yg belum selesai especially minda ni... Banyak lagi yang nak kena belajar walaupun setiap hari Ahad kami berdua dan kadang kadang Sufia dan Faiz pun ikut sama ke Masjid Al Ehsan di Bandar Kinrara... 

Walaupun dah pernah menunaikan umrah pd tahun 2012, banyak lagi revison yg nak kena buat.. Doa doa pun belum semua dihafal. List apa yg nak didoakan di tempat mustajab doa dan di Arafah juga masih belum di tulis dgn betul.. Masih dalam bentuk point dan draf. Solat tahajud setiap mlm masih belum istiqamah...

"Ya Allah permudahkan segala urusan berkenaan hajiku dan berilah aku haji yang mabrur".


Antara bahan bacaan sampingan.. Buku Travelog Haji baru page 159..

Aduhhh... Hati dah makin berdebar debar... Dengar 1st penerbangan 16 Ogos..gambar visa haji bertudung hitam belum dibuat..asyik lupa je nak pakai tudung gelap everytime keluar rumah

Friday, April 17, 2015

Najis yang di maafkan

30 Minit Ustaz Don - Wuduk (16 dan 17 April 2015)
Najis yang dimaafkan :
1. Percikan air kencing yg tidak dapat dilihat oleh mata sendiri
2. Darah, nanah, yang dibawa oleh binatang (eg darah kutu, darah nyamuk)
3. Darah , nanah yg berlaku pd badan kita dan tidak mengalir eg darah/nanah jerawat
4. Darah binatang sembelihan yg kena baju tukang sembelih (tak banyak)
5. Darah pada daging/ayam yg telah dimasak (eg steak yang dimasak rare, medium rare dan etc)
6. Tanah/debu jalan (yg bukan nampak jelas ada najis)
7. Muntah baby (termuak susu) 
8. Binatang / serangga yg tak mengalir darahnya (lalat, semut etc) dgn syarat serangga masuk sendiri
Contoh : semut masuk sendiri dlm cawan air
9. Umum Al Balwa (Bala yg umum)
~ Tahi burung di Masjidil Haram
~ Tahi cicak yg jatuh di carpet masjid
P/S: Ustaz Pesan.. untuk lebih detail mengenai Najis yg dimaafkan ni, kita wajib p belajar di kelas kelas agama atau masjid ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates