Ads 468x60px

Labels

Wednesday, December 14, 2016

pengalaman berjalan-jalan di Aleppo, Syria

Assalamualaikum,

Lama ta update blog kesayangan ni... bukan setakat dah bersawang lagi tapi dah jadi rumah terbiar.

Tadi semasa tgk berita kat TV Al-Hijrah.. ternampak kempen solidariti untuk rakyat Syria  di Aleppo. TV Al-Hijrah mengajak umat islam berpuasa esok hari untuk menyatakan rasa sedih kita kepada rakyat Syria di Aleppo.

Aleppo bandar akhir dikuasai penentang Presiden Syria dibom dalam ops yang sudah memasuki hari ketiga. Dunia menatap ratusan foto dan visual kematian yang berterusan.

Sedih mengenangkan yang kami pernah melawat Aleppo yang dikenali sebagai Haleb di kalangan student Malaysia. Kami pernah ke Allepo pada Dec 2010 semasa suami Chik Na bertugas dengan sebuah telco di Damsyik aka Damascus. Banyak tempat bersejarah islam di sana seperti Kubu Salahuddin Al-Ayubi , Masjid Besar Umayyad dimana di dalamnya ada makan Nabi Zakaria yang mungkin telah hancur dibom oleh tentera Bashar Assad. Sedih setiap kali tengok di televisyen mengenai bandar Aleppo yang musnah. Aleppo adalah salah satu bandar tertua di dunia yang masih di diami oleh manusia.

Masih ingat lagi perjalan ke Aleppo yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Damascus. Kami bertolak lebih kurang jam 5 pagi dengan menaiki van yang di sewa bersama pemandu ditemani dengan 2 orang student malaysia sebagai guide kami di Aleppo.

Kami melawat Aleppo tu masa minggu ke 4 berada di Syria. Cuaca agak sejuk ketika itu sebab musin sejuk ditambah pula pada hari tersebut hujan turun renyai renyai.


Salah satu pintu masuk ke Souq Medina

Soug Madina..macam-macam barangan yang dijual dari barangan dapur dan segala barangan keperluan harian , perhiasan, cenderamata , pakaian dan macam macam lagi

Di bahagian jubah jubah untuk lelaki..teman ustaz yg jadi guide we all beli jubah imam..buatan sangat halus dan berkualiti. Kebanyakkan ustaz-ustaz muda dari malaysia suka membeli jubah-jubah buatan aleppo atau juga dikenali dengan Halab.

Souq Madina dah wujud beratus tahun dahulu

Kubu Salahuddin Al-Ayubi a.k.a Aleppo Citadel... pasti dah hancur lebur dibom sekarang ni

Kami tak masuk dalam kubu ni sebab hari hujan, lagipun En Zaidi dah pernah masuk di dalam kubu ni .. Chik Na dah pernah tengak gambar di sekitar kubu ni... kalau ada masa nanti Chik Na share ye..

bersama 2 orang ustaz muda yang menemani kami ke Aleppo

2010...anak anak Chik Na masih kecik lagi..sejak besar ni dah susah nak ambik gambar kami berempat... miss time depa kecik kecik ni


Sekitar Kubu Salahuddin Al-Ayubi... kami mengejar masa nak singgah di bandar Holm pula on the way balik ke Damascus. Musim sejuk jam 5.30 petang dah malam.

Masih ingat lagi Chik Na membeli kain lapik meja yang di tenun dan sejadah nipis tenun utk souveniur kepada adik beradik. Chik Na suka guna sejadah yang dibeli di aleppo ni utk dibawa travel sebab ianya nipis, senang nak selit dlm bagasi



sebahagian kubu Salahuddin Al-Ayubi

Masjid Besar Umayyad di Aleppo...kami sempat singgah solat jamak zohor dan asar di masjid ni yang kebetulan boleh di access melalui salah satu lorong di dalam Souq Madina


Makm Nabi Zakaria a.s yang berada di dalam Masjid Besar Umayyad di aleppo

lorong lorong di Aleppo

bandar Aleppo Dec 2010

deretan kedai di sekitar bandar Aleppo

Satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melawat bandar Aleppo sebelum berlaku peperangan 5 tahun lalu. Selama 5 minggu kami di negara Syria sepanjang cuti sekolah Dec 2010... banyak tempat yang dijelajahi..Chik Na suka dok di Syria.. Kami juga merasa suasana turunnya salji di Damascus buat pertama kalinya.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi rakyat Aleppo. Ya allah lindungilah hambamu di Aleppo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates