Ads 468x60px

Labels

Tuesday, August 30, 2011

-Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum...

Chik Na ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan mohon maaf, zahir dan batin andai terkasar bahasa selama persahabatan di alam cyber :-)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sunday, August 21, 2011

- Hadiah dari Maxis

Semalam Chik Na menerima sebuah bungkusan dari Maxis dari syarikat courier on behalf of hubby...ingat ke hadiah apa....


Rupanya...9 biji kurma...kalau tak silap Chik Na kurma Ajwa...


dan sekeping kad ucapan Hari Raya...


Terima kasihlah buat maxis sbb courierkan buah kurma tu di atas tanda ingatan sebagai customer mereka :)



Wednesday, August 17, 2011

Sunday, August 14, 2011

- Cucu yang ke -11

Assalamualaikum..wth



Hari ni Chik Na nak memperkenalkan cucu saudara yang ke-11. Baby girl yang dilahirkan seminggu sebelum puasa baru-baru ni. Cucu kepada kakak suami yang kedua. Kalau korang nak tahu masa mula kahwin dulu...Chik Na terus dipanggil "Tok Chik" sebab masa tu dah ada 5 orang cucu saudara. 1st time dengar dipanggil Tok Chik buat chik Na tergaman sebentar... bayangkan baru beberapa hari kawin terus dapat pangkat "Tok". Anak saudara sulong Chik Na berumur 2 tahun je lebih muda dari Chik Na :-). Masa Chik Na kahwin tu, dah 2 org anak saudara suami yang berkahwin dan ada anak. Kalau tak silap anak saudara ke-2 suami berkahwin right after habis SPM. Tu yang masa kahwin terus ada a few cucu saudara dah.

Masa mula kawin dulu pening jugak kepala nak mengingat nama anak buah suami yang pada masa tu dah ada dlm 30 orang. Siap kena buli ngan anak buah disuruh mengingati nama each of them.. :-). Bila di ingat saat tu..ianya buat Chik Na tersenyum. 

Sebenarnya now ni Chik Na tengah recall nama cucu yg ke-11 ni...betul betul lupa lah... ha ha ha memang la layak Chik Na dipanggil Tok Chik..  :-D. Nampaknya masa raya nanti la plak Chik Na kena tanya namanya.. 

Dalam masa terdekat ni Chik Na akan dapat cucu yang ke-12 dan ke-13 pula... dan Chik Na juga baru dapat anak saudara lelaki .. maka bertambahlah besarlah ahli keluarga disebelah suami Chik Na..cuma ahli keluarga belah Chik Na je yang belum bertambah-tambah lagi... Bilakah agaknya....

Thursday, August 11, 2011

- Biskut Arabian Night...

Assalamualaikum..wth

Biskut Arabian Night ni actually sama macam biskut Arab juga..cuma biskutnya dibulatkan dgn 3 warna :-). Resipi ni Chik Na ambil dari buku Chef Zubaidah bertajuk Jamuan Biskut. Buku ni Chik Na beli last month sebab teruja dengan rupa biskutnya yg amat menarik dan berwarna warni.


Arabian Night:

Bahan A

80g gula aising
130g minyak sapi

Bahan B:
250g tepung gandum
20g tepung jagung

Bahan C:
pewarna hijau
pewarna merah

Hiasan:

Gula hiasan

Caranya:

  1. Sebatikan bahan A
  2. Masukkan bahan B dan uli sehingga sebati
  3. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan bah.pertama dgn pewarna hijau dan bah. kedua dgn pewarna merah
  4. Ambil sedikit doh yg berwarna hijau, merah dan doh kosong, cantumkan dan bulat-bulatkan. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
  5. Susun di atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar dlm ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit
  6. Setelah biskut sejuk, golekkanbiskut ke dlm gula kaster dan masukkan ke dlm cawan kertas




Wednesday, August 10, 2011

- Resipi Puding Roti

Memandangkan ramai yang mintak resipi puding roti yang Chik Na tayang pagi tadi ...  maka dengan sukahatinya Chik Na share the recipe yang Chik Na ambik dari blog Shidah. Resipi asal dari joy of baking. Kat website joy of baking tu ada video cara buat bread pudding tu step by step :-)


Bread Pudding:

8 - 10 cups of bread cubes, cut into bite sized pieces
Note: Breads to use - French, Broiche, Challah, Croissant, Italian, and/or Panettone. The bread can be fresh or stale and crusts can be left on or removed. You can also use day old scones.

Fruit: (Optional)
1 large peeled and cored apple, diced
1 cup sultanas(raisins)

Custard:
4 large eggs
1 cup (200 grams) granulated whitesugar
1 1 /2 teaspoons purevanillaextract
1/2 teaspoon ground cinnamon
4 tablespoons (57 grams) unsalted butter, melted and cooled
4 cups (960 ml) of either half & half cream (10-18% butterfat), milk, lightcream(18-30% butterfat) or a combination thereof



Method:


Bread Pudding
Preheat oven to 300 degrees F (150 degrees C) and place rack in center of oven. 
Lightly grease with butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 x 2 inch (23 x 33 x 5 cm) heatproof baking dish. 
Place the baking dish into a larger roasting pan that has enough room around its sides to fill with water.
Place the bread cubes and fruit (if using) in the baking dish.

Custard
In an electric mixer (or with a hand mixer), beat the eggs and sugar on high speed until thick and lemon colored (about 4-5 minutes) (when beater is raised the batter will fall back into bowl in a slow ribbon). 
Beat in the vanilla extract and ground cinnamon. 
Then beat in the melted and cooled butter and half and half (light cream).  

Assemble: 
Carefully pour (or ladle) the prepared custard over the bread cubes until completely covered. 
Press down the bread cubes so thay are covered with castard.
Prepare a water. (A water bath is used to provide temperature protection for the egg custard.) 
Carefully pour in enough hot water so that the water is halfway up sides of the 9 x 13 inch baking pan. 
Bake about1 houror until toothpick inserted in the center comes out clean. 
Another way to judge whether the pudding is fully baked, is to gently press down on the center of the pudding. If any custard comes up to the top, the pudding needs to be baked a little longer. 
Remove the bread pudding from the water bath and cool slightly before serving.  


Cab be served warm or cold with a dusting of confectioners' sugar and a dollop of softly whipped cream or vanilla ice cream.

Makes one 9 x 13 bread pudding (serves about 8 - 10 people)

Sorry la Chik Na copy je recipe tu direct tanpa diubah... mood "M" melanda. Bread pudding ni memang sedap... Chik Na tak buat pun vanilla sauce...Chik Na makan dengan vanilla aiskrim.... Sufia cakap best sangat :-)...so selamat mencuba.

- Wordless Wednesday # 6



Monday, August 8, 2011

- Kueh Kelantan yg Di Tunggu

Assalamualaikum...wth

Petang semalam adik Chik Na yg bekerja di KB datang KL, dia ada meeting ari ni. So bila tahu dia nak datang KL, maka macam-macam la list yang Chik Na sediakan untuk dia :)... Antaranya minta tolong dia belikan kueh-mueh untuk berbuka puasa dari KB.... 

Di sebabkan nak makan kueh tu sangat Chik Na terpaksa mengharungi jammed kat area Bukit Bintang selama 1 jam. Naib baik adinda Arri yg drive :-). Tak sangka plak weekend pun area Bukit Bintang tu jammed. 

Ni la kueh-mueh yang laris sewaktu di bulan puasa di Kota Bharu or mungkin juga Kelantan ...especially kuih Akok.


Akok...all time favourite especially bila bulan puasa

My feberet... tapi tak boleh makan banyak sbb a bit manis

Jala Mas...my dotter panggil "Mee Manis"..her favourite

Tahi itik.... this kueh tak manis sangat...favourite Faiz

Puas hati dapat makan kueh yang digemari di bulan puasa ni. Kat area rumah Chik Na ni susah nak dapat kuih-muih tersebut. Kalau ada pun rasanya tak ikut standard tekak Chik Na nih :-).

Yang buat kuih muih lagi sedap sebab adinda Apih yang belanja kali ni..katanya untuk anak-anak sedara tersayang.

Friday, August 5, 2011

- Puasa dan Raya Tanpa Mama Tahun ni

Assalamualaikum..wth

On the first day puasa, kami ke KLIA untuk menghantar Mama Chik Na yang berangkat menunaikan umrah dengan khidmat travel agent Tola Travel n Tour Sdn Bhd. Mama ke sana dari 1 August - 4 September dengan penerbangan Oman Air. 

Tiba-tiba terasa rindu pula pada Mama.. walaupun baru 5 hari mama ke Mekah. Sejak mama ke sana baru sekali Chik Na dapat bercakap telefon dengan Mama. Fyi, ada masanya almost everyday kami bercakap telefon...tentang macam-macam.. yang paling kerap telefon minta resipi walaupun Chik Na boleh je google resipi kat internet tapi nak resipi Mama jugak...yea lah kan setiap anak mesti suka resipi kegemaran dari emak masing-masing :D. 

Normally setiap kali bulan puasa Chik Na akan cuba cari masa untuk balik berbuka puasa di KB bersama Mama. Nampaknya tahun ni tak dapat la berbuka puasa bersama Mama memandangkan Mama akan berada di Mekah sepanjang bulan puasa. Raya pula kebetulan tahun ni turn Chik Na balik rumah Mak di Kota Kuala Muda dahulu so raya ke-3 atau ke-4 baru lah Chik Na bertolak balik KB untuk menyambut Mama pulang dari Mekah al-mukaramah :D

Mama bersama my Che Su n Faiz serta Sufia

Chik Na doakan agar Mama dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan dipermudahkan segala urusan di sana. Insyaallah.

Thursday, August 4, 2011

- Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...wth

Sempena Ramadhan yang mulia ini, (walaupun dah agak terlambat)... 
Chik Na ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan 
Chik Na doakan semoga kita semua dapat  menunaikan ibadah rukun islam yang ketiga ini. 
Chik Na juga memohon maaf atas apa jua kekhilafan dan kesilapan Chik Na sepanjang silaturahim kita di alam cyber ini. 
Dan semoga  Ramadhan ini membuka sinar cahaya keimanan  dan barakah kepada kita semua..
Amin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates