Ads 468x60px

Labels

Thursday, August 11, 2011

- Biskut Arabian Night...

Assalamualaikum..wth

Biskut Arabian Night ni actually sama macam biskut Arab juga..cuma biskutnya dibulatkan dgn 3 warna :-). Resipi ni Chik Na ambil dari buku Chef Zubaidah bertajuk Jamuan Biskut. Buku ni Chik Na beli last month sebab teruja dengan rupa biskutnya yg amat menarik dan berwarna warni.


Arabian Night:

Bahan A

80g gula aising
130g minyak sapi

Bahan B:
250g tepung gandum
20g tepung jagung

Bahan C:
pewarna hijau
pewarna merah

Hiasan:

Gula hiasan

Caranya:

  1. Sebatikan bahan A
  2. Masukkan bahan B dan uli sehingga sebati
  3. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan bah.pertama dgn pewarna hijau dan bah. kedua dgn pewarna merah
  4. Ambil sedikit doh yg berwarna hijau, merah dan doh kosong, cantumkan dan bulat-bulatkan. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
  5. Susun di atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar dlm ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit
  6. Setelah biskut sejuk, golekkanbiskut ke dlm gula kaster dan masukkan ke dlm cawan kertas




14 comments:

Teratak Hami said...

ChikNA,
Dalam inti apa?

Kakzakie said...

Kakak dah selalu buat kuih ini. Kalau kakak intinya guna mixed fruit campur dgn badam yg kisar kasar dan gula kastor....

OneSimpleMother said...

uiii.. kak ina dah mula buat kueh raya ka..? tahun ni lin gantung oven. takmo buat satu jenis pun kueh raya. nk beli jer.. hehehe

Chik Na said...

Teratak hami: dlmnya tak de inti.. palin je

Chik Na said...

kakzakie: Kuih ni sepatut ada inti ke? Dlm buku resipi tu tak de lak suruh boh inti..kalau boh inti metsi bertambah sedap :-)

Chik Na said...

OneSimplemother: saje je buat suka suka angan Faiz n sufia..

Kakzakie said...

Chik Na kakak buat bubuh inti. Dulu first time buat kakak pun tak bubuh inti... lepas tu terjumpa dlm majalanh jelita tengok ada inti so kakak pun ikut...:)

siti murni said...

bahan2 dia simple je..boleh try ni...silap2 malam raya pun sempat buat kot..hehe...

sayangsayangibu said...

weeiii...kue kegemaran tu sedap tu.

kasihredha said...

cantik warnanya

Sizuka said...

Chikna,


nak sebalang! i love biskut arab. plan nak buat dgn adik this weekend :D

Nieda said...

sedap kuih ni, sukanya kalau dapat. boleh habis sebalang sorang.

Yan said...

Bila berwarna warni tu yg menarik..

k.A.M.i cOrNer said...

pewarne tu yg cm ne??xphm la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates