Ads 468x60px

Labels

Monday, January 17, 2011

- Muzium Alam Semula Jadi

Musium Alam Semulajadi di Presint 15
Semalam pukul 12 tengahari kami dah keluar rumah. Tujuan asal nak p main bowling anak beranak..tapi bila mengenang semalam hari Ahad, kami batalkan hasrat hati sebab tau kat tempat bowling tu mesti ramai orang. So kami decide ke Muzium Alam Semulajadi di Presint 15. Kebetulan pula kat muzium ni ada pameran Batu-batu Pelik.

En. Zaidi n Faiz tengah beli tiket masuk yg berharga RM 2 untuk dewasa..kanak-kanak free je
Pameran di Muzium ni terbahagi kepada 3 bahagian.. Haiwan Mamalia, Batu-batu pelik dan Serangga.
Kat bahagian binatang mamalia, terdapat berjenis-jenis binatang mamalia yang di awet dipamerkan. Banyak informasi menarik yang diberi mengenai binatang mamalia...  Amat sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak.
Faiz depan rangka ikan paus
Faiz n Sufia bergambar kat bahagian Tupai 
Sectian Binatang Mamalia
Lagi mamalia section
After dah habis tour bahagian binatang mamalia, kami ke tingkat atas untuk melihat pameran Batu-batu Pelik pulak..
Banyak info pasalalam semesta
dan juga info pasal batu-batuan
Tengah tengok macamana nak mengenal batu permata yg asli
Buat test diamond kat cincin Chik Na samada asli atau pun tak.. mujurlah berlian pada cincin yg dibeli kat kedai Pak Habib kesemuanya asli..

Telur dinosour yg telah menjadi batu
Kemudian kami ke bahagian Serangga.Terdapat pelbagai jenis rama-rama, kupu-kupu, kumbang, pepatung dan macam macam jenis serangga lagi

Section Serangga
Dah habis lawatan di Musium Alam Semulajadi kami ke beberapa tempat lain lagi... sambung next entry pulak yea

Friday, January 14, 2011

- Muffin Banana Carrot

Banana Carrot Muffin
Ari ni buat muffin pulak... sungguhlah rajin Chik Na ni kan.... he he he puji diri sendiri plak. Bukannya rajin sangat tapi disebabkan pisang yg neighbour bagi tu banyak lagi..terpaksa la Chik Na merajinkan diri buat muffin nih.... kalau tak nanti masuk En. Tong la jawabnya pisang tu. Nak makan direct, tak sedap sangat..sedikit kelat.
Gebu dan sedapppp
Resipi ni Chik Na ambik dari blog Potret Kasih. Terima kasih banyak-banyak Pn. Wana Yusuf kerana share resipi muffin yang sangat sedap ini. Suami dan anak-anak Chik Na sangat sukakan muffin...cuma Chik Na tambahkan ground almond 1/2 cawan dan almond flake 1/2 cawan. Dah buat 1 adunan, bila makan rasa sedap.. Chik Na buat lagi  1 adunan...
n moist.....

Banana And Carrot Cinnamon Muffins (Sumber asal: Dapur Inahar )
Ingredients
3 very ripe bananas (kita guna 8 biji pisang emas)
125ml vegetable oil
2 eggs
250g plain flour
100g caster sugar
½ teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon baking powder
½ teaspoon cinnamon
1 cup grated carrot
1/2 tsp salt
Method
1. Preheat the oven to 200ºC/180ºC fan oven/gas mark 6 and line a 12-bun muffin tin with muffin papers.
2. Mash the bananas and set aside for a moment. Pour the oil into a jug and beat in the eggs
3. Put the flour, sugar, bicarbonate of soda and baking powder and cinnamon into a large bowl and mix in the beaten-egg-and-oil mixture, followed by the mashed bananas.
4. Fold in Carrot and then place equal quantities in the prepared muffin tin and bake in the oven for 20 minutes.
5. Cool in the tin for 5 minutes before removing to cool completely on a wire rack.
mintak maaf resipinya dalam bahasa omputih sebab Chik Na malas nak translate ke Bahasa Melayu


pas kat zuha..jiran chik na a.k.a classmate a.k.a opismate :)

Memandangkan terbuat lebih muffin nih... Chik Na share rasa sedap muffin ni dengan sahabat Chik Na dan jiran yg bagi pisang ni :)

Thursday, January 13, 2011

- Kek Pisang Sedap


Hari Sabtu lepas, Chik Na dapat 4 sikat pisang dari jiran belakang rumah.. tapi tak sure pisang tu pisang apa..bentuknya macam pisang montel. Chik Na dah buat cekodok pisang, dah buat sira pisang , dah buat pengat pisang...so memandangkan ari ni pisang tu masih lagi banyak..Chik Na decide buat kek pisang pula.
Resipinya Chik Na ambil dari blog masakan  feberet Chik Na, Chef Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan. Resipinya sungguh mudah dan rasanya pun sedap.

Kek pisang ni dapat 2 loaf.. sedap dan moist 
Sedap dimakan masa panas-panas dan jugak bila dah sejuk. Anak-anak Chik Na memang suka kek pisang ni. Suami pun cakap sedap. Makan kek ni buat breakfast pagi ni ...anak-anak pun bawa bekal kek ni p sekolah :)
Rupa pisang yg Chik Na dapat dari jiran belakang rumah ...terima kasih wahai jiran..lain kali bagi lagi yea

    Tuesday, January 11, 2011

    - Sorotan Perjalanan ke Syria

    Sedia maklum semasa cuti sekolah akhir tahun 2010, Chik Na dan anak-anak ke Damascus, Syria. Plan asal nak menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama En. Zaidi di Damascus tapi at the end kami tak sempat merasa nikmat raya pun... sebabnya Damascus menyambut Aidil Adha pada 17 Nov 2010 manakala kita di Msia menyambil Aidil Adha pada 18 nov 2010.  Kami pula bertolak dari Malaysia pada 18 Nov 2010, jam 2 am.  Kalau Damascus menyambut Aidil Adha pada 18 Nov, kami masih sempat menyambut Aidil Adha di Damascus kerana kami mendarat di Damascus pada pukul 10.30 am, 18 Nov 2010.

    Sempat lagi window shopping mainan Funland kat satelite building, KLIA
    Beria 2 beradik ni nak bergambar kat kapal terbang MAS
    Kat departure hall Emirates Airline di KLIA.. masih bertenaga walaupun dah pukul 1 pagi..excited nak jumpa abah kat Damascus
    Normally, especially kalau travel with kiddos ke negara sekitar middle east kami akan menaiki pesawat Emirates Airline. Walaupun banyak airline lain seperti Qatar Airways, Etihad, Kuwait dan bla bla bla tapi kami lebih suka guna khidmat Emirates. Antara sebabnya :
    1.  Penerbangan ke Dubai ada setiap hari dari KL
    2. Kebanyakkan connecting flight ke negara middle east juga ada setiap hari dari Dubai...senang nak reschedule tiket
    3. Perkhidmatan 5 bintang n good customer service 
    4. Ruang cabin yang agak selesa
    5. Elaun luggage sebanyak 30kg untuk setiap penumpang... normally 20 -25kg je
    6. Banyak entertainment tuk kanak-kanak... so kurang la anak-anak Chik Na moody sepanjang perjalanan yg agak panjang (on-demand movie for kids, interactive games, books n colouring set, soft-toy)
    7. On-demands movie yg berpuluh-puluh  & terbaru... and beratus channel music utk layan lagu
    8. Makanan yg disediakan juga agak sedap compare to lain-lain airline dari middle east
    9. Harga yg berpatutan
    10. Chik Na suka transit kat Dubai sebab tak membosankan....banyak kedai duty free untuk window shopping :-) n kalu ade duit lebih boleh shopping sekali ..he he he
    Itulah antara sebabnya... dan sekarang jom layan gambar anak-anak Chik Na sepanjang penerbangan KL- Dubai dan Dubai-Damascus pada 18 Nov 2010

    Sempat main interactive games walaupun masa tu dah pukul 2 lebih pagi
    Still gak nak tengok cartoon feberet..Tom n Jerry
    Light refreshment untuk kanak-kanak .. roti croisant n cheese with caramel yg sungguh sedap
    Early breakfast untuk kids .. baked beans, potato n sosej, buah-buahan, bread n butter serta chocolate
    Kami selamat mendarat di Dubai International Airport lebih kurang pukul 5.30 am waktu di Dubai. Perjalanan KL- Dubai mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami transit di Dubai 2 jam sebelum penerbangan ke Damascus.. walaupun 2 jam nampak macam ample time nak ke departure gate Damascus tapi agak kelam kabut jugak sebab departure gate tu agak jauh dari gate kami mendarat...sebelum tu Chik Na nak kena sholat subuh dahulu. Memandangkan kekurangan masa Chik Na tak sempat nak jalan-jalan di duty free shop :-). Ingat ke nak ricky dulu apa yg nak dishoppingkan di duty free Dubai masa perjalanan balik ke M'sia nanti.

    Kat departure hall sementara menunggu penerbangan ke Damascus
    Breakfast for kids... scramble egg n potato, cholcoate muffin, bread n butter n jam serta sekotak  chocolate
    Dalam kotak hijau tu ade muffin and coklat :) n berus gigi yg comel
    tengah menikmati breakfast sambil tgk movie
    Sempat membaca n color-color after having a breakfast
    Kami mendarat di Damascus International Airport lebih kurang pukul 10.30 am. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Dubai ke Damascus. Alhamdulillah tiada seberang kesulitan di imigresen Syria dan luggage kami pun tak perlu diperiksa. Risau gak sebab luggage kami agak banyak, mencecah berat 90kg sebab terdapat a few pesanan dari student Msia.  Semasa tiba di airport cuaca agak sejuk, lebih kurang 17 -18 'C. Nasib baik Chik Na dah sediakan sweater untuk anak.anak. Dan kami selamat sampai di rumah sewa En. Zaidi lebih kurang pukul 1.30pm. Perjalanan yang agak meletihkan ...

    Monday, January 10, 2011

    Kembali Berblog

    Assalamualaikum..wth..

    Selamat Tahun Baru 2011... walaupun dah terlewat still jugak nak ucap tahun baru untuk pengunjung blog Chik Na. Chik Na dah pun berada di bumi Msia tercinta sejak 18 Dec yang lalu... tapi disebabkan keadaan kesihatan yang tak berapa sihat (package 3 serangkai.. :D ..demam, selsema dan batuk), nak kena settle rumah yg lama ditinggalkan, kain baju, winter cloth yang tak termanage dan jugak kelam kabut hal-hal persekolahan anak-anak maka Chik Na terpaksa "delay" update blog yang dah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, hari ni baru boleh mula berblog kembali

    Plan asal balik Msia awal sebab nak sunatkan Faiz sebelum buka sekolah. Tapi bila balik sini susah pula nak cari klinik yang available untuk bersunat disekitar perumahan yang Chik Na duduk ni..Kebanyakkannya dah penuh di"booking". Chik Na ingat ke bila dah akhir cuti ni tak ramai yang sunatkan anak bujang mereka. Nampak gayanya Chik Na terpaksa la sunatkan Faiz pada next cuti sekolah or maybe masa cuti Chinesse New Year nanti...itupun kalau En. Zaidi berada di  Msia . Bercerita pasal sunat ni, di Syria semuanya kanak-kanak lelaki disunatkan sebelum berumur 45 hari. Ada seorang ustaz bercerita, one of student Msia kena marah oleh doktor kerana bawa anaknya untuk disunatkan ketika berusia 3 bulan.

    Sejak balik sini, Chik Na sibuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak dan mengambil kesempatan balik kampung in-law sebelum buka sekolah. Nasib baik la mama Chik Na datang melawat kami masa kami balik dari Syria ari tu, kalu tak, kena balik KB la jugak.

    Tahun ni anak dara Chik Na, Sufia dah masuk darjah 1. Chik Na pulak terlebih excited bila anak dara Chik Na mula bersekolah. Sufia bersekolah sesi petang di SK Bandar Kinrara Seksyen 1. Nasib baik sekolah petang, so tak la dia moody sangat pagi-pagi untuk bangun awal. Alhamdulillah,  masa 1st day Sufia ke sekolah, Sufia tak banyak ragam dan tak perlu temankan di sekolahnya. Cuma mamanya yg sibuk nak tunggu sekejap buah hatinya yang mula bersekolah.

    Wajah ceria Sufia nak ke sekolah
    Routine harian Chik Na pun dah berubah tahun ni... Faiz sekolah sesi pagi dan Sufia sekolah sesi petang. Susah la Chik Na nak lepak dengan kawan-kawan lepas ni..hu hu hu. jadual "kerja " Chik Na dah a bit packed la..  Paling lewat 5.30 am dah kena bangun .. pukul 10 baru berakhir "tugas" Chik Na. Now ni kira ok lagi sebab Chik Na ada assistant  kat rumah kerana En. Zaidi (terbalik plak..en zaidi yg jadi assistant..he he he) masih berada di Msia sementara menunggu kontrak kerja yang baru.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Followers

    Latest Comments

    Visitor

    Free Counter

    Pageviews last month

     
    Blogger Templates