Ads 468x60px

Labels

Tuesday, January 11, 2011

- Sorotan Perjalanan ke Syria

Sedia maklum semasa cuti sekolah akhir tahun 2010, Chik Na dan anak-anak ke Damascus, Syria. Plan asal nak menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama En. Zaidi di Damascus tapi at the end kami tak sempat merasa nikmat raya pun... sebabnya Damascus menyambut Aidil Adha pada 17 Nov 2010 manakala kita di Msia menyambil Aidil Adha pada 18 nov 2010.  Kami pula bertolak dari Malaysia pada 18 Nov 2010, jam 2 am.  Kalau Damascus menyambut Aidil Adha pada 18 Nov, kami masih sempat menyambut Aidil Adha di Damascus kerana kami mendarat di Damascus pada pukul 10.30 am, 18 Nov 2010.

Sempat lagi window shopping mainan Funland kat satelite building, KLIA
Beria 2 beradik ni nak bergambar kat kapal terbang MAS
Kat departure hall Emirates Airline di KLIA.. masih bertenaga walaupun dah pukul 1 pagi..excited nak jumpa abah kat Damascus
Normally, especially kalau travel with kiddos ke negara sekitar middle east kami akan menaiki pesawat Emirates Airline. Walaupun banyak airline lain seperti Qatar Airways, Etihad, Kuwait dan bla bla bla tapi kami lebih suka guna khidmat Emirates. Antara sebabnya :
  1.  Penerbangan ke Dubai ada setiap hari dari KL
  2. Kebanyakkan connecting flight ke negara middle east juga ada setiap hari dari Dubai...senang nak reschedule tiket
  3. Perkhidmatan 5 bintang n good customer service 
  4. Ruang cabin yang agak selesa
  5. Elaun luggage sebanyak 30kg untuk setiap penumpang... normally 20 -25kg je
  6. Banyak entertainment tuk kanak-kanak... so kurang la anak-anak Chik Na moody sepanjang perjalanan yg agak panjang (on-demand movie for kids, interactive games, books n colouring set, soft-toy)
  7. On-demands movie yg berpuluh-puluh  & terbaru... and beratus channel music utk layan lagu
  8. Makanan yg disediakan juga agak sedap compare to lain-lain airline dari middle east
  9. Harga yg berpatutan
  10. Chik Na suka transit kat Dubai sebab tak membosankan....banyak kedai duty free untuk window shopping :-) n kalu ade duit lebih boleh shopping sekali ..he he he
Itulah antara sebabnya... dan sekarang jom layan gambar anak-anak Chik Na sepanjang penerbangan KL- Dubai dan Dubai-Damascus pada 18 Nov 2010

Sempat main interactive games walaupun masa tu dah pukul 2 lebih pagi
Still gak nak tengok cartoon feberet..Tom n Jerry
Light refreshment untuk kanak-kanak .. roti croisant n cheese with caramel yg sungguh sedap
Early breakfast untuk kids .. baked beans, potato n sosej, buah-buahan, bread n butter serta chocolate
Kami selamat mendarat di Dubai International Airport lebih kurang pukul 5.30 am waktu di Dubai. Perjalanan KL- Dubai mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami transit di Dubai 2 jam sebelum penerbangan ke Damascus.. walaupun 2 jam nampak macam ample time nak ke departure gate Damascus tapi agak kelam kabut jugak sebab departure gate tu agak jauh dari gate kami mendarat...sebelum tu Chik Na nak kena sholat subuh dahulu. Memandangkan kekurangan masa Chik Na tak sempat nak jalan-jalan di duty free shop :-). Ingat ke nak ricky dulu apa yg nak dishoppingkan di duty free Dubai masa perjalanan balik ke M'sia nanti.

Kat departure hall sementara menunggu penerbangan ke Damascus
Breakfast for kids... scramble egg n potato, cholcoate muffin, bread n butter n jam serta sekotak  chocolate
Dalam kotak hijau tu ade muffin and coklat :) n berus gigi yg comel
tengah menikmati breakfast sambil tgk movie
Sempat membaca n color-color after having a breakfast
Kami mendarat di Damascus International Airport lebih kurang pukul 10.30 am. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Dubai ke Damascus. Alhamdulillah tiada seberang kesulitan di imigresen Syria dan luggage kami pun tak perlu diperiksa. Risau gak sebab luggage kami agak banyak, mencecah berat 90kg sebab terdapat a few pesanan dari student Msia.  Semasa tiba di airport cuaca agak sejuk, lebih kurang 17 -18 'C. Nasib baik Chik Na dah sediakan sweater untuk anak.anak. Dan kami selamat sampai di rumah sewa En. Zaidi lebih kurang pukul 1.30pm. Perjalanan yang agak meletihkan ...

7 comments:

LiAnA said...

tahan budak2 tu kan.. lgpun dh besar paham ckp skit hihi

Chik Na said...

Liana: walaupun da besar tapi kadang bila dah tertido dlm flight tu..susah nak kejutkan dan mula buat hal..

Lady of Leisure said...

Salam chik na.. Wah ke damascus lagi bestnyaaa same lah lady suka jugak naik emirates, flight dia pun nampak baru kan.. Makan sedap kadang dapat briyani bestnyaa..

Chik Na said...

lady: hari tu chik na dapat tiket online yg murah.. jimat dekat 4k

iNa said...

seronoknya dh smpai ke syria.. :)

Chik Na said...

ina: ni kali ke-2 chik na ke sana :)

Mrs. Simplicity said...

mewah nye food dalam emirates eh. baca pun mcm penat tp mesti seronok sebab nak jumpa ayah diorg kan? transit ke dubai tu 2jam mcm banyak masa, tp chaos gak eh kak.

p/s : suka tgk uniform stewardess emirates :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates